Monday, January 29, 2007

Keluar dari Tanah Sham

Salam 'Asyura'.

Baru keluar dari Tanah Sham. Bakal memulakan apa yang dipanggil pemukim tempatan sebagai JJ (Jelajah Jordan).

Kami mengalami dua kali hari 'Asyura'. Semalam ialah hari 'Asyura' bagi Syria dan hari ini ialah Hari 'Asyura' bagi Jordan. Semalam sewaktu menziarah para ahli bait terserempak dengan serombongan keluarga Syi'ah. Mengadap ahli bait pada Hari 'Asyura'. Kata salah seorang daripada kami, kalau keluarga itu berjaulah seperti kami, terpaksalah menziarahi sekali lagi.

Mudah-mudahan yang tidak bermusafir dapat berpuasa.

Saya suka Sham...

Rumah Anhar.
Irbid, Urdun.

Thursday, January 25, 2007

Menuju Levant



Malam ini bakal berangkat ke Levant bersama lima yang lain...

Setelah seorang ketua dipilih, solatlah dahulu dua rakaat. Mekudian berdoalah:

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، {سُبْحَانَ الَّذِيْ سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِيْنَ. وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ} اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِيْ سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى، وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى، اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ وَالْخَلِيْفَةُ فِي اْلأَهْلِ، اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوْءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَاْلأَهْل

“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. Ya Allah kami memohon kepadaMu kebaikan dan ketaqwaan pada perjalanan kami dan dengan amalan yang Engkau redhai, Ya Allah ringankanlah perjalanan kami dan pendekkanlah jaraknya, Ya Allah Engkaulah Teman dalam perjalanan, dan Ketua bagi ahli keluarga, Ya Allah aku memohon perlindunganMu dari kesulitan perjalanan, pandangan yang samar, dan dari kejahatan yang boleh menimpa kepada harta dan ahli keluarga ”

Kemudian tinggalkan wasiat untuk yang tinggal dengan menyebut:

 أَسْتَوْدِعُكُمُ اللهَ الَّذِيْ لاَ تَضِيْعُ وَدَائِعُه
“Aku serahkan kamu kepada Allah yang tidak pernah menghilangkan simpananNya”

Kalian yang tinggal, berdoalah pula untuk kami:


أَسْتَوْدِعُ اللهَ دِيْنَكَ وَأَمَانَتَكَ وَخَوَاتِيْمَ عَمَلِك
“Serahkanlah agamamu, amanahmu, penamat amalanmu kepada Allah”

زَوَّدَكَ اللهُ التَقْوَى وَغَفَرَ ذَنْبَكَ وَيَسَّرَ لَكَ الخَيْر حَيْثُمَا كُنْت
“Semoga Allah menambah kepadamu ketaqwaan dan mengampunkan dosa kamu dan memudahkan kepadamu kebaikan di mana sahaja kamu berada”

Musafir pada orang-orang dahulu kala sangat besar. Maka besarlah juga persiapan dan bekalnya. Panjanglah pula doa-doanya. Adapun orang-orang sekarang ini, musafir itu sudah terlalu biasa. Mudah dan singkat. Maka ramailah yang terlupa untuk berdoa dan mendoa...





Monday, January 22, 2007

O-Tanjobi Omedeto Gozaimasu

Hari Tengku Kadir



Semalam hari lahir Mohammad Izwan Mohd Isa. Jadi kami diajak ke rumah. Dia jamu kami shibsi, buah oren sokkari, kek, air coke, air setroberi dan nasi berlauk.

Bila dijemput makan di rumah orang bacalah sebelum makan, selain membaca doa makan:

اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِيْمَا رَزَقْتَهُمْ، وَاغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُم
“Ya Allah! Berilah berkah apa yang Engkau rezekikan kepada mereka, ampunilah dan belas kasihanilah mereka.”

Kalau orang menghidangkan teh pula contohnya, maka bacalah:

اَللَّهُمَّ أَطْعِمْ مَنْ أَطْعَمَنِيْ وَاسْقِ مَنْ سَقَانِيْ
“Ya Allah! Berilah ganti makanan kepada orang yang memberi makan kepadaku dan berilah minuman kepada orang yang memberi minuman kepadaku.”

