Tuesday, March 20, 2007

Ketipang Payong

Khas buat yang berkenaan (sila baca terasa):

Daun mengkudu bercabang-cabang,
Tempat temasya semut kerengga,
Hatiku rindu kepada cik abang,
Menunggu masa serumahtangga.

Batang padi si batang pinang,
Pohon lada buahnya jarang,
Kalau sudi lekaslah dipinang,
Sebelum dinda diambil orang.

Daun nipah ditebang-tebang,
Batang padi aku lurutkan,
Kalau sudah kepunyaan abang,
Ke laut api aku turutkan.

Kita jumpa di Forum Bait Muslim



9 comments:

Anonymous said...

mekar bunga berkumtum kuntum berkumtum merah di dalam pasu
begitu indah dinda tersenyum
mengubat lara mendamai kalbu


bunga di taman menanti layu
awan di langit berkepul kepul
apa dihirau adindaku ayu
tunggulah masa diajab kabul

Anonymous said...

pat pat siku lipat
kanda lambat..kanda tk dpt...

hahhaa..aci la ni kiranya..nk wat pantun hebat..tk reti mana..

sungguh btol forum kali ni..(tk pcaya..)

ashraf cifp said...

anak sotong makan pinang,
anak seluang makan celagi,
macamane aku nak masuk meminang,
syarat bapak dia bagi aku taklepas lagi wuuwuuwuuu

Mohd Hafiz Bin Hj Mansor said...

Mawar mekar ditaman larangan,
Kumbang mengintai mencari peluang,
Kalau cik abg tiada halangan,
Cepat-cepat naik kejinjang.

Burung pipit burung kedidi,
Terbang tinggi nun disana,
Kalau ramai yang menawarkan diri,
Pilihlah yang ada ketaqwaan hatinya.

Anonymous said...

Pesan ingatan dari dinda
Moga kanda fikir-fikirkan
Sampai bila mahu ditunda
Kalau tunda hanya mendosakan.

Anonymous said...

pohon meranti berdahan-dahan,
jadi singgahan si kedidi jantan,
resah menanti petunjuk tuhan,
adakah dinda jadi pilihan.

Kedidi jantan berlari-larian,
Kedidi betina menunggu di taman,
Bukan kanda ingin tangguhkan,
Belum bersedia dengan hantaran.

Kedidi sekawan pulang ke sarang,
kerana hari sudahpun petang,
Sabarlah dinda sabarlah sayang,
Takkan berubah ketentuan tuhan.

Anonymous said...

encik akmal huzaifah,adakah anda akan bernikah dalam waktu terdekat ini?jika ya,jangan lupa sebarkan kepada kami yang pernah mengenali anda satu masa dulu=)

Anonymous said...

kuning warna kebesaran raja
warna penyatu seluruh jajahan
benarlah apa dinukil pujangga
penantian itu satu penyeksaan

camar terkurung tidak berbelas
sedih terpahat jiwa bergegar
derita diharung fitnah ditangkis
turuti syariat maruah terpagar

tertegak pohon ditengah laman
tegak berdiri bukan berbangga
bukan hantaran bukti kesediaan
iman dihati penentu segala

[ taicho ] said...

hmm,nk comment,,

tp smua bpantun je..

segan lak