Dari minbar Masjid Al-Hidayah,
(Ingatan aku sudah kurang baik, maka isinya sahajalah yang dapat disertakan. Aku dapati isinya menarik. Lagipun kali pertama bersolat bersama warga Mesir setelah hampir empat tahun)
Maka khatib pun menyerulah dari atas mimbar,
p/s: Segala yang didalam kurungan itu ialah tambahan dan fikiran aku sendiri. Hutoba ialah khutbah dalam sebutan saudara kita di Tanah Besar China.
Ayah Zik (Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat) pernah menyebut dalam khutbahnya (aku sering solat Eid dekat rumahnya di Pulau Melaka), Allah Maha Besar itu bukan maksudnya Allah itu besar dari segi fizikalnya, tetapi macam kitalah, kalau ada menteri nak datang kita kata orang besar nak datang. Tapi orang itu tidak semesti besar pun tubuhnya. Maka Allah lebih aula. Maka begitulah...

- Eid ialah untuk bergembira, tetapi harus beringat kepada saudara Islam seantero dunia yang kurang bernasib baik dan berusaha mengubah nasib kita dan mereka kepada yang lebih baik.
- Dua perkara yang boleh kita dapati dari Eid Adha : Labbaikallah & Allahu Akbar
- Labbaikallah/Talbiah paling banyak disebut pada musim ini. Malah dalam talbiah itu sendiri perkataan labbaik itu disebut empat kali. Ini menunjukkan apa? Ini menunjukkan dalam seumur hidup kita, harus kita menyahut segala seruan Allah iaitu mentaati segala perintah dan menjauhi segala larangannya. Juga menunjukkan kebersamaan kita atau hubungan kita dengan Allah haruslah tidak putus. Istajibu lillah...
- Allahu Akbar/Takbir. Dituntut ke atas kita supaya bertakbir seusai solat lima waktu setiap hari bermula pada Hari 'Arafah hingga Hari Tasyrik ketiga. Berbeda dengan Eid Fitri yang hanya sebelum solat Eid Fitri. Ini menunjukan apa? Ini supaya hati kita terlekat dengan Allahu Akbar. Supaya dalam setiap urusan kita Allahu Akbar. Allah Maha Besar. Allah yang lebih utama. Allah yang paling utama. (Setelah itu, aku sendiri kurang minat dengan Allahu Akbar yang diertikan dengan Allah Maha Besar kerna kurang meninggalkan kesan dalam hati aku. Lebih enak jika difahami terus dalam bahasa Arab. Bagaimana ya?)
- Khutbah kedua, khatib menyeru lagi, pamerkanlah takwamu kepada Allah dalam sembelihan kalian. Kerna Allah tidak menerima darahnya mahupun dagingnya. Tetapi Allah menerima takwa. (Bukanlah dengan mencuci tanga dan kaki kalian dengan darah korban atau menempek cap tangan daripada darah korban pada kereta atau dinding rumah kalian-ini ialah adat warga Mesir)
- Ketika Eid ini, jagalah anak muda mudi (pemudi khususnya). Jangan biar berpeleseran (kerna adat warga Mesir ini berhari raya di taman, fun fair, pawagam atau pusat beli-belah). Apabila dikata kepada sesetengah anak muda di jalanan maka dijawab,"Bukankah ini Eid?" Sungguh kami tahu ini Eid. Tetapi janganlah menyambut Eid dengan sesuatu yang dimurkai Allah. Jangan biarkan anak-anak kita bergaul bebas tanpa batasan.
- Akhir kalam, taqabbalallah minna wa minkum, wa kullu 'am wa antum bikhair.
p/s: Segala yang didalam kurungan itu ialah tambahan dan fikiran aku sendiri. Hutoba ialah khutbah dalam sebutan saudara kita di Tanah Besar China.
Ayah Zik (Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat) pernah menyebut dalam khutbahnya (aku sering solat Eid dekat rumahnya di Pulau Melaka), Allah Maha Besar itu bukan maksudnya Allah itu besar dari segi fizikalnya, tetapi macam kitalah, kalau ada menteri nak datang kita kata orang besar nak datang. Tapi orang itu tidak semesti besar pun tubuhnya. Maka Allah lebih aula. Maka begitulah...
1 comment:
owh adat...kt dinding tempat masuk imarah kitorg pun ada org cop tgn gune darah...hoho
n thanks for all these reminders~ may Allah bless you always!
Post a Comment