Wednesday, March 31, 2010

Ho Sik

Telinga kera
Antara lauk wajib kalau orang Cina sendiri yang makan selain batang sayur hijau mesti ada telinga kera goreng ni. Sekali lagi kena dengan selera Orang Muar, masam-masam.

Ka Meng
Hah, ini yang paling grand. Daging kambing masak sup pekat lada hitam. Aromanya, pergh! Dagingnya lembut sesekali macam span, sesekali macam getah. Tapi harganya pun grand beb.

Tang Chu Yue
Apa pun, ini yang paling best. Satu-satunya lauk yang diketahui namanya sebab Orang Muar salin. Ikan yang digoreng rangup kemudian disiram dengan kuah sweet and sour yang akan-akan masak merah. Yue adalah ikan.

Monday, March 29, 2010

Bab al-Futuh 1087M

Kalian mesti kenal Bab El-Louq kerana ia tak jauh dari Medan Tahrir dan ada Mo'men di sana. Kalian juga pasti biasa mendengar Bab El-Khalk kalau menaiki bas pendek nombor empat. Kalau ke Arma sudah tentu melalui Bab Shaaria. Tapi dimana pintu-pintunya?

Ketahuilah olehmu, pintu kota Kairo itu asalnya ada 24 semuanya lapan di setiap sisi. Adapun yang masih gagah berdiri hanyalah tiga.

The Gate of Conquest

Bab al-Futuh dibina sekitar tahun 1087 oleh wazir ketika itu Badr al-Gmali, seiring dengan pengubahsuaian benteng dan tembok seluruh Kaherah. Beliau mengupah tiga orang Armenia -tempat asal beliau sendiri- yang khabarnya ialah tiga orang rahib dan adik-beradik pula. Setiap orang ditugaskan membina salah satu dari tiga pintu yang datang sekarang masih kekal.

Bab al-Futuh diapit oleh dua menara yang berbentuk bulat dan kelihatan tersembul daripada tembok. Ini memberi kelebihan kepada pihak pertahanan untuk menyerang belakang tentera musuh yang berusaha menembusi pintu kota.

Pada gerbangnya dihiasi dengan corak berlian. Di tepi dua menaranya ada ukiran kepala kambing (aku tak perasan) yang menjadi lubang tempat menuang minyak panas ke atas kepala musuh. Kepala kambing menjadi pilihan kerana ia mewakili planet Marikh yang terbit tatkala kota Kaherah diasaskan.

Bab al-Futuh menandakan perbatasan kota sebelah utara dan merupakan penghujung jalannya yang utama. Pada zaman hari itu, kafilah-kafilah besar jemaah haji pulang dari Makkah dan masuk ke kota Kaherah melalui pintu ini.

Tuesday, March 23, 2010

Aku Paman

Amjad Danial bin Aswad Haykal.
Atas wazan yang sama supaya bunyi berima dengan bapaknya.

Cucu sulung yang lama dinanti-nantikan orang. Anak sulung atau cucu sulung memang paling disayangi kerana mereka yang pertama. Sampai nanti ada kawan-kawan lama atau saudara-saudara yang jarang jumpa bertanya, "Aswad ke ni? Amjad ke ni?" Walaupun yang ditanya ialah adiknya yang kedua atau sepupunya.

Tenung lama-lama gambar ini. Anak Aswad? Senyum sendiri. Tenung lama-lama gambar ini. Setakat ini rambutnya belum kerinting lagi. Tenung lama-lama gambar ini. Hmmm, mulutnya macam Andrei Arshavin. Insya Allah bakal menyambung perjuangan Arsenal nanti.

Monday, March 22, 2010

Nenek Burung

Mengadap Sultan Setambul XXVIII

Banyaknya burung merpati. Kalau tebar jala entah berapa ratus ekor boleh dapat. Nenek dalam 'pondok' jual makanan burung untuk pelancong-pelancong jakun. Sepinggan selira. Tak gamak. Zaman sekarang benda macam ini pun orang buat duit. Tapi kalau tak ada benda macam ini atau fikiran macam ini nenek itu nak cari makan macam mana. Pondok tertulis Istanbul Ticaret Odasi menunjukkan ia legal dan bukan seperti budak-budak penjual tisu.

Sunday, March 21, 2010

Pacar Berjanggut

Orang yang berjambang dan orang yang punya kekasih mereka sama. Tapi belum tentu berjambang dapat memikat hati gadis-gadis.

* * *
Aku selalu berkata kepada kawan-kawan aku yang separa amrad atau yang berdarah jawa atau banjar yang mana mereka ini sibuk menarah pipi-pipi dan dagu-dagu dengan pisau cukur, "Tak payah, jangan paksa, kalau tak ada tu tak adalah, syukur saja, nanti kalau ada payah nak jaga, leceh wa cakap lu."

Begitu juga kawanku yang separa amrad itu pernah berkata kepadaku, "Tapi betul Mal, kalo ko takde awek hidup ko simple gile, kalo ko ade awek nanti hidup ko jadi complicated."
* * *

Yang licin nak berbulu, yang sunyi nak berdua. Masing-masing sengaja cari kerja. Orang yang tak berpacaran sama dengan orang yang licin tak berjambang. Mereka terbang.

