Friday, December 30, 2005

Akmal and the Chocolate Factory

Akmal : Ana 3ayyiz shukulatah bi rub3 kilu.
Tokey : Bil bundu2 wala 3adi?
Akmal : (Bila masa coklat ni bubuh hazel, biasanya kacang biasa je) Bil bundu2.

Sekali kedai pegi amik coklat yg bungkus dlm kertas merelit. Tgk harga. Mahal. Alah, aku bukan nak coklat tu pun sebenarnya.

Akmal : La2, ma3lish. Ana 3ayyiz 3adi.

Sekali kedai pegi amik coklat dlm bungkus merelit gak kat sebelah. Baru paham. Yang aku nak tu kena sebut nama lain. Lari ke tokey. Tunjuk.

Akmal : Ana 3ayyiz da. Sudani bi shukulatah. Bi rub3 kilu.

Tokey senyum.

Sila bedakan antara shukulatah bil bundu2 dan sudani bi shukulatah. Cocholate with peanut(hazel) and peanut with chocolate.

Coklat bermusim. Hanya muncul pada musim sejuk. Hujung musim panas sudah mula jual. Jual musim panas cair.

Tuesday, December 27, 2005

Rumah kecil tiang seribu, rumah besar bertiang satu...

Kami tetap berlima. Bersatu. Dulu rumah kami sempit. Dua bilik. Masuk saja dah dapur. Ruang tamu. Bilik tidur bilik air bilik tidur. Selalu berselisih. Bertempuh muka. Tapi yang kecil inilah yang bagi kami kuat. Di ruang kecil itu. Makan sekali. Harta sekali. Duduk sekali. Hilai tawa senda gurau semua sekali. Kami kuat.

Sekarang masih kami yang lima. Rumah sudah besar. Enam bilik. Kami lembaga pengarah. Kami kuat tapi longgar. Seorang tak balik-balik. Bila nak balik. Kami rindu. Tapi tak apa. Kalau itu baik. Tak apa. Tambah seorang lagi.

Rumah kami memang besar. Tapi semua ada sarang sendiri. Buka pintu tutup pintu kunci pintu. Sama. Makan sekali. Harta sekali. Tapi ada yang sendiri. Jarang sekali selisih apa lagi bertempuh. Ruang itu. Kosong sepi. Jarang. Regang. Ada jurang. Nasib baik ada budak-budak. Tapi, kalau budak-budak pergi. Walau yang seorang balik lagi. Sunyi...

Tak apa. Kami kuat, kuat, kuat dan akan kuat lagi.

Kalau rumah kecil, buat apa pun muka itu saja. Pergi mana pun muka itu saja. Susah tapi rapat gila. Bila rumah dah besar, masing-masing ada bilik sendiri. Mula beli itu ini utk bilik sendiri. Sikit sebyk self-centered. Ada privacy sendiri. Asik dok dlm bilik sendiri. Kadang-kadang segan nak masuk bilik org. Sehari jumpa jarang-jarang. Nasib baik ada talam. Sekali sehari jumpa di situ. Tak apa. Ini normal. Saja nak tunjuk beda. Tak ada apa pun. Exaggerate. Biasalah. Paranoid.

Monday, December 26, 2005

Mengintai batu...

The zam-zam and the dates and the zabit and the pistachios. Aku suka ayat ni. Tapi tak pernah ke tanah itu. Walaupun aku quote ayat ni. Walaupun aku letak tajuk tu. Walaupun naik kapal laut cuma tiga hari tiga malam. Naik belon nyata tak sampai sehari.

Semenjak dua menjak tahun tiga ni. Tiap-tiap hari pun kena intai slaid. Senin intai penyakit. Selasa intai cacing, kulat. Rabu jer tak intai. Kamis, Jumat cuti. Hari lain tak ada makmal.

Dalam tengah-tengah mengintai ni. Aku terpikir seswatu. Aku senyum. Gelagat budak-budak beratur berebut, tunggu giliran, intai slaid, pastu gerak pergi, orang lain pulak datang intai, macam hujjaj yang berebut nak kucup Hajar Aswad. Tinggal lagi tak ada guard dekat mikroskop tu. Intai pulak tu lama-lama, dalam-dalam.

