Thursday, May 31, 2007

Iqbal buat lagi!



Tahun lepas



Tahun ini

Isikan dunia dengan warna-warna

Jangan marah...

Monday, May 28, 2007

Quotable Quotes Regarding Romad

"To lead untrained army to war is to throw them away."

"Oral exam? I'm speechless."

"Out of 30 full marks, they might give me ten, or nine, or nothing."

"They never get the chance to notice my hair because they are more amazed of my inability to answer."

"I did take the exams, but not the marks."

"They dont care how do you look but they do care how do you answer. Some people care too much on how do they look. But I care neither."

Thursday, May 17, 2007

Nasrun Min Allah

Ada orang bertanya kepada aku begini:
Apakah lambang harimau itu lambang mazhab Ismaili?

Atas sebab itu dan ini, maka aku menangguh untuk menjawab.

Sebelum aku menjawab, aku berikan amaran. Sumber aku terhad kepada internet sahaja. Kebanyakan pensyarah-pensyarah universiti pun masih belum dapat menerima sesuatu yang bersumberkan internet. Pun begitu, sumber kedua aku ialah buku Ikhtisar Sejarah Kelantan yang kulitnya berwarna merah dan dihiasi dengan gambar kepala perahu raja yang berbentuk kepala Burung Petalawati yang pernah menjadi isu suatu waktu dulu. Pun, aku sudah ingat-ingat lupa kandungannya. Cuba cari dalam Kelate-A Self Rediscovery tapi belum dibincang lagi barangkali.



Kalian, inilah bendera yang dipanggil Nasrun Min Allah. Panji-panji kerajaan Kelantan. Mula dikibarkan pada tahun 1912. Pada tahun 1923 atau 1924, bendera ini diturunkan dan tidak dinaikkan lagi atas sebab-sebab tertentu. Bendera ini ditulis dengan petikan ayat ketiga belas surah As-Saff yang berbunyi:

'...pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.'

Ayat itu pula ditulis dengan tulisan khat menggunakan kaedah 'zoomorphic calligraphy' yang berbentuk seekor harimau atau singa?



Bendera ini digantikan dengan bendera yang ada sekarang ini. Bendera merah yang ada padanya bulan dan bintang seperti kebanyakan bendera negeri-negeri Melayu yang lain. Ada orang berpendapat, bendera ini diilhamkan daripada bendera Kerajaan Islam Uthmaniyyah yang disanjung oleh kebanyakan kerajaan Melayu Islam. Oleh sebab Kelantan ialah negeri melayu, maka ditambahlah pula pada bulan bintang itu, dua bilah keris dan tombak.



Inilah rupa penuh bendera Nasrun Min Allah yang dijumpai dalam sebuah laman.



Ini pula bendera asal yang masih dapat dilihat di Bank Kerapu atau Memorial Perang Dunia Kedua di Padang Merdeka, Kota Bharu. Dekat dengan Tambatan Diraja.



Adapun, inilah pula lambang mazhab Ismailiah. Oleh sebab keterbatasan maklumat, maka aku tidak jumpa mana-mana laman yang menunjukkan kaitan lambang ini dengan mazhab Ismailiah. Kebanyakan yang ada cuma menyentuh nilai estetika tulisan berbentuk harimau ini sahaja. Aku juga tidak menemukan siapa penulis khat itu. Melainkan dalam Wikipedia, ia menunjukkan kaitan lambang ini dengan Ismailism. Pun, tidak dinyatakan dengan jelas tentang lambang harimau ini. Cuma diletakkan di bawah tajuk Ismailism, tulisan khat berbentuk harimau ini. Boleh jadi, lambang ini dikaitkan dengan mazhab Ismailiah kerana ia dihasilkan pada zaman kerajaan Fatimiyah yang bermazhab Ismaili (sekadar andaian/assumption). Wikipedia ialah sumber yang paling awal patut ditolak kerana hampir sesiapa sahaja boleh menyunting. Tetapi aku suka kerana maklumatnya lebih tersusun.



Jika dibandingkan, kedua-dua lambang ini serupa tetapi tidak sama. Jika dibandingkan, harimau berpaling dalam lambang mazhab Ismailiah nampak lebih hidup. Aku tak dapat baca ayat yang ditulis. Tetapi dalam bendera Kelantan, harimau itu lebih ringkas dan kaku. Ayat dalam bendera Kelantan pun aku tahu sebab tengok dalam buku. Kalau diperhatikan, bahagian mata, telinga, lidah terjelir dan ekor tercongek dalam bendera Kelantan lama ini jelas menunjukkan pengaruh budaya Melayu/Siam/Jawa.

Atas alasan maklumat terbatas, tidaklah terjumpa oleh aku sebarang kaitan bendera ini dengan lambang itu. Adakah sudah terdapat unsur-unsur Syiah dalam kerajaan Kelantan sejak dahulu? Untuk itu Allah sahaja yang mengetahui. Orang-orang zaman hari itu sahaja yang boleh menjawab. Maka dapat disimpulkan, jawapan kepada soalan di atas secara ringkasnya ialah. Tidak.

