Ada orang bertanya kepada aku begini:
Apakah lambang harimau itu lambang mazhab Ismaili?
Atas sebab itu dan ini, maka aku menangguh untuk menjawab.
Sebelum aku menjawab, aku berikan amaran. Sumber aku terhad kepada internet sahaja. Kebanyakan pensyarah-pensyarah universiti pun masih belum dapat menerima sesuatu yang bersumberkan internet. Pun begitu, sumber kedua aku ialah buku Ikhtisar Sejarah Kelantan yang kulitnya berwarna merah dan dihiasi dengan gambar kepala perahu raja yang berbentuk kepala Burung Petalawati yang pernah menjadi isu suatu waktu dulu. Pun, aku sudah ingat-ingat lupa kandungannya. Cuba cari dalam Kelate-A Self Rediscovery tapi belum dibincang lagi barangkali.
Kalian, inilah bendera yang dipanggil Nasrun Min Allah. Panji-panji kerajaan Kelantan. Mula dikibarkan pada tahun 1912. Pada tahun 1923 atau 1924, bendera ini diturunkan dan tidak dinaikkan lagi atas sebab-sebab tertentu. Bendera ini ditulis dengan petikan ayat ketiga belas surah As-Saff yang berbunyi:
'...pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.'
Ayat itu pula ditulis dengan tulisan khat menggunakan kaedah 'zoomorphic calligraphy' yang berbentuk seekor harimau atau singa?
Bendera ini digantikan dengan bendera yang ada sekarang ini. Bendera merah yang ada padanya bulan dan bintang seperti kebanyakan bendera negeri-negeri Melayu yang lain. Ada orang berpendapat, bendera ini diilhamkan daripada bendera Kerajaan Islam Uthmaniyyah yang disanjung oleh kebanyakan kerajaan Melayu Islam. Oleh sebab Kelantan ialah negeri melayu, maka ditambahlah pula pada bulan bintang itu, dua bilah keris dan tombak.
Inilah rupa penuh bendera Nasrun Min Allah yang dijumpai dalam sebuah laman.
Ini pula bendera asal yang masih dapat dilihat di Bank Kerapu atau Memorial Perang Dunia Kedua di Padang Merdeka, Kota Bharu. Dekat dengan Tambatan Diraja.
Adapun, inilah pula lambang mazhab Ismailiah. Oleh sebab keterbatasan maklumat, maka aku tidak jumpa mana-mana laman yang menunjukkan kaitan lambang ini dengan mazhab Ismailiah. Kebanyakan yang ada cuma menyentuh nilai estetika tulisan berbentuk harimau ini sahaja. Aku juga tidak menemukan siapa penulis khat itu. Melainkan dalam Wikipedia, ia menunjukkan kaitan lambang ini dengan Ismailism. Pun, tidak dinyatakan dengan jelas tentang lambang harimau ini. Cuma diletakkan di bawah tajuk Ismailism, tulisan khat berbentuk harimau ini. Boleh jadi, lambang ini dikaitkan dengan mazhab Ismailiah kerana ia dihasilkan pada zaman kerajaan Fatimiyah yang bermazhab Ismaili (sekadar andaian/assumption). Wikipedia ialah sumber yang paling awal patut ditolak kerana hampir sesiapa sahaja boleh menyunting. Tetapi aku suka kerana maklumatnya lebih tersusun.
Jika dibandingkan, kedua-dua lambang ini serupa tetapi tidak sama. Jika dibandingkan, harimau berpaling dalam lambang mazhab Ismailiah nampak lebih hidup. Aku tak dapat baca ayat yang ditulis. Tetapi dalam bendera Kelantan, harimau itu lebih ringkas dan kaku. Ayat dalam bendera Kelantan pun aku tahu sebab tengok dalam buku. Kalau diperhatikan, bahagian mata, telinga, lidah terjelir dan ekor tercongek dalam bendera Kelantan lama ini jelas menunjukkan pengaruh budaya Melayu/Siam/Jawa.
Atas alasan maklumat terbatas, tidaklah terjumpa oleh aku sebarang kaitan bendera ini dengan lambang itu. Adakah sudah terdapat unsur-unsur Syiah dalam kerajaan Kelantan sejak dahulu? Untuk itu Allah sahaja yang mengetahui. Orang-orang zaman hari itu sahaja yang boleh menjawab. Maka dapat disimpulkan, jawapan kepada soalan di atas secara ringkasnya ialah. Tidak.
Kenapa bendera ini dipakai?
Jawapan ini ialah semata-mata andaian (assumption) aku. Boleh jadi kerana orang-orang Kelantan pada waktu itu cuba mengikut sunnah nabi. Melalui pencarian aku, diriwayatkan salah satu bentuk bendera nabi ialah bendera hitam yang dilekatkan sehelai serban putih di tengahnya dan ditulis padanya kata-kata 'Nasrun Min Allah'.
Kenapa bendera ini dimansuhkan?
Ada disebutkan dalam Ikhtisar Sejarah Kelantan. Tetapi sudah lupa. Pun begitu, seingat aku bendera ini dimansuhkan atas nasihat mufti pada waktu itu atas sebab-sebab seperti

- Ada pendapat dalam Islam yang mengharamkan membuat gambar haiwan apalagi jika digantung dan dihormati
- Kebimbangan terhadap kehormatan ayat Al-Quran pada bendera tidak terjaga
5 comments:
cuba tgk kat sini...
http://nice72.multiply.com/photos/album/1/Kenangan_Rumah_Lama#2
nampak cantik gak
bagus, bagus, kawe suka demo wat blog gini, tau jugak pasal asal usul dera kito, sebelum ni kawe xtau pun, kawe wi 5 binte demo + budu seboto ( gurau jah) :)
salam bos aritu ada terbaca dalam laman blog mana tak ingat dah,,lambang Nasrun Min Allah ni betu2 hampir sama dengan lambang klu tak silap nama dia ROAR flag of turki masa zaman khalifah,,,kalu buleh tera kaji tengok
Ada ore kata dero lamo klate pun ikut budaya Uthmaniyyah
Itu lambang hashashin yang bersekte/bermazhab syiah ismailiyah
Post a Comment