Showing posts with label Secluded Siwa. Show all posts
Showing posts with label Secluded Siwa. Show all posts

Thursday, March 26, 2009

Jalan Pulang


Jangan tengok jalan orang lain. Jalan kita sendiri dah ada. Jalan orang lain nampak hijau/lawa pun jangan, yang penting/pikir jalan kita sendiri.

******** ****** *******


Suez Canal Tours yang pemandunya serupa sial. | Berhenti untuk kencing berak. Tak dapat letak matahari terbenam di tengah-tengah gambar macam yang bisasa dibuat orang sebab takut termasuk adik-adik comel sedang ke jamban. Tapi hasilnya nyata lebih baik. | Stesen elektrik atau radio di tengah tiada mana (nowhere). | Orang-orang ini tak pandai atau tak tahu nilai sekeping gambar yang candid atau yang aksinya natural bersahaja. Pantang terkesan lensa kamera, mesti mahu posing saja. Sama macam anak-anak muda sekarang yang tak faham seni. Mahu sesuatu yang raw action, brute force, stret to the point dan sudah malas lagi berfikir.

Gezirah Balah, Gezirah Malah XXIII
Akhir | Tammat

Sunday, March 15, 2009

Gebel Mawta

Ya tuan-puan, seperti tajuk di atas dan papan tanda dalam gambar, inilah Gunung Mati/Orang-orang Mati.

Sebelum masuk ke sini, musyrif kami Ust Rahim yang sebenarnya seorang pandai jin menyarankan agar semua banyak menyebut nama Tuhan dan kurang bergalak-galak.

Ya, seperti yang tuan-puan fikirkan. Langit pun kelihatan aneh kerana banyak presence of unnatural beings di sini.

Tetapi Sheikh Idris dengan selamba berkata, "Jom naik atas. Cepat sikit!"

Pintu masuk ke lubang-lubang kubur bernombor.

Liang-liang lahad si mati.

Kuburan yang sekali-sekala nampak semacam kubu-kubu perang atau sarang-sarang undur-undur puyuh (ant lion).

Gebel Mawta ialah salah satu jasa perang dunia kedua. Nekropolis yang ditemukan oleh penduduk tempatan secara tidak sengaja ketika menjadi tempat perlindungan di zaman perang.

Penduduk Siwa yang don't give a damn kepada dunia luar berbaik dengan kuasa paksi Itali ketika perang yang memberikan mereka hadiah-hadiah dan membawa masuk barang-barang aneh seperti kereta. Mereka kecewa ketika British datang menyerang Itali di situ dan membakar kereta-kereta tetapi kerana mereka don't give a damn maka mereka ok saja.

Kuburan Gebel Mawta menjangkau usia sejak zaman firaun terbukti dengan lukisan-lukisan dari zaman itu pada dinding beberapa bilik kubur. Walaupun dilarang memukul gambar, aku tetap curi-curi cuba tapi ini saja hasilnya.

Pun, gambar sebenarnya ialah seperti ini yang boleh dilihat dan dicopy dengan mudah dari laman web muhafazah Matruh sendiri. Jadi aku tak faham kenapa mesti ada larangan memukul gambar.

Sekeping cranium si mati tertinggal bersama-sama keping-keping batu.

Seketul ulnar si mati yang dibiarkan begitu saja dan banyak lagi tulang-tulang berserakan di belakang sana. No wonder begitu banyak presence of unnatural beings di sini. It's a damn all you can eat buffet!

Gezirah Balah, Gezirah Malah XXII

Friday, March 06, 2009

Bakul Raga

Tak jauh dari Kolam Kleopatra, ada pakcik yang menganyam bakul...

"Mana salam korang?"
"Korang ni muslim kan?"


"Yang korang ambik gambar aku ni, dah mintak izin ke belum?"

"Keh, keh, keh, takpe,takpe."
"Tapi lain kali bagilah salam dulu, mintak izin."


Gezirah Balah, Gezirah Malah XXI

Friday, February 20, 2009

Kolam Cleopatra

Cleopatra agaknya suka betul mandi, macam Shizuka.

