Atas permintaan Idil, dipaparkan kisah penerbangan yang sudah lapuk lagi busuk dan basi...
Solat Terbang
Tempat solat kapal terbang ‘cuma muat satu orang’. Tengku Kadir dan pakcik-pakcik Arab sahaja dari bahagian belakang yang sedar waktu itu. Pakcik-pakcik seorang-seorang lama sekali solat. Matahari di luar sudah mahu keluar. Seorang pakcik berkata sambil menuding ke tempat solat,”Solat Tarawih.”
Tahun-tahun lalu, boleh saja solat di mana-mana ada ruang yang tidak menggangu. Dalam musafir, jika situasi tidak menyebelahi, solatlah mengikut keadaan.
07072006
Muhammad ‘Iwadh
Muhammad ‘Iwadh sudah sedikit uzur. Badannya besar, bertongkat dan sedikit bongkok barangkali kerana sakit pinggang.
Dia seorang mahamil (peguam). Punya seorang sahabat di Kelantan bernama Muhammad Ghazali. Juga seorang mahamil. Mungkin sekali dia akan ke Kelantan atau Sarawak. Ziarah.
Dia sangka Kota Baharu bermaksud kota laut. Dia tanya negeri paling lawa di Malaysia. Dia tanya apa itu kuala.
Bila tahu namanya Tengku Kadir, dia tanya. Tahukah siapa ulama’ yang juga namanya Kadir. Tengku Kadir menjawab Syeikh Abdul Kadir Jailani. Katanya ada lagi. Abdul Kadir Al-Jaziri.
Ada anak kecil di tepi kami bermain melompat buas. Muhammad ‘Iwadh minta ditanya nama anak itu. Anak itu malu menjawab. Katanya Muhammad ‘Iwadh, dia juga punya cucu seperti itu. Muhammad ‘Iwadh mengajar, hafidh itu cucu. Anak kepada anakku.
Pesannya Muhammad ‘Iwadh
Sifatnya Hudzaifah Al-Yamani
· Tidak merungut dengan musibah yang menimpa
· Tidak mangadu jika ditimpa sakit
· Tidak mengangkat diri sendiri
100% berlawanan…
post script khas buat Cik Ain Nasim Yusof:
Sudah jadi kebiasaan dalam bidang periklanan, di peringkat awal iklan disiar penuh. Selepas beberapa lama ia akan dipotong. FYI, ada pihak yang telah memotong iklan syampu Sunsilk (lela majnun tu) pada bahagian berpegang tangan jantan betina itu! Hav nice vac...