Sunday, June 19, 2011

Po


oh abah,
rasa terkilan dan bersalah,
kurang beramah-tamah,
waktu pulang evakuasi,
tempoh hari ...

Sunday, June 05, 2011

Doner Kebap

Mengadap Sultan Setambul XXXVIII


Macam yang pernah disebut dulu kebab di lain tempat lain rupanya. Di Sham dan Iran kebab bersamaan dengan kofta di Mesir, bosan. Kalau di Turki, Doner Kebab inilah yang hanya bersamaan dengan shawerma di Mesir. Paling lain dan paling mewah ialah di Mesir yang mana kebab ialah daging panggang seketul-seketul sebesar kotak mancis.

Tapi pun kebab ni secara umum ialah apa-apa masakan daging yang dipanggang. Maka tak salah rupa apa pun. Khilaf tu kan rahmat. Kan tak pasal dah dapat makan berjenis kebab. Dari segi bahasa Doner Kebab ialah panggang putar.

Kami jamak dekat jeti. Perut pun lapar. Nak jalan jauh lagi. Jadi cari makan dekat tebing Halij di Eminonu. Di Turki ini makannya mahal. Hari pertama dah terkena makan mahal dekat restoran jadi kali ni murah-murah sudah.

Ada satu gerai jual doner kebab. Kombo yang agak bagus. Murah untuk peringkat Setambul walaupun kalau tukar dengan duit Mesir boleh dapat lagi bagus dengan harga ni. Doner Kebab ni kering sikit kurang juicy. Padanlah dengan harga dan taraf dia. Nasib baik ambil kombo sekali dengan Ayran (Rayeb). Kalau tidak lekat. Makan satu saja walaupun rasa tak cukup. Pekin duit. Jalan depan sikit jumpa satu lagi, murah, beli. Hmmm ... location, location, location.

Masa makan Asle jadi tukang petik kamera. Jadi hujung-hujung kami dedicate skeping untuk dia. Gambar-gambar ni semua Ayip ambik.

Friday, June 03, 2011

Jabal dan Ranah


Perumpamaan takabbur dan tawadhuk ialah seperti gunung dan tanah pamah.

Gunung itu kukuh, keras dan kaku sampai akar-akar pohon tidak mampu tembus masuk lalu ia gersang sedang tanah pamah itu lembut, lolos dan poros lalu dengan mudah akar-akar pohon tembus subur.

Gunung itu tinggi maka ia dingin sampai pepohon tidak mampu menahan hidup sedang tanah pamah itu hangat lalu sesuai untuk pohon nyaman merimbun menjadi pula tempat untuk menumpang teduh.

Dan apabila hujan turun air tidak lekat pada gunung yang tinggi curam itu tambah lagi tiada banyak akar pohon yang memegang air lalu ia kontang sedang tanah pamah itu lapang dan landai maka mampu menakung air.

Gunung itu tinggi, berandang, tampak ia dari kejauhan oleh sekalian khalayak makhluk sedang tanah pamah yang rendah tersembunyi dan hanya yang punya daya upaya bakal menemui.

Sungguh tiada salah pada jabal tiada juga pada ranah kerana keduanya tidak sanggup menanggung amanah. Melainkan sebagai misalan buat manusia sebagai fikiran. Sedang gunung atau jabal itu jika turun Kitab padanya, merendah diri ia dan akan pecah-belah dan hancur-luluh ia lantaran takutkan Tuhan.

Thursday, June 02, 2011

The 360 Chapels of Aegina


Aku tak menemukan perkataan yang sesuai untuk chapel. Dalam Kamus Dewan hanya tercatat gereja kecil. Bunyinya kurang catchy. Dalam Google Translate diterjemah sebagai kapel yang mungkin sekali berasal daripada istilah seberang.

Di atas Pulau Aegina ini, terdapat 365 buah kapel atau gereja-gereja kecil seperti di atas di serata ceruk celah rantau pulau ini. Tak kira di tebing laut atau di tebing bukit. Dengan harapan, Yesus akan melindungi mereka -penduduk pulau- ini sepanjang tahun. Sebuah kapel untuk setiap hari.

Kemudian I.K. Tan pun bertanya, "Apa jadi pada tahun lompat?" (insert laugh here)

Anarki di Athina LIII

Wednesday, June 01, 2011

Across the Nile


Aku sangat teruja sebenarnya. Tak tahulah kalau orang yang tengok aku nampak macam biasa saja. Maklumlah lepas enam tahun duduk di sini tambah dengan tahun-tahun subsidinya ini baru pertama kali aku naik. Memang dah biasa naik felucca di Tahrir sana nun tapi aura kat sini lain. Terasa macam tengah naik penambang nak seberang Sungai Yangtze dalam filem wuxia.

Ini memang pengangkutan biasa budak-budak Malikul Saleh. Dulu-dulu Sob selalu naik kalau nak ke Kheyr Zaman, Manyal dengan cepat dan murah. Tambang sehala nus genih. Kalau kayuh sendiri percuma. Sebab tu Mamat mula-mula nak cuba tapi bila sampan dah lari budak pendayung tu pun nak ambil alih balik.

Child Labor beb. Bukan senang nak kayuh dengan arus lagi walaupun nampak tenang. Lagipun sampannya besar jugak. Dulu aku ingat kecik macam dalam Pendekar bujang lapuk tu saja. Lagipun tengoklah dayung dia, batang kayu bodoh saja, lurus tak lebar dan leper macam yang biasa. Kesian tengok budak tu, muka penat memanjang. Tauke kat seberang kutip duit.

Dulu aku pernah angan-angan nak buat novel dengan tajuk yang sama. Kisah seorang pecundang -loser- yang pergi jalan-jalan shopping di Alpha Market, Dokki dan tiba-tiba negara jiran dah serang seberang sana sungai dalam rancangan negara besar dorang. Semua jalan ke seberang tutup dan dia terperangkap di seberang sini sungai dan macam mana dia bersama-sama warga tempatan berjuang mencari jalan ke seberang seterusnya membebaskan negara tumpangan dan mengusir musuh. Khayal gila.