Al-Mu3taz
As-Sayyid
Islam Kareem
Ahsraf

Ini sajalah rakan semakmal yang sudi menghulur tangan salam atau bersembang sepatah dua. Yang lain macam Ameer berdua, As-Sa3id, Al-7asan atau budak-budak yang aku suspek masi7 tak berapa layan. Tapi kalau nak intai slaid terpaksalah masuk membarengi diorang. Seksyen kami dua tiga kerat saja laki. Lain semua anak-anak gadis. Kalau duduk sorang-sorang alamatnya sampai ke sudah tak boleh intai. Lepas sorang-sorang anak gadis datang intai bertali arus tak habis-habis. Nak mencelah, kita alah.

Katanya Sayyidina Umar regarding Hajar Aswad, kau ni semata batu saja, kalau tak sabit Nabi kucup/ihtiram kau, aku buat dono jek kat kau...

Friday, December 23, 2005

Amano's quotable quote

Short sleeves are for golf only; sandals are for Jesus only. And flip flops are for samurais.

MB Perlis lulus Bahasa Arab PMR

Adik aku ingat dia akan dapat B dlm Math, rupanya-rupanya BI yang dia dapat B. KHB memanglah dia tak target dapat A. KHB dapat B?!

Thursday, December 22, 2005

Today is my day...

muah: sano kul brapo eh ?"
Akmal: tteko
muah: baru masuk lepah asar kot
muah: 5.15 ko..
Akmal: hohoho
Akmal: salah
muah: abih ?
Akmal: sano musti 1.44 pagi dih
muah: yep..tepat
Akmal: hohoho
Akmal: sebab cni doh 7.45 mlm
Akmal: takdi 7.44
Akmal: tp doh 45
Akmal: meme tepat ney jey
muah: alhamdulillah...hehehe..eid miilaad saaid kepado kemma !! hahaha ! sajo nak tahu sano 22 arbln ko dok lagi...slamat dilahirkan ..
Akmal: <:-p
Akmal: serius!
Akmal: aku terharu...
muah: =))
muah: hahaha..
muah: tak yah la terharu...
muah: aku kebetulan jah teringhat...aku key branok buley 12..sek2 buley 12 jah aku ingat besday dio..
muah: mu geng2 lucky decembers

The B Day

ceroh latiff: lupa lak
ceroh latiff: baca blog
ceroh latiff: la ni dah 22
Akmal: oh
Akmal: tenkyu
ceroh latiff: slamat tua
Akmal: oh
Akmal: <:-p
ceroh latiff: hahahaha
Akmal: sama-sama
Akmal: nasib baik emoticon ni takdek muka mata berkaca
ceroh latiff: hahaha

Monday, December 19, 2005

Imel Abah

Assalamu'alaikum wbt. Akmal,

Di hari yang mulia ini iaitu pada 22 Disember 2005, genaplah umur you
21
tahun. Abah, mama dan saudara-saudara you ucapkan selamat menyambut
hari
kelahiran yang ke 21. Semoga hidup you kelak penuh bermakna dan
membawa
kebahgiaan kepada semua yang mengasihi you. Semoga juga Allah sentiasa
memberkati hidup you, dimakbulkan segala permintaan dan diterima segala
amalan.

Untuk itu beringatlah kepada lima perkara sebelum tiba lima perkara....
MUDA SEBELUM TUA;
SIHAT SEBELUM SAKIT;
LAPANG SEBELUM SIBUK;
KAYA SEBELUM MISKIN; dan
HIDUP SEBELUM MATI!

Hari ini abah masukkan cek CELCOM sejumlah RM1,200.00 dalam akaun you!
Apa sahaja perbelanjaan untuk memudahkan you belajar dengan tekun dan
mencapai kecemerlangan, you gunalah peruntukan yang abah sediakan tanpa
rasa
tertekan! Insya Allah, rezeki yang Allah kurniakan sentiasa
diperolehi!

Salam hormat dan kasih mesra dari Abah, Mama dan saudara-saudara mu
Owad,
Opis, Atif dan Adik. Semoga sentiasa berjaya dan selamat menempuh
peperiksaan tahun ini!

Wassallam!