Budak yang tengah terjun ni agaknya baru balik dari kebun menolong bapaknya. Geram tengok kawan main air. Pengaruh rakan sebaya.

Kolam ni jugak pernah meragut nyawa salah seorang pelajar kita di Mesir ni...

Ain Juba pulak mata air tempat mandi pengantin baru. Anak dara dan anak teruna mesti bersiram disini sebelum kahwin.

Tapi tengok ke lumutnya, tak gamak nak berendam kat sini. Agaknya orang dah tak ikut lagi adat ni.

Sebelum menikah, anak dara akan mencukur semua bulu yang tumbuh di badan melainkan kening dan rambut saja. Sebab lelaki-lelaki Siwa 'like to believe' perempuan semuanya licin langsung tak ada bulu...


Gezirah Balah, Gezirah Malah XX

Monday, January 26, 2009

Tokong Amun

Tokong Amun. Betul-betul untuk dewa Amun mesir. Tinggal sekeping dinding saja yang diampu tembok bata moden menampakkan relief atau cetak timbul. Tokong yang dibina Firaun Nektanebo II hanya tinggal sekeping dinding kerana seperti biasa, diletupkan jeneral Turki demi mendapat bahan bina.

Gezirah Balah, Gezirah Malah XIX

* * *

Ekonomi akan lembab tengah tahun ini. Sebab lembu tak tahan panas. Kata orang Tionghua.
Selamat Tahun Baru.


Wednesday, January 21, 2009

Tiga Tingkap


Di Pekan purba Aghurmi.

Gezirah Balah, Gezirah Malah XVIII

* * *

Salahkah saya, jahatkah saya, kalau mau menjadi baik kerana mata benda.

Kemudian sang rasul pun berkata:
"Setiap kerja buat itu dengan niat dan setiap orang ada niat masing-masing. Siapa-siapa yang hijrahnya untuk Allah dan RasulNya maka hijrahnya untuk Allah dan Rasulnya (itulah yang dia kan dapat). Siapa-siapa yang hijrahnya untuk dunia dan untungnya atau perempuan yang nak dinikahinya maka hijrahnya untuk benda-benda tersebut (itulah juga yang dia akan dapat)."

Saya mau solat hajat:
Tuhan, baikilah monitor saya...



Saturday, January 17, 2009

Kuil Wahyu

Kalau nak tau, Siwa ialah antara kawasan yang paling lama yang masih didiami manusia (oldest continuously inhabited) setanding dengan Jericho, Damsyik dan Fayoum.

Kuil yang dibina Firaun Amasis dengan tujuan politik demi mengambil hati dan mendapat sokongan suku-suku Libya.

Sejak kurun ketujuh sebelum Masihi lagi, Siwa sudah terkenal dalam alam Yunani kerana kewujudan peramal/perantara (oracle) di kuil wahyu dewa Amun.

Pun begitu Amun ini bukanlah Amun yang sama dengan dewata Mesir. Sebaliknya Ammon ialah dewa suku-suku Libya. Orang Yunani menggelarkan ia Zeus Ammon kerana Zeus setaraf dengan Amun Mesir.

Kesan tulisan Hieroglyph yang masih tinggal.

Iskandar Agung/Alexander The Great (bukan Iskandar Zulkarnain) pernah melawat kuil ini demi ingin mendapatkan kepastian apakah dia anak kepada Zeus.


Tasik Garam di kejauhan. Orang-orang Siwi tidak membeli bekalan garam mereka. Dapatkan terus dari sumber alami. Kami tak pergi ke sini sebab drebar degil.

Lubang/gua tempat menyimpan senjata ketika perand dunia kedua. Gurun barat dan gurun Libya sangat sinonim dengan perang dunia.

Bilik penghadapan peramal/perantara.

Ammon ialah dewa ramalan suku-suku Libya yang menyerupai domba jantan. Setelah peramal mengkhabarkan Iskandar adalah anak ekpada Zeus Ammon, dia mula memakai topi keledar atau mahkota yang mempunyai dua tanduk seperti 'ayahnya'.

