Wednesday, October 31, 2007

Jelajah Jordan II


Ma'rakah Ghazwah Mu'tah



Ma'rakah Ghazwah Mu'tah. Medan Peperangan Mu'tah

Peperangan ini tidak melibatkan sebarang kepungan ke atas kota. Tinggalan ini ialah masjid yang dibina oleh kerajaan Bani Umayyah.



Tugu peringatan Al-Harith bin Umair Al-Azdy. Utusan Rasulullah.

Peperangan yang tercetus akibat pembunuhan utusan Rasulullah oleh Sharhabil, Arab Kristian Ghassan, gabenor Byzantium.



12 nama-nama muslimin yang syahid.

Rasulullah menghantar 3000 muslimin. Arab Kristian menyediakan 100 000 orang dan Byzantium membantu lagi dengan 100 000 orang.

Pesan Nabi sebelum melepaskan angkatan muslimin pergi:

Aku sungguh-sungguh meminta kalian bertakwa kepada Allah dan jagalah muslimin yang berada bersama kalian. Seranglah, atas nama Allah, kerana Allah, orang-orang yang ingkar kepada Allah. Jangan khianat atau mencuri; jangan membunuh kanak-kanak, atau wanita, atau orang tua, atau rahib-rahib di dalam biara mereka. Jangan sentuh sebarang pohon tamar atau memotong sebarang pokok, dan jangan memusnah sebarang bangunan.

Pesan Abdullah bin Rawaahah ketika mana angkatan muslimin mendengar bilangan tentera musuh:

Demi Allah, apa yang kalian benci ada di depan kalian dan itulah yang kita cari, syahid. Kita berperang bukan atas dasar jumlah tentera, atau kelengkapan, tetapi atas dasar keimanan dan agama ini yang Allah telah muliakan kita dengannya. Berjuanglah untukmemenangi salah satu daripada dua, kemenangan atau syahid.

Kini Mu'tah terkenal dalam alam Melayu moden sebagai antara tempat melahirkan para ulama'.

Wednesday, October 24, 2007

MAT


MAT semakin terasa bahangnya.
Pun ramai juga yang sibuk dengan 'sure raya'.



Bagaikan Indusri Kecil dan Sederhana.
Bocah-bocah yang dikerah membuat backdrop.
Orang seni sedang tersenyum riang.



Meski bahu tercabut dan tangan bersimen, kerja tetap jalan.



Selamat bermesyuarat dan selamat memilih...


Sunday, October 21, 2007

Dari Perlembahan Nil Ke Dataran Syam IV






Denai-denai Damsyik

Telah sepakat pada jam lapan, tapi masing-masing kerinan. Jam sepuluh baru keluar.Tiba di rumah Syed Nahar...budak-budak itu pun baru bangkit saja. Hari ini sendiri-sendiri sahaja. Ust Nasir tidak membareng. Ada kuliah. Munir sahaja jadi pemandunya. Dia sudah kali kedua datang.

Kerinan

Telah direncana untuk bergerak esoknya pada jam lapan pagi. Ust Nasir walaupun berkuliah tetap mahu menunjuk jalan kerana kuliahnya bermula sedikit lewat. Pada jam sepuluh. Semalam sudah lelah berjalan dan malam pula tidur lewat. Pagi itu, usai bangkit subuh tidur semula. Kemudian, Mede Sapar mengejutkan. Sudah jam sembilan tiga puluh! Aduh, kerinan. Kesiangan. Rumah itu sudah sepi. Tuan-tuan rumah di bilik sebelah itu mungkin sekali sudah ke kuliah. Langsung tidak berbunyi. Mede Sapar sudah siap siaga dengan air bau semerbak melitup badan seperti biasa. Dia naik atas tangga gegar itu mahu memeriksa Ust Nasir sementara aku mandi.

Selesai. Aku pun turut naik tangga goyang itu. Atas sutuh itu angin tiup kuat. Tapi terhalang dek gebar-gebar kanvas di keliling dan di atas. Di situ tempat jemuran mereka dan ada sebuah mesin basuh di situ. Cuma ada sebuah bilik di situ. Bilik Ust Nasir. Nyata dia juga turut kerinan. Aku tidak masuk kerana segan dan takut dia pula yang segan. Cuma terdengar bualan Mede Sapar dengan Ust Nasir sambil cuba-cuba untuk melihat ke luar tapi gagal.