Sunday, December 18, 2005

Terima Kasih Kak Zawil...

siannye kau byk sakit...takpe aku pon ade
bykpenyakit gak..senanye sume org pon ade
penyakit jiwa...kita kan manusia biase je..
oleh sebab itu kita jgn lupa pada yg b'kuase ke
atas kita..Dia yg kasi penyakit,,,, dan Dia jugalah
yg boleh ubatkan..sembuhkan...mintakla ape
jua..kan Allah suka pada hamba yg
meminta2...hanya Allah saje yg sudi nak dgr n
kabulkan p'mintaan yg tak henti2..kalau manusia
lain.... mintak skali ok la...dua tiga kali..mahu
kene penampaq skali kan..jadi nape kita nak rase
bimbang ....resah...sedih...tak senang
duduk...kembali lah kepada Allah kan..Allah maha
pendengar dan pengasih...n lagi satu...if bila kita
rase jauh or tak dpt rase bahawa nikmat n rahmat
Allah ade ngan kita...cepat2 la insafi n renung
nasib diri...Allah dah lupakan kite ke? takut kan
bile ingt camtu...sape lagi kalau bukan Allah yg
nak bntu kita..memang manusia takkan paham
masalah kita n kadang2 tak dpt nak bantu
kita..tapi manusia yg baik bleh jdi wasilah utk
tlong kita jmpe jln penyelesaian..n yg paling
penting...yakinla ALLAH akan sentiase memahami
kita...jadi jgn risau...nngisla rayula pada
Allah..insyaallah sumenye akan ok...aku ade bace
hurain satu hadis hadis 42 dlm kitab hadis 40
imam nawawi..pasal doa n istighfar ade satu hadis
dlm tu..mafhumnye..ALLAH tak akan
menghampakan p'mintaan hambanye tapi yg
penting kita mesti sentiase bersangka baik ngan
ALLAH kita mesti yakin n btol2harap ALLAH akan
kabulkan doa kita ni..ade 4 kemungkinan yg baik
utk doa setiap hambanyen salah satunye mesti
b'laku..1st..org yg b'doa tu akan diberi sesuatu yg
lebih baik fr ape yg dia mintak...2nd dihindarkan fr
mala petaka 3rd..disempurnakan kat akhirat n yg
last skali..diampuni dosanye..
subhanallah...memang besar n agungnye kasih
syg allah pada kita..jadi t'pulang pada kita nak
smbut or tak kasih syg yg maha agung tuh..
aku just sampaikan ape yg aku rase n aku rase
boleh kongsi ngn kau..supaya kita same2 leh nilai
diri kita..ini mungkin satu mende yg biase kita
dgr..tapi kalau kita dgr n rase ngan mate hati...kita
dpt rasekn cam ade saturoh...yg sgt kuat..n sgt
hebat n memang btol2 dpt menenangkan hati..
jadi same2 la kita ingt mengingati kan..
till then..slamat study..tetapkan hati n pasang niat
btol2..doakan aku skali.......

Saturday, December 17, 2005

Tommorow Never Buys

Harga ayam jatuh. Kalau minta ayam besar sekalipun, seekor cuma LE10 sahaja. Akibat kebimbangan Avian Influenza. Seorang doktor di hopital menafikan ujudnya selsema burung. Tapi nampak unsur-unsur backing negara sendiri. Seorang pansyarah farmakologi mengatakan telah ujud ia Avian influenza di Mesir. Qisim Ka'inat Ad-daqeeqa Wal Mana3ah pun telah buat seminar berkenaan selsema burung. Satu kematian dilaporkan tapi samar-samar. Ada yang kata memang ada tetapi kerajaan tempatan tak hebohkan takut pelancong lari. Kawan Mesir junior berpesan, jangan makan ayam lagi. Terutama yang bakar atau panggang. Nak makan juga. Makan yang dimasak rebus. Wira' jatuh LE2 seketul. Ayam di Mazzalat jatuh LE2.50 sekilo.

Buku-buku harus beli. Kalau tidak tak bergerak. Lagi. Tak sanggup menumpang. Segan nak makan budi. Tak boleh alah.

Sambil berjalan balik. Menyumpah sendiri. Terbeli kerepek kentang. Ingat harga macam biasa. Rupanya sebelah tangan. Silap. Sedap.

TOMMOROW NEVER BUYS...

Buy Another Day

Sakan belanja hari ini.

