Allahumma soyyiban hani2an
Allahumma soyyiban manfa3an
Allah mencuci jalan-jalan Kaherah penuh darah dengan hujan yang sedikit sebanyak lebat pada malam pertama hari Tasyriq. Seluruh jalanan lencun mengingatkan kepada tanah air.
Sesungguhnya Allah tidak menerima darah dan daging korban tetapi Allah menerima keikhlasan dan taqwa padanya.
Tapi syari3 Mawardy tetap kotor dengan selut pekat bercampur tahi lembu korban hasil daripada Kaherah yang tiada berhajat kepada sistem longkang kerana jarang sekali hujan.
Seronok sekali berjalan-jalan selepas workout di tengah malam buta. Badan masih mengeluarkan haba sedangkan persekitaran dingin. Bagai bergulung di dalam saratoga (jenama yang diistilahkan untuk selimut tebal yang digunakan pada musim sejuk) di dalam bilik berhawa dingin.
Sedikit kecewa dengan Pyramidez. Terlalu banyak orang mengorder. Kerana kedai makan lain tutup. Sangkanya tiada orang di tengah malam buta raya. Sudah pasti lambat siap dan waktu pun sudah lewat. Masih kepingin makan daging walaupun sudah banyak mentekedarah daging hari ini.
Makan mee kari ayam dan daging di rumah naqeeb circle. Makan juga kurma dan masak kicap daging korban di DMAK (Dewan Malaysia 3abbasiah Kaherah). Soto di rumah Mede.
Sunnah memberikan daging korban mentah kepada mereka yang selayaknya. Jika tidak pun sunnah dimasak manis.
Berpagi-pagi di DMAK bersolat raya. Melihat dua ekor lembu dua ekor kharuf (kambing) rebah dengan darah melimpah. Sekalipun tidak mampu gerban. Sunnah. Lembu arab + bangsa Mesir kasar = kerja susah. Kambing dipam kembung untuk memudahkan lapahan. A unique charachteristic dalam proses gerban di Mesir.
Mazhab Hanafi membenarkan menyembelih ayam bagi mereka yang tidak mampu. Sebagai membuka peluang luas bagi ummat beribadat.
Akhir kalam, mambeli empat ruzz billaban (rice pudding) sebagai post workout meal. Protein. Masih kepingin makan daging. Tidak mahu daging berkuah. Mahu sesuatu yang dibakar panggang.
Selamat menyambut garebek haji/korban
Mudah-mudahan Pisah, Esah dan Cik Rohim beroleh haji mabrur
Hajj mabroor wa dzanbun maghfoor
Kol 3am Wa Antom Be7'yer
1 comment:
salam..
eid mubarak wahai sahabatku..
smoga aidil adha kali ini mengajar erti pengorbanan buatmu..
ws
Post a Comment