Budak-budak di rumah Syed Nahar pun tidak datang lagi. Kerinan jugalah itu. Akhirnya aku dan Mede Sapar pun keluar berdua sahaja melalui denai-denai Damsyik yang masih sunyi. Ust Nasir berkali-kali meminta maaf kerana tak dapat meneman tetapi dia ada bekalkan kami dengan dua helai peta Damsyik. Tidak apa, Munir pun boleh jadi penunjuk jalannya.

Di rumah Syed Nahar, tuan-tuan rumah bersembilan sudah tiada. Hazri yang membuka pintu dan hanya dia yang jaga. Baki lagi masih bergelimpangan. Sambil-sambil menunggu mereka sedia aku curi peluang melihat rumah aneh itu dengan lebih dekat.

Ya, aneh sekali. Dapur mereka duduk di tengah-tengah jalan naik ke tingkat dua. Dan pintu dapur pula duduknya tinggi sedikit dari tangga. Kalau mau memasak harus melompat sedikit ke dapur. Dalam pada itu, Fatah pulang. Dia mau gorengkan nasi untuk kami. Sudah berbelah bahagi, kalau mau terima kami sudah lewat, kalau menolak kasihan dia pulang awal semata kerana kami. Akhirnya sepakat menolak pelawaannya walaupun kedua belah pihak berkeras. Fatah mengalah.

Falafel Yasser

Keluarlah ke kota Damsyik dengan ingat-ingat lupa jalan yang ditunjuk Ust Nasir semalam. Kami melintas sebuah pejabat kerajaan, balai polis barangkali. Pada atas gerbangnya tertulis slogan

سورية للأسد الأسد للأبد
(Syria untuk Al-Asad, Al-Asad berabad-abad/selamanya)

Aduh, karat nasionalis campur taksub dictatorship. Abang Mat (Mohammad Hosni Mubarak) kita pun tidak sefanatik begini. Kelakar!



Masing-masing lapar. Jadi menjenguk-jenguk kedai makan. Terjumpa sebuah kedai falafel. Jadi makan di situ sahaja.

Bagi mereka yang pernah ke timur tengah pasti biasa melihat atau memakan falafel. Tapi kalau ke Mesir tidak kan terjumpa falafel melainkam to’miah sahaja. Maka, apakah bezanya falafel dan ta’meya? Adapun kedua-duanya adalah makanan atau snek utama timur tengah yang dibuat daripada kacang fava atau chickpeas (aku tidak tahu dalam bahasa melayu, kacang butir yang selalu dijual di stadium atau tempat ceramah) atau kedua-duanya sekali. Kacang ini direndam, dikisar bersama daun kayu apa entah dengan mesin yang unik kemudian digoreng.

Bedanya ialah, falafel dibentuk dengan acuan khas dan dimakan dengan roti pita gulung. Ta’meya dibentuk dengan tangan dan dimakan dengan roti ‘eish.

Di dalam kedai falafel tersebut, ada gambar pengasasnya seperti juga di Mesir. Tetapi di bahagian bawahnya ditulis Al-Fatihah tidak seperti di Mesir. Di tepi peti Pepsi itu ada sebuah water cooler moden yang mengekalkan konsep bandar-bandar lama Islam timur tengah iaitu menyediakan tempat minum air bagi orang ramai. Pada air sabil itu tertulis, disumbang oleh filan bin fulan sedekahkanlah al-fatihah untuknya...

Masjid Besar Umawi

Beruntung duduk di Bab Shrijeh. Kerana kami duduk di pinggir kalau pun tidak di dalam Kota Lama Damsyik. Jalan-jalan sedikit di celahan pasar, sudah sampai di Masjid Besar Umawi. Seperti sudah berjanji, kami tiba baik-baik sahaja zohor. Solatlah di situ. Pun tiada sempat mendengar azannya yang dikatakan dilaungkan serentak tiga atau lebih muadzzin.

Umat Syam rukuk dan sujud dengan pendek. Sama seperti di tanah air. Umat Mesir rukuk dan sujud mereka panjang-panjang, lama-lama.



Ruang solat dalam masjid pendek tetapi sungguh lebar. Memuatkan makam kepala Nabi Allah Yahya. Yang telah menyampaikan risalah kepada raja Rom yang mahu menikahi anak saudaranya sendiri. Nabi Allah Yahya menegah dan raja ingkar lalu nabi Allah itu dipancung.



Setelah bertanya seorang makcik, katanya inilah tempat kononnya dipancung kepala nabi Allah yang mulia dan ditadah kepalanya. Tiba-tiba ada orang buat-buat alim tiada mahu bergambar di dalam masjid. Aku pun tersekat angin dan kuranglah gambar di bahagian dalam.