Atlas of Museum Jar LE30
Color Atlas of Histopathology LE20
MCQ in Pathology LE20
MCQ in Microbiology LE15
MCQ in Parasitology LE10
MCQ in Pharmacology LE15

Lima ketul wira' LE10
Dua kilo oren LE3
Brown petit pain LE2
Suku kilo luncheon LE2.50
Gibna President LE4.50
Shibsi Lays perisa thai sweet chili LE5

Yang layak claim, claim. Yang private property, sendiri tanggung.

Kalau senang. Nak lagi beli

Pemegang pintu
Penyangkut baju
Ubat gegat
Cermin
Stokin
Stokin jari
Cadar
Sabun Mandi
Karpet
Bekas sabun
Marker
Flip-flop
Kasut

Semua ni agak perlu la
BUY ANOTHER DAY

Wednesday, December 14, 2005

Music medicine

Sab 10 Dis 8PM Saqiah 3abd El-Mun3im As-Sawi (Culture Wheel)

International Concert for Peace

Atas ajakan Easeone. Pegi sama Pak Ten. Masrah tu betul-betul bawah kobri. Literally bawah kobri. Palo gertak la tapi. Dressing sepatutnya casual. Tapi aku siap ngan overcoat sama scarf. Overdress.

International concert for peace. Mengumpulkan pemuzik2 dari beberapa bahagian dunia. MC tak suka guna perkataan negara. Kunun tujuannya utk world peace dan soul healing. Dua jam lamanya. Ada tujuh persembahan semuanya.

Artist (according to appearance)

Dan Furst
Merangkap MC. Juga pemain beberapa alat muzik yg ajaib-ajaib.

Hossam Shaker
Pemain kecapi kumpulan Ra7alla.

Bashar Zarkan
Pemain percussion kumpulan Ra7alla.

Svemir Vranko
Penyanyi Croatia. Aktivis keamanan sewaktu Perang Bosnia. Pemain didgeridoo.

Willow Chang
Artist Hawaii yg dtg ke Mesir utk belajar dancing.

Manal Mohie El Din
Pemain harp nomor satu di Mesir.

Scott Huckaby
Award winning guitarist dari US. Dia pernah disembuhkan oleh dolphin-dolphin dengan cara berenang bersama mereka setelah dikatakan tiada harapan sembuh selepas ditimpa kemalangan.

Nasser Shamma
Pemain 3ud atau gambus dari Iraq.

Persembahan mula dgn alu-aluan Dan Furst. Pastu dia nyanyi lagu org Hawaii waktu diorang bertolak belayar. Macam mentera apa ntah. Asik humming jer.

Pastu persembahan disambung oleh kumpulan Ra7ala. Dgn fokus persembahan ialah mainan kecapi oleh pakcik Hossam.

Pastu Svemir menyanyikan lagu 'Warrior of Light'.

Kendian Dan dan Svemir bermain didgeridoo. Alat kaum asli Australia. Sebatang kayu panjang. Tiup di hujungnya. Dgn alat ni, memacam bunyi hewan bley buat. Alat ni dikatakan alat muzik paling awal dicipta. Org asli Australia guna utk upacara mrk yg digelar 'Enter the Dream'.

Persembahan disambung oleh Willow. Menyanyi lagu Hawaii-Aloha. Pastu menari hulla. Istimewanya tarian ni, it can tell you a story from the moving of the hands.

Kamudiam, Dan dan Svemir keluar lagi. Kali ini diorang memainkan alat muzik yg ajaib-ajaib. Dan bermain mangkuk kristal besar yg ada air. Pastu dia gosok keliling mangkuk dgn batang kayu. Alah, yg mcm org buat dgn gelas kaca tu. Bunyi mcm mike rosak. Pastu main tuang-tuang air. Tapi sedap gila bunyi. Svemir main tala bunyi yg familiar bg kami student tibb ni. Pastu main rainstick. Alat mcm shaker. Tp tak goncang. Terbalikkan saja. Bunyi mcm serangga? Hujan? Pastu main mangkuk besi Tibet. Sama mcm mangkuk kristal tadi.