Selamat hari lahir Izwan. Mudah-mudahan panjang umur murah rezeki (ucapan tipikal). Pun begitu, pihak yang memegang bahawa sambutan Maulud Nabi itu bid'ah tidak menganjurkan sambutan hari lahir. Menurut mereka, alangkan Maulud Nabi itu bid'ah, inikan pula maulud kita sendiri. Menurut mereka lagi, kalau betul-betul sayang pada Nabi, belajarlah hadith, sirah dan amalkan sunnah. Allahu a'lam.

p/s: Aku tak pandai nak ucap dalam bahasa Bajau...

buah oren sokkari-buah oren manis yang rasanya seperti pisang
setroberi-strawberry (Indonesia)




Hari Idil

ْ

Thursday, January 18, 2007

Hijrah Mengajak Kita Berubah




Selamat Tahun Baru 1428 Hijrah



Kernih 2005/2006




Kernih 2006/2007

"...dan orang yang berhijrah itu pula ialah jenis orang yang meninggalkan perkara yang dilarang Allah."
Al-Hadith

Maka tahun penuh kenangan 1427 hijrah pun ditutup dengan bacaan doa akhir dan awal tahun di rumah Kang Mede setelah Dar El-Ifta' dirujuk untuk ta'kid tarikh.
Tengku Kadir pun telah berhijrah dari blogdrive ke blogspot.
Blog ini juga telah berhijrah ke template yang baru...
Mudah-mudahan tahun ini lebih baik dari tahun kelmarin.

10 Touba 1723 Q

Monday, January 15, 2007

Ada BOM dekat Kolleyya!

Khabar burung yang kata,

Maka semua pun bertempiaran lari. Penuntut, pensyarah, kakitangan. Yang perempuan terpekik-pekik, yang lelaki tercungap-cungap, yang tua terkedek-kedek. Yang jadi polis tak mampu menghalang apa lagi menenang. Ramai sia-sia. Polis sendiri pun cabut. Semua lintang-pukang. Macam kiamat lagaknya. Lari selamatkan diri. Ada yang lompat meja. Ada yang kena pijak. Ada yang kena lanyak. Pintu dewan satu. Jadi tempat tumpu. Nak keluar tak mampu. Dah lari. Dah selamat. Tunggu punya tunggu. Tak ada apa pun...

Hohoho, itu semua rekaan semata.

Sebenarnya, maka telah semua dimaklum pihak keselamatan, para penuntut bersama pensyarah dan kakitangan pun keluar berbaris-baris ikut pintu-pintu kecemasan. Tenang tetapi laju. Muka nampak resah tapi cuma berbisik-bisik. Tiada yang terpekik. Polis berkawal menunjuk arah. Semua kumpul di tempat letak kereta. Selang berapa lama polis pemusnah bom sampai tapi tak jumpa apa...

Hohoho, ini pun rekaan juga.

Sebetulnya, ada orang menyebar khabar burung. Katanya imtihan mula jam sembilan. Aku yang kerinan tercungap-cungap, terkedek-kedek macam nak tercabut sendi kaki. Ah...ada juga rakan seperlewatan. Dia kata,"Lewat jugakah? Setahu aku jam sepuluh, tapi ada orang cakap jam sembilan. Lewatlah." Sampai pagar kolleyya. Apa ni? Semua penuntut berlegar lagi. Senang-senang baca buku. Ada mamat yang geram. Lalu depan ramai orang. Jerit kuat-kuat,"IMTIHAN JAM SEPULUH!" Eslam Kareem datang bersalam,"Siapa bagitahu jam sembilan?" Kadir menjawab salam,"Adalah orang Mesir tu sorang." Senyum diam. Semua kena tipu. Mengeluh...


لا حول ولا قوة الا بالله
Zikir hari ini.

Khabar burung-khabar angin
Imtihan-peperiksaan
Kolleyya-kuliah, kampus
Kerinan-kesiangan

p/s: Dr Islah Munjih tiba hari ini. Seganlah lagi nak online...


Sunday, January 14, 2007

Sekali Air Bah



Sekali pantai berubah.

Orang pantai timur sudah mangli. Bukan kerana sistem perparitan yang buruk (walaupun bukan sepenuhnya), tetapi kerana sudah 'periang bah'. Alih-alih Johor pula yang teruk terkena.

Waktu hujan mula turun hari tu, orang Johor dan pantai timur patut baca:

اََللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
“Ya Allah! Turunkanlah hujan yang bermanfaat (untuk manusia, tanaman dan binatang).”