Gezirah Balah, Gezirah Malah XVII

Tuesday, January 13, 2009

Kota Sarang Semut

"They will not fight against you in a body save in fortified towns or from behind walls..."
(59:14)

Rumah-rumah di Siwa dibina dengan bahan binaan unik yang dipanggil kharshif, campuran garam dan tanah liat. Kharshif dijemur sehingga kering membentuk bata.

Lumpur dicampur dengan rumput dan air sebagai simen. Setiap rumah dibiar kering selama dua hari terlebih dahulu. Setelah kering, dicat dengan jeer pewarna biru muda. Rumah-rumah Siwa dibina dengan pintu mengadap utara supaya angin masuk ke rumah.

Kebanyakan rumah-rumah di Shali rosak teruk setelah hujan lebat tiga hari berturut pada tahun 1926. Berbetulan dengan tahun bah air merah. Kharshif tidak kalis air.

"...their fighting between them is severe, you may think them as one body, and their hearts are disunited; that is because they are a people who have no sense."
(59:14)

Gezirah Balah, Gezirah Malah XVI

Thursday, January 08, 2009

Menembusi Shali

"...and enter the gate prostrate, and say: "Repentance." We will forgive you your sins and will increase (reward) for the right-doers."
(2:58)

Ini pintu barat Kota Shali. Pintu daripada kayu batang kurma. Riwayat membarikan, pintu ini dibuka ketika mentari terbit sehingga mentari terbenam. Kemudian ditutup rapat sama sekali. Riwayat lain pula berkata, pintu ini dibuka enam bulan sekali sahaja demi membawa bekalan penerus hidup ke dalam kota sebelum ditutup semula untuk enam bulan kemudiannya.

Masjid Umar. Masjid tertua di Siwa. Banyak masjid-masjid awal dikebanyakan tempat yang dibuka Islam dinamakan sempena Khalifah Umar Al-Khattab. Contohnya sebuah di Busra, Syria.

Gezirah Balah, Gezirah Malah XV

Friday, January 02, 2009



Gezirah Balah, Gezirah Malah XIV

Friday, December 26, 2008

Sheikh Idris

Sheikh Idris pemandu kami. Seorang Siwi lulusan Al-Azhar yang banyak bergaul dengan penuntut Melayu di situ. Kini bertindak sebagai imam dan pengelola Masjid Sidi Soliman. Ustaz Hairul Nizam pernah meriwayatkan pada kami tentang beliau ketika rancangan nak ke Siwa dulu. Ingatkan pak sheikh tua rupanya muda lagi.

Hasil kerap kali menjadi pemandu pelawat Malaysia ke Siwa, beliau tahu sedikit sebanyak bahasa Melayu. Antara perkataan yang dikuasainya ialah:
Panas
Sejuk
Cepat sikit!
Jom naik atas!


Sedang-sedang menyiapkan makanan dalam balai masjid itu Sheikh Idris berkata yang bermaksud," Kalau kamu orang sampai awal sempatlah minum nira." Ya, beliau menyebut perkataan NIRA. Orang Siwi juga membuat air nira seperti yang dibuat di pantai timur (dipanggil tuak) dan utara tanah Melayu. Bukan nira nipah atau kelapa, tapi nira kurma. Malangnya, nira di Siwa hanya ada setakat jam sepuluh setengah pagi sahaja. Agaknya lepas jam itu nira dah tukar jadi arak.

Akibat drebar sialan, orang baik-baik dan lemah-lembut macam Sheikh Idris terpaksa juga marah-marah mengangkat suara. Kasihan.

Gezirah Balah, Gezirah Malah XIII

Sunday, December 21, 2008

Habib

Siapa nama?
Habib.
Siapa?
Habiiiiib.
Umur berapa?
... (tak jelas)
Berapa?

Empat (atau kurang lagi, aku tak ingat).

Budak yang kasihan. Tak macam budak-budak yang lain. Habib duduk seorang di penjuru. Tak ada kawan tak ada orang tua. Matanya lilah (pathological nystagmus) kerana balar (albinism). Tapi, ammu-ammu masjid semua sayang Habib.