Kenapa bendera ini dipakai?

Jawapan ini ialah semata-mata andaian (assumption) aku. Boleh jadi kerana orang-orang Kelantan pada waktu itu cuba mengikut sunnah nabi. Melalui pencarian aku, diriwayatkan salah satu bentuk bendera nabi ialah bendera hitam yang dilekatkan sehelai serban putih di tengahnya dan ditulis padanya kata-kata 'Nasrun Min Allah'.

Kenapa bendera ini dimansuhkan?

Ada disebutkan dalam Ikhtisar Sejarah Kelantan. Tetapi sudah lupa. Pun begitu, seingat aku bendera ini dimansuhkan atas nasihat mufti pada waktu itu atas sebab-sebab seperti
  • Ada pendapat dalam Islam yang mengharamkan membuat gambar haiwan apalagi jika digantung dan dihormati
  • Kebimbangan terhadap kehormatan ayat Al-Quran pada bendera tidak terjaga
Segala tulisan aku tidak muktamad terutama mengenai mazhab Ismailiah. Untuk bahagian sejarah Kelantan, rujuklah buku Ikhtisar Sejarah Kelantan yang aku tidak pasti masih wujud tidak dalam pasaran. Terima kasih kepada yang bertanyakerana telah membuka mata aku yang sedia luas ini. 

Wednesday, May 16, 2007

BN

Aku masih ingat, kata-kata gemulah Ust Bunyamin Yaakob dalam satu ceramahnya di perkarangan rumah Esah



katanya:

BN
Barang naik

BN
Betul-betul naik?

BN
Betuuul naiiik

BN
Bila naik?

BN
Baru naik

BN
Berapa naik

BN
Banyak naik

Undilah
BN

Yang terakhir tu dia tak cakaplah. Yang sedihnya, ada orang kata kalau barang naik itu tandanya kawasan itu akan maju. Tapi lojiknya kata orang, kalau ekonomi baik, rakyat hidup senang. Barang tidak naik. Aku bukan ahli ekonomi.

Dulu aku tak faham inflasi. Terutama bahagian yang kata 'wang semakin kurang nilai?' Akhirnya aku faham bila ada orang menjelaskan. Kalau dulu dengan RM50 boleh beli barang di pasar sampai muat dua bakul. Tapi sekarang, dengan duit RM50 satu raga pun tak penuh.

Apa pun, orang yang terasa benda-benda macam ini, tinggallah orang-orang kebanyakan sahaja. Orang yang ada-ada takkan terasa. Jadilah mereka terus tidak peduli dan terus mengundi. Barangkali, mereka takut kalau lawan BN yang menang mereka bakal dipaksa beri derma...

BN

Wednesday, May 09, 2007

Sejarah Sudah Berulang

Buah Pic Panjang Umur

Tahun ini pakcik penjual sayur yang kami gelarkan Pakcik 'Addi Eih?' menjual buah pic lagi. Apakah tahun ini aku akan beli daripada dia lagi? Apakah aku bakal biar sahaja dia memilih untuk aku lagi? Apakah aku bakal dapat buah-buah yang busuk buruk lagi? Apakah aku bakal mengadu pada Idil dan kemudian dia akan meminta aku bertegas dengan Pakcik Addi Eih? Apakah aku terpaksa berhadapan dengan Pakcik Addi Eih? Apakah Pakcik Addi Eih? bakal menukar buah yang dibeli dengan begitu mudah tanpa banyak soal, lagi?

Buah pic yang dia jual gemuk-gemuk cantik-cantik, masih rangup.

Oleh-oleh

Masih awal untuk itu. Mahu pulang atau tidak pun tiketnya masih belum beli. Imtihan pun entah ke mana-mana. Tapi sudah dapat satu ilham apa mau bawa pulang tahun ini. Minyak masak! Tahun sudah gula...

Pautan Berkait










Monday, May 07, 2007

Maka begitulah...




Mmm...ada sate, nasi kapit, kuah kacang. Tapi hari ni bukan hari raya.



Tapi sekejap, kenapa boys pakai baju melayu?



Tapi girls pulak...



Sebenarnya inilah makan malam tahunan kami. Uuu...tengoklah apa yang kami lantak. Nak pecah perut makan. Nasib baik tak ada orang ambil gambar dekat meja pencuci mulut. Dekat situ ada krim karamel, kek coklat lembab, kek pisang, koktel buah (ke salad buah?), candy dan roti sandwich. Tersesat sekali dengan pencuci mulut.



Apa pun, inilah hari yang ditunggu-tunggu setiap tahun. Jumpa lagi semua tahun depan. Imtihan nanti buat elok-elok.