Tapi kalau hujan lebat sangat, nampak macam lambat lagi saja nak berhenti, takut carok pulak pokok tembakau bagi orang pantai timur khususnya (tapi orang tanam tembakau musim bah ke?) bacalah pula:

َ
اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا، اَللَّهُمَّ عَلَى اْلآكَامِ وَالظِّرَابِ، وَبُطُوْنِ اْلأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَر
“Ya Allah! Hujanilah di sekitar kami, jangan kepada kami. Ya, Allah! Berilah hujan ke daratan tinggi, bebe-rapa anak bukit perut lembah dan beberapa tanah yang menumbuhkan pepohonan.”

Lepas itu, kalau hujan dah berhenti, bacalah pula:

مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللهِ وَرَحْمَتِهِ

“Kita diberi hujan karena karunia dan rahmat Allah.”


Berlindung hujan di bawah Rambong...

Tapi, bila musim kenarau nanti, macam El-Nino sembilan sepuluh tahun lepas tu, bacalah pulak:

 اللَّهُمَّ أَسْقِنَا غَيْثًا مُغِيْثًا مَرِيْئًا مَرِيْعًا، نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ، عَاجِلاً غَيْرَ آجِلٍ
“Ya Allah! Berilah kami hujan yang merata, menyegarkan tubuh dan menyu-burkan tanaman, bermanfaat, tidak membahayakan. Kami mohon hujan secepatnya, tidak ditunda-tunda.”

atau

َللَّهُمَّ أَغِثْنَا، اَللَّهُمَّ أَغِثْنَا، اَللَّهُمَّ أَغِثْنَا
“Ya Allah! Berilah kami hujan. Ya Allah, turunkan hujan pada kami. Ya Allah! Hujanilah kami,”


atau

َاللَّهُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ وَبَهَائِمَكَ، وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ، وَأَحْيِي بَلَدَكَ الْمَيِّت
“Ya Allah! Berilah hujan kepada hamba-hambaMu, ternak-ternakMu, beri-lah rahmatMu dengan merata, dan suburkan tanahMu yang tandus.”

Banyak-banyaklah sabar orang Johor...

Tuesday, January 09, 2007

Wei tak tik Allah



الله اكبر الله اكبر الله اكبر

لا اله الا الله

الله اكبر الله اكبر ولله الحمد

الله اكبر كبيرا والحمدلله كثيرا وسبحان الله بكرة واصيلا

لا اله الا الله وحده صدق وعده

ونصر عبده

واعز جنده

وهزم الأحزاب وحده

لا اله الا الله

ولا نعبد الا اياه مخلصين له الدين ولو كره الكافرون

اللهم صلى على سيدنا محمد


وعلى ال سيدنا محمد

وعلى اصحاب سيدنا محمد

وعلى انصار سيدنا محمد

وعلى ازواج سيدنا محمد

وعلى ذرية سيدنا محمد وسلم تسليما كثيرا



Sudah dua minggu berlalu. Apakah semangatnya terlekat di hati?

Adapun, inilah 'lirik' takbir yang digunapakai di seluruh Mesir. Orang Melayu (yang masih baru di sini terutamanya) sering mengutuk irama takbir di sini. Kata mereka, senada...tak sedap...kurang syahdu. Tapi telah lama di sini, baru ku sedari, irama inilah lebih bersemangat. Lebih sesuai dengan hari yang dirai. Eid ialah hari kemenangan. Kenapatah disambut dengan laungan takbir yang melankolik bunyinya? Kalau sesiapa pernah tengok filem The Message (1976) laungan takbir yang iramanya sebiji dengan yang digunakan di Mesir, diguna pakai dalam babak tentera Islam mara masuk membuka Kota Makkah...

Perkara furu', abaikan.



Cara Alternatif Menyambut Eid


 

Sunday, January 07, 2007

Hari Gatal

Ramainya orang mengucapkan selamat tahun baru. Agaknya tak ada apa yang nak ditulis dalam blog. Maka pakatlah ucap selamat. Tapi aku tak sambut itu. Aku tak sedar pun tahun dah berlalu. Walaupun pagi-pagi berlari tu ada juga tengok lampu sambutan dekat hotel Sheperd dan Semiramis. Countdown tahun baru aku, sambil kesejukan di Mahatta Kaherah, Zaqaziq. Tunggu van awam untuk balik. Tiada.