Wednesday, March 17, 2010

Otai Besar Makan Sayur !

Sebagai duta sayur, aku berasa malu dengan Otai Besar.

Hidangan bayam dan kentang dengan konon-kononnya sos lada hitam. Bayamnya pahit dan kuahnya tawar. Jenuh Otai Besar menabur garam dan lada sulah. Rasa tak berubah. Kelat tekak menelan. Tunggu lama sikit rupanya ada sajian kedua berupa nasi dan tomato sumbat. Otai Besar pun, "Aaargh~! (kenapa tak datang awal)"

Kami ikut agensi liburan. Makanan disediakan. Tapi tak ada yang halal maka mesti makan vegetarian saja. Bagi abang-abang Arab Kuwait, asalkan tanpa alkohol dan bukan babi semuanya bismillah ...

Kali pertama seumpamanya, hehehe.

Anarki di Athina XLIII

Tuesday, March 16, 2010

Sihk Faahn ah, Sihk Faahn ah

Orang lain sibuk berdaurah, aku sibuk mentekedarah. Dengan tunjuk jalan abang Daus kami pergi ke salah satu restor cina yang ada dekat Arma. Lain semua taraf warung yang ini saja five star. Nama restoran tak tahu, nama nama lauk pun tak tahu, semua tulis Cina.


Kuey Teow masam konon sebagai pembuka selera. Minah purdah ambil pesanan yang fasih Arab dan Mandarin yang cadang. Tak perlu pun tapi kenalah dengan selera Orang Muar.

Ah Yam
Panduan. Kalau nak makan sini jangan pesan lauk ayam. Kebanyakannya biasa. Lauk ini sebiji macam masak kicap kecuali ada kuey teow lebar kat dasarnya.

Ba Zin Jan
Ini paling ngetop dan disyorkan. Terung goreng.

Wu Dang & Ken Tang
Kali pertama pesan atas cadangan abang Indo pelayan. Biasa juga tapi udang beb ...

Sunday, March 14, 2010

Bait-O-Shata'

30 Tahun Revolusi Islami XXVII


Bait-o-shata' ialah sebuah shabestan -tingkat bawah tanah- yang dijadikan ruang solat untuk musim sejuk. Senibinanya yang unik -tiang yang rendah tetapi tebal, bentuk gerbangnya, kekubah yang berbentuk khemah serta fungsinya sebagai shabestan- menjadikannya ruang yang selesa di musim panas atau sejuk. Nyaman ketika musim panas hangat ketika musim sejuk.

Pada bahagian silingnya di tengah-tengah setiap kekubah diletakkan batu marmar lutsinar/lutcahaya yang membenarkan cahaya matahari masuk bagi tujuan pencahayaan.

Musim dingin telah pergi langsung ke musim hangat tanpa ada musim semi ...

Gambar paling atas diambil oleh Mamat memakai Nokia N95, kena kredit takut bising, hahaha

Friday, March 12, 2010

Zuhud Dalam Cinta?

Dalam daurah tasawwuf, Sheikh Rohimudin mengajarkan asal lahir tasawwuf itu dari zuhud. Aku tak ingat takrif zuhud yang dibagi sheikh sebab dalam kepala aku berpusing-pusing lauk-pauk dan mee restoran cina. Adapun yang lekat dalam ingatan hanyalah takrif dari Kitab Bahrul Mazi syarahan Sunan Tirmizi karangan Sheikh Idris Al-Marbawy iaitu zuhud itu ialah dalam hati sentiasa ingat bahawa segala yang ada milik kita tidak kekal selamanya.

Adapun dalam bercinta, bolehkah kita berzuhud? Mampukah zuhud dalam cinta? Yakni meyakini bahawa dia bukan milik aku selamanya. Merasai kalau hilang atau terlepas pun tidak apa. Redha (dalam lara [kok itu bukan ridho tapi sabar aja]). Tidakkah bermakna tidak setia. Tidak cukup cinta. Kalau kedengaran di hati perempuan tidakkah luka?

Berzuhudlah ...

Cintaku padamu umpama sungai yang mengalir ...

Wednesday, March 10, 2010

Seyhulazhar

Telah terangkat ilmu ke langit dengan wafatnya ulama,
Telah turun bala kepada ummah dengan wafatnya ulama ...

Thursday, March 04, 2010

Aku Hilang Korang

His final words are, "We had so much fun."

Daing ranggi.

Suib dah mula monyok. Kasi cekelat Halls pon dah takde effect apa dah.

Dzul tengah resah sebab Asle tak sampai lagi.

Sampai saat akhir pun Iqbal jugak yang mashi kena handle benda-benda.

Mede tengah kasi autograf. Gambar blur sebab mata dah mula berkaca.

Kami.

Pose terakhir yang macam ini.

I will not say do not weep, for not all tears are an evil.
Tapi hati aku keras ...