Pastu Chang buat kejutan. Kitorang takyah pun naik bot2 mewah di Sg. Nil tu utk tgk. Tetiba dia belly dancing. Tp tgh2 dancing tu, muzik di cut. Pandai-pandailah dia cover. Dan keluar dan cakap kononnya derang terpaksa menghentikan sebab ini adalah salah satu penindasan kpd wanita. Dunia tak aman sebab wanita tak dihormati. Tapi aku rasa sebab authority tak kasi. Sebab muka nampak tak puas hati.

Pastu Manal dtg main harp. Tiga lagu semuanya. Macam bunyi piano. Macam watak kartun di sorga. Harp dicipta oleh Mesir purba. Di bawa ke Greek oleh Phytagoras. Dia pujuk sami/paderi Fir3aun ajar dia main waktu 20 thn dia kat Mesir. Dulu2. Org Mesir purba percaya setiap organ badan ada tone dia sendiri. So kalau sakit, bermakna organ tu ada missing tone. Utk bubuh balik, derang mainlah harp dekat organ tu.

Rehat sepuluh menit.

Svemir menyanyi lagi. Tapi tali sandang gitar dia jatuh. Cover malu. Tapi penonton tak support pon. Last2 dia terpaksa mintak. Willow pun menyibuk menari. Easeone meluat jek.

Pastu Scott keluar. Dia mainkan dua buah lagu. Secret Portal sama Somewhere Invincible. Dengan kepala yg botak, pastu kat kaki dia pasang loceng macam penari India dia buat macam2 bunyi dengan gitar dia. Ketuk-ketuk gitar. Goncang-goncang gitar berloceng dia. Sepak-sepak gitar dengan kaki loceng dia. Gosok-gosok gitar ngan air liur dia. Gesek-gesek gitar ngan penggesek viola utk buat bunyi ikan paus sama ikan lumba. Easeone paling suka dia ni. Aku tak suka sebab lampu pentas dia menyakitkan mata. Serius sakit mata.

Sampailah pulak giliran Nasser Shamma. Pemain 3ud atau org Melayu kita panggil gambus nomor satu dari Iraq. Memandangkan begitu ramai org kehilangan tangan dalam siri2 perang di Iraq. Beliau telah mencipta cara bermain gambus ngan sebelah tangan saja. Memang pelik tgk dia boleh buat bunyi2 sedap dgn hanya memetik neck gambus atau body gambus sahaja.

Lepas tu, pada asalnya diorang nak gandingkan Nasser ngan Scott. Sebagai simbolik kononnya walaupun askar US masih ada di Iraq, tapi diorang tetap main muzik bersama. Tapi, kumpulan Ra7alla join sekali. Dan panggil The Quartet sebab tambah sekali Hossam ngan Bashar. Memang best. Tapi ada dua alat string. Dua-dua nak jadi lead. So, salah satu tenggelam. Kecapi Hossam tenggelam. Hossam macam tak puas hati saja. Nasser pulak macam bolot semua. Scott jaga base saja. Last-last Hossam terus tukar pergi main kompang. Dah la kecapi dia asik telanggar mike. DUB! DUB!

Persembahan last. Semua artist keluar. Kali ni mintak kami nyanyi sekali. Kertas senikata diedar. Lagu lama. Ummi Kalsom. Lagu tajuk dia 'In Our Tent'. Atau 'Layali Kabeera'. Kami kena nyanyi korus saja. Malangnya, penonton tak support langsung. Akulah salah sorang pennton tu. Apa nak buat, bahsa 3arab yg dirumikan tak tepat lasung. Dah la sebutan dia tahapahapa. Walaupun org Mesir tahu jek lagu ni. Tp derang pon susah nak nyanyi.

Habis akirnya. Ada la sorang makcik Jepun pegi kasik bunga kat Dan. Siap cium-cium pulak. Pipi je la. Aku kata dlm hati. Makcik ni siap la laki dia belasah malam ni. Kat luar Easeone beli dua tiga keping CD Scott ngan Svemir. Sekeping LE50. Harapanla aku nak beli. Sekeping tu, yg Svemir. Sejam tiup didgeridoo. Buhsan. Tapi utk meditation. Sampai rumah 11.30. Itulah cultural show pertama aku pegi.

Ini lah entry aku paling panjang setakat ni. Bacalah kalau berani. Memang berani lah kalau dah sampai sini.

Mel udara tanah air...