Gezirah Balah, Gezirah Malah XII

Friday, December 05, 2008

Ruyup

Ghaib selama tiga empat hari.

ke --->



Elliniki Dimokratia.

Gezirah Balah, Gezirah Malah XI

Saturday, November 29, 2008

Taxi Driver

Sudah tentu sheikh ini bukannya pemandu teksi...

Soalan yang selalu diajukan pada aku waktu mula-mula sampai dulu ialah, "Banyak tak unta?" Dan soalan sewaktu dengannya. Padahal, untalah makhluk paling jarang di tanah hitam Mesir ini. Kalau tidak di tempat-tempat pelancongan (piramid, sinai), di musim haji barulah terjumpa. Haiwan yang melata di seantero Kairo ini pun hanyalah keldai dan kuda.

Walaupun Siwa ialah sebuah oasis, orang Siwi tidak gemar kepada unta kerana saiznya terlalu besar yang membebankan. Lagipun pada mereka, unta lebih sesuai hidup liar di padang pasir dan dikendalikan kaum Badwi. Orang Siwi lebih sukakan keldai yang lebih kecil dan mudah dijaga. Di rumah mereka keldai disimpan di dalam taka'it. Bilik hewan atau kandanglah.

Menurut bancian umum, ada kurang lebih 3000 ekor keldai di Siwa yang membuat bunyi yang cukup bingit menjelang senja. Keldai biasanya diimpot dari Upper Egypt (Aswan/Luxor). Semuanya adalah jantan kerana yang betina tidak mampu bekerja berat. Keldai berharga antara 500 hingga 800 genih seekor.

Setiap keluarga pula akan memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta keldai atau carusa. Setiap pagi Jumaat, pekan Siwa akan dipenuhi dengan carusa-carusa kerana ramai orang akan datang ke pasar minggu. Carusa masih dipakai walaupun kenaikan moden sudah banyak. Biasanya diguna oleh kaum wanita untuk ke mana-mana dan dipandu oleh suami, anak lelaki atau saudara lelakinya sahaja.

Taxi Driver ialah filem wajib tonton penuntut-penuntut jurusan komunikasi massa penyiaran. Filem terbitan 1976 yang menampilkan lakonan mantap Rober DeNiro dan juga filem pertama lakonan Jodie Foster.

Gezirah Balah, Gezirah Malah X

Thursday, November 27, 2008

Kakak Beradik Siwa

Ini Ma'ar (atau Umar?) dan adiknya Yousef. Anak tauke kedai barangan plastik dan pinggan mangkuk di Siwa. Kedua-duanya bermata biru.

Gezirah Balah, Gezirah Malah IX


Tuesday, November 25, 2008

Shali

Shali Ghali The Remote City

Asalnya, orang Siwi tinggal di pekan purba Aghurmi. Setelah serangan demi serangan kencang dari orang Badwi pada kurun ke 11, orang Siwi cuma tingal 40 orang sahaja.

Maka demi menjamin keselamatan, mereka berpindah ke gunung paling tinggi di Siwa dan membina kota berkubu daripada lumpur, tanah liat dan pohon tamar.

Orang berbasikal menambah mood ketenangan dan kesunyian Siwa.
Gambar ihsan Faaris.

Mangamati Siwa.
Aku tak faham pun kenapa gambar ni konon menarik sangat.
Gambar ihsan Faaris.

Gezirah Balah, Gezirah Malah VIII

Saturday, November 22, 2008

Carusa


Di Kelantan, kereta untuk kenderaan awam dipanggil kereta sewa, yang tidak berdaftar, prebet sapu. Pemandu-pemandu dan persatuan kereta sewa enggan menukar status mereka kepada teksi walaupun bertahun-tahun dianjurkan kerajaan. Maka, istilah itu diambil alih oleh beca. Sebagai teksi roda tiga. Di Siwa, ini ialah teksi.


Gezirah Balah, Gezirah Malah VII