Saturday, June 30, 2007

Jelajah Jordan I

Amman, Urdun



The ever boring Amman.



Amman, the dull.



Amman, like Rome, was built on seven hills.



During the Greeks, they called it Philadelphia. See that theatre down there?



Amman...

Thursday, June 07, 2007

Hari ini dalam sejarah

~Nona nona zaman sekarang~
~Tak boleh tegur tak boleh dilarang~

"Kita ganggu siaran ini untuk berita tergempar!"
"Askar-askar pijat telah mendarat di katil aku!"

Hari ini dalam sejarah

Bilik aku dilanggar pijat. Setelah mampir dua tahun mengecap manis merdeka. Hari ini dengan rasminya puak pijat mengisytihar perang ke atas aku. Dari sehalus-halus anak sampai sekasar-kasar ibu.

Dua rangkap di atas ialah parodi kepada salah satu adegan dalam Sarjan Hassan.

Wednesday, June 06, 2007

Kisah di Sebalik Warna



Tahukah kalian Stadhuys? Itulah bangunan tinggalan penjajah kafir laknat Belanda yang ada di Bandar Melaka. Dijaga rapi malah dibangga-banggakan pula sedangkan tinggalan datuk nenek sendiri terbiar. Maklumlah kerana sudah 'adat' Melayu

"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
(petikan sajak Melayu oleh SN Usman Awang)


Stadhuys pernah menjadi tempat tinggal gabenor Belanda dan pusat pentadbiran Melaka. Pada zaman moden bangunan itu pernah dijadikan stesen radio Melaka dan kini mahkamah. Tahukah kalian Stadhuys asalnya berwarna puith. Pada tahun 1820 setelah Inggeris mengambil alih Melaka, mereka menukarkan warnanya kepada merah sampai ke hari ini. Tahukah kalian kenapa?

Kisah di Sebalik Warna

Pada zaman penjajahan kafir laknat Inggeris, mereka telah membawa masuk orang-orang India yang kebanyakannya sebagai penoreh di estet-estet getah. Salah satu tabiat orang-orang India ketika itu ialah mereka gemar meludah air pinang mereka ke dinding Stadhuys. Maka kotorlah dinding Stadhuys dengan tompok-tompok merah air pinang. Untuk menyelesaikan masalah, Inggeris mengecat semula Stadhuys dengan warna merah. Ludah air pinang pun tak akan kelihatan lagi.

Allahua3lam...


Bangunan merah ini ada di Kasr El-Ainy Street. Baru sahaja dicat. Warna pun ranggi. Di bawahnya ada kedai kopi dan kedai makan mewah Abou Shakra. Yang di atas waktu tengah hari dan di bawah waktu pagi. Orang Mesir tidak makan sirih. Kalau makan pun tak ada orang mampu meludah air pinang setinggi itu.

Monday, June 04, 2007

Petang Asar di Kedai Jahit

Tukang Jahit: Kamu orang tahu apa nak buat kalau ada orang kena kencing manis?

Kami              : Apa?

Tukang Jahit: Bagi dia makan semut.

Kami              : Apa?!

Tukang Jahit: Sebab semut kan makan gula. Hahaha!

Sambil bertepuk menjabat tangan. Di Mesir kalau orang membuat lawak dia akan menghulurkan tapak tangan sambil ketawa untuk anda menepuknya tanda lawak itu menjadi dan anda mesti menepuk tangannya jika anda faham lawak itu. Jadi budaya ini berhajat kepada pemahaman anda terhadap lawak tersebut. Kalau lawak tidak jadi alamatnya hulur tangan seorang-seorang...