Semalam

Pergi ke British Council di 3agouza. Sejam lebih bersardin dalam bas dari 3abassia.Teringin nak ikut kelas. Tapi mahal. Sebenarnya, ada niyat jahat lagi busuk. Balik pulak sakit perut lapar, kepala berdenyut, kaki ketar longgar hypoglycemia. Sakit hati. Sakit jiwa.
Tapi balik, lega. Sekeping poskad pengubat jiwa. Tulisan jawimu sangat cantik. Terima kasih kerana menghidupkan tulisan jawi.
Oh ya, setelah merujuk kepada sifu blog aku, mereka menganjur aku supaya meletakkan chatbox supaya dapat aku tahu siapa yang melawat walaupun boleh sahaja dapat komen dari anonymous. Hari ini dua orang sedar keujudannya termasuk seorang sahabat rapat lama yang jarang bersua online.

Sunday, December 11, 2005

انا لله وانا اليه راجعون

Kakak kepada ahli bait gemulah Razek iaitu Mohd Arif Abdul Latif, Halimah Abdul Latif telah kembali ke rahmatullah pada pagi Jumaat jam 10. Sama-samalah mendo3akan agar roh beliau diampuni lagi dira7mati Allah...

Saturday, December 10, 2005

Minbar Bustan Al-Fadhil

Musim haji sudah masuk. Khatib pun menghikayatkan haji.

Katanya khatib

Baitul 7aram itu dibina oleh malaikat. Fi 3ahdi Adam. Pada zaman Adam. Baitul 7aram itu terletak betul-betul bawah Baitul Ma3mur di langit. Yang mana malaikat menunaikan haji di sana. Kemudian setelah datang tufan pada 3ahdi Nu7. Baitul 7aram rosak atau tertimbus.

Baitul 7aram dibina kembali oleh Ibrahim Khalilullah dan anaknya atas perintahNya. Khatib mengisahkan Ibrahim. Bagaiman ketika Namrud nak lastikkannya ke dlm api. Mele'kak mengadu kpd Tuhan. Tuhan berfirman, Aku lebih tahu tentang hambaKu. Tuhan pun berfirman kpd api dgn firmanNya yg masyhur itu. Khatib mengisahkan juga Ismail. Ketika ayahnya mahu menyembelihnya, baginda merelakannya kerana itu perintah Tuhan. Bukan calang2 org yg Tuhan pilih utk membina semula rumahNya.

Dalam Kero'e yg mana aku tak ingat ayatnya tetapi sudah tentu khatib ingat ayatnya. Tuhan berfirman bagi mengisahkan pembinaan semula rumahNya itu.. Tuhan telah menzahirkan tempat rumah itu dgn menghantar angin yg kuat. Nampaklah oleh Ibrahim dan Ismail dua beranak tapak asas Baitul 7aram.

Selesai membina. Tuhan perintahkan pula Ibrahim menyeru manusia menunaikan haji. Ibrahim mengadu. Bagaimana suara saya dpt sampai kpd seluruh manusia? Tuhan berfirman. Ke atas engkau utk menyeru dan ke atas Aku utk menyampaikan. So, org yg pergi haji sampai ke hari ni sebenarnya menyahut seruan Ibrahim ribuan tahun dulu.

Akan nak pergi haji ni, khatib pesan. Gunalah harta yg 7alal yg dpt dgn cara 7alal. Lagi. Hajj itu drpd dua huruf. Haa' dan jeem. Haa' ialah hilm. Jeem ialah jurm. Aku kurang periksa maknanya. Mengantuk barangkali. Nabi kita yg agung pernah berpesan. Sesiapa yg menunaikan haji di rumah ini, akn diampun dosanya seperti baru dilahirkan. Atau semacam mana yg disabdakan.

Aqimussolah...

FYI. Ka3bah yg dibina Ibrahim mempunyai dua pintu. Satu di timur satu di barat. Satu utk masuk dan satu utk keluar. Pintunya rapat ke tanah. Tidak berbumbung.

Pada zaman Quraisy, bumbung dibina. Pintu diangkat tinggi. Ka3bah dibina semula lebih kecil sehingga hijr Ismail terkeluar drpd binaan. Bajet kurang.