Tapi hari ini, saudara kita dari kalangan Masehi (doktor di kuliah yang berimej Islam guna istilah ini) menyambut Hari Natal. Ikut mazhab Coptic mereka.

Tahun ini sakan beraya haji. Nanti kita kongsi. Tapi boleh baca bebelan aku saja. Canon A330 jatuh gering.

'Ala fekra, aku tak sambut juga hari natal. Haram. Dan doktor yang aku sebut di atas itu rupanya sebiji macam Santa Clause.




Ini bukan pokok krismas.
Perkampungan Nabi Ilyas.
Ada kemungkinan Gharqad?
Allahu A'lam.

Tuesday, January 02, 2007

Hutoba Haji

Dari minbar Masjid Al-Hidayah,

(Ingatan aku sudah kurang baik, maka isinya sahajalah yang dapat disertakan. Aku dapati isinya menarik. Lagipun kali pertama bersolat bersama warga Mesir setelah hampir empat tahun)

Maka khatib pun menyerulah dari atas mimbar,
  • Eid ialah untuk bergembira, tetapi harus beringat kepada saudara Islam seantero dunia yang kurang bernasib baik dan berusaha mengubah nasib kita dan mereka kepada yang lebih baik.
  • Dua perkara yang boleh kita dapati dari Eid Adha : Labbaikallah & Allahu Akbar
  • Labbaikallah/Talbiah paling banyak disebut pada musim ini. Malah dalam talbiah itu sendiri perkataan labbaik itu disebut empat kali. Ini menunjukkan apa? Ini menunjukkan dalam seumur hidup kita, harus kita menyahut segala seruan Allah iaitu mentaati segala perintah dan menjauhi segala larangannya. Juga menunjukkan kebersamaan kita atau hubungan kita dengan Allah haruslah tidak putus. Istajibu lillah...
  •  Allahu Akbar/Takbir. Dituntut ke atas kita supaya bertakbir seusai solat lima waktu setiap hari bermula pada Hari 'Arafah hingga Hari Tasyrik ketiga. Berbeda dengan Eid Fitri yang hanya sebelum solat Eid Fitri. Ini menunjukan apa? Ini supaya hati kita terlekat dengan Allahu Akbar. Supaya dalam setiap urusan kita Allahu Akbar. Allah Maha Besar. Allah yang lebih utama. Allah yang paling utama. (Setelah itu, aku sendiri kurang minat dengan Allahu Akbar yang diertikan dengan Allah Maha Besar kerna kurang meninggalkan kesan dalam hati aku. Lebih enak jika difahami terus dalam bahasa Arab. Bagaimana ya?)
  • Khutbah kedua, khatib menyeru lagi, pamerkanlah takwamu kepada Allah dalam sembelihan kalian. Kerna Allah tidak menerima darahnya mahupun dagingnya. Tetapi Allah menerima takwa. (Bukanlah dengan mencuci tanga dan kaki kalian dengan darah korban atau menempek cap tangan daripada darah korban pada kereta atau dinding rumah kalian-ini ialah adat warga Mesir)
  • Ketika Eid ini, jagalah anak muda mudi (pemudi khususnya). Jangan biar berpeleseran (kerna adat warga Mesir ini berhari raya di taman, fun fair, pawagam atau pusat beli-belah). Apabila dikata kepada sesetengah anak muda di jalanan maka dijawab,"Bukankah ini Eid?" Sungguh kami tahu ini Eid. Tetapi janganlah menyambut Eid dengan sesuatu yang dimurkai Allah. Jangan biarkan anak-anak kita bergaul bebas tanpa batasan.
  • Akhir kalam, taqabbalallah minna wa minkum, wa kullu 'am wa antum bikhair.
Pada pagi itu Masjid Al-Hidayah dihiasi dengan gantungan belon-belon berwarna-warni. Seperti ada  pesta kelahiran lagaknya.

p/s: Segala yang didalam kurungan itu ialah tambahan dan fikiran aku sendiri. Hutoba ialah khutbah dalam sebutan saudara kita di Tanah Besar China.

Ayah Zik (Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat) pernah menyebut dalam khutbahnya (aku sering solat Eid dekat rumahnya di Pulau Melaka), Allah Maha Besar itu bukan maksudnya Allah itu besar dari segi fizikalnya, tetapi macam kitalah, kalau ada menteri nak datang kita kata orang besar nak datang. Tapi orang itu tidak semesti besar pun tubuhnya. Maka Allah lebih aula. Maka begitulah...