Pada zaman Abdullah Bin Zubair, ka3bah dibina mengikut asal. Setelah Hajjaj Bin Yusuf mengambil alih, dibina semula mengikut cara Quraisy. Kerana sangka Ibnu Zubair pandai-pandai. Berita ini sampai kpd khalifah zaman itu. Katanya, kalau dia tahu yg binaan Ibnu Zubair tu yg asal, tak pulak dia izinkan Hajjaj tukar. Tapi Imam Malik pesan, jgn ubah-ubah. Takut hilang rasa zouk atau kehebatan Ka3bah dari hati org2 Islam.

FYI juga. Che', Sah dan Pisah selamat tiba ke tanah suci. Kini berada di Madinah. Tiga org ini byk berjasa dlm hidup aku. Abah pulak baru kirim suit melayu warna ijo lengkap bersampin songket warna ijo juga utk raya haji.

Thursday, December 08, 2005

Islam kan pasti menang!

Islam alah hari ini
Kerana tangan-tangan aku

Walau sudah dinasihati
Walau sudah diingatkan
Walau sudah diberi amaran
Walau sudah dikecam

Aku tetap melewati jalan-jalan itu

Islam kecundang kelmarin dulu
Ada sahamnya dari tangan-tangan kotor aku

Ingatlah
Pertolongan Allah itu dekat
Dekat dengan mu7sineen.

Wednesday, December 07, 2005

Imel Abah...

Akmal, assalamu'alaikum wbt. Hari ini ialah hari pilihanraya kecil
Pengkalan pasir, pasir Masd. Pas, Umno dan Ibrahim Ali bertanding.
Keputusan malam nanti lah mungkin jam 11.00 malam.

!2 hari lepas PakMat kita kena tanduk lembu jantan yang sedang mengawan
lembu betina dia. Teruk juga dia hari ini baru nak keluar wad. Kena
tang
telor dia, sembilan jam lebih operation. Dua hari lepas I melawat kali
kedua, dia dah mula gebang deras dah. Luka hampir sembuh.
Besok, Pisah, Esah dan Cik Rohim akan bertolak ke Makkah! Doakanlah
untuk
kesejahteraan mereka dan dikurnniakan haji manrur.

OK, salam hormat mesra, slamat maju jaya... Pulon Akmal pulon, bagi
dapat
terbaik dalam peperiksaan kali ini!
Semuja kirim salam!

Saturday, December 03, 2005

Chrono quest

I am sure that I got this from my father. Fond of antiquities, clasical and old fashioned things. A few month ago, I saw a pendullum clock in one of Egyptian newest and priciest shopping mall. However, never had the chance to see the price. Since that day, I fell in love with them and made up my mind to hunt for one.

Along with this clock, I am also getting myself an alarm clock. But the classic thing strikes again. I would love to have this old alarm clock that have their bells on top like a pair of ears.

So, I search from place to place. Along Kasr El-Ainy Street. Nay. There was hardly a clock shop. Never tried in Tahrir. But today, I searched for it at 3attaba, the most likely place to find it.

From shop to shop, alley to alley, I found only usual clock. But then in a deepest alley, I found a shop that sells pendullum clock. But it is closed for prayer. So, I went out. Then I found another shop called Big Ben. But the price.......So I went back to the alley hoping that the price is much lower 'coz the shop is rather hidden. From 600 to 800 the owner said. Big Ben was much better. The cheapest is 450.

I decided to go home. There's no hope for alarm clock either. It made me remember 'road walk'(lorong kulit). On my way home, still searching for any alarm clock, I at last found it. The very alarm clock that I always wanted. Made in China. Batteries not needed. Of course for this type. It looks somewhat that it comes from the 60's. Only for 12.50. Never know how long it can hold. Still ticking in my room. Thank God and I always love You.

Self comment:
Apa karangan aku buat ni?
Tingginya nafsu!
Taste tak padan dengan tuan, tak sadar diri...

Currently...

Currently listening

Bach-Brandenburg Concerto No. 3
Strauss-Blue Danube Waltz
Vivaldi-Four Seasons-Autumn
Vivaldi-Four Seasons-Spring
Vivaldi-Four Seasons-Summer
Vivaldi-Four Seasons-Winter

Currently dining

Omlette
Hot cocoa (actually Milo, eksyen lebey)