Masjid ini asalnya ialah gereja St. Joh The Baptist, untuk Nabi Yahya juga. Setelah Damsyik dibuka, umat Islam mungkin sekali belum mampu membina masjid. Maka mereka menumpang atau menyewa sebahagian gereja ini dan telah bersepakat, Jumaat untuk muslim dan Ahad untuk nasara. Lama-kelamaan umat Islam diriwayatkan membeli seluruh bangunan gereja ini. Lamun, kedapatan riwayat barat yang mengatakan gereja itu diruntuhkan dan masjid yang datang sekarang ada ini adalah binaan yang baru.



Menara yang dipanggil Menara Pengantin.



Kubah Helang yang letaknya betul-betul di tengah ruang solat utama. Sama betul dengan mihrab. Barangkali.



Mozek emas. Ciri unik pada masjid ini. Dikatakan tinggalan yang kekal daripada gereja. Mozek menggambarkan keadaan kota Damsyik dan kemakmurannya.



Di sini juga dikatakan antara tempat ditanam kepala cucu Rasulullah yang mulia, Sayyidina Hussein selain di Mesir. Tidak masuk kerana sedang islah.



Pancur air buat ambil wudhu'.



Binaan yang paling popular di masjid ini, Beit El-Mal.



Menara yang dipanggil Menara Isa. Kerana diriwayatkan dari riwayat yang datang entah dari mana, Nabi Allah Isa akan muncul di sini pada akhir zaman nanti.



Ruang legar masjid cukup luas. Sampaikan tidak sempat diberi perhatian. Penuh tahi burung.

Tuesday, October 16, 2007

Raya Ketiga di Tiga Rumah


Rumah pertama, rumah Faris yang dibuat di rumah Haikal. Rumah Terbuka Gabungan...



Shidi tengah tolong orang buat rumah terbuka sebab rumah sendiri tak buat.



Kuah kari sebesen dang (uslub Kelantan dipakai di sini).



Mee yang masih belum terusik.



Tobur.
Otai yang makin otai dengan jahitan merentas mukanya sedang mencedok kuah.



Pimpinan.



Shakir yang minta gambar ni. Mahu gambar duet dengan Ust. Mat.



Mee kari yang sudah sinonim dengan budak-budak ni.



Apes tanpa baju raya.

Rumah kedua, rumah Malik. Makan mee jugak tapi mee sup. Jumpa kawan lama. Syaarani Mansoor. Tak tahu menahu pulak dia datang sini. Ada lagi Kadir Audah, Anwas, Abdul Rahman, tapi tak jumpa. Sembang punya sembang punya sembang dengan Malik, turun solat Asar terus ke rumah ketiga.

Rumah ketiga, rumah Sofi.
Makan mee kari dan nasi kapit.



Kali pertama Sofi naik basikal dengan betul.



Dua entiti comel.



Abi Sofi pergi tambah nasi kapit.



"Ammu, nak duit raya."



Minum sirap.



Sofi buat kuih.



Beginilah cara biasa Sofi naik basikal. Terbalik. Kemudian goyang-goyang tapi tak bergerak.

Akhir sekali, rumah Daing anak beranak. Daing, Kak Daing, abang iparnya dan adiknya. Makan mee sup lagi dan kuiha raya yang satu Kak Daing buat, satu lagi nenek dia buat.

Nampaknya raya hari ni hidangannya selang-seli mee kari dan mee sup. Eh, nampaknya bukan tiga rumah, tapi empat...

Elok-elok saja habis cuti raya, Kadir pun keluarlah dari hospital. Tak sempat beraya di mana-mana melainkan rumah Daing saja.

Begitulah alkisahnya raya tahun ni. Tunggu majlis  besar minggu depan pula. Sebelum tunggu tahun depan mari kita ingat pesan Idil dalam khutbah rayanya di hospital:

"Janganlah kita menjadi Ramadhaniyyun tetapi jadilah Rabbaniyyun."


Monday, October 15, 2007

Raya Kedua di Dua Rumah


Raya kedua di rumah Fateh.
Pemenang Anugerah Bayi Comel Aidilfitri Rumah Kelantan 1428/2007



Fateh di pangkuan pak sepupunya.



Bermain handset abi.
Tidak seperti bayi-bayi lain, Fateh cuma berminat kepada barangan yang diguna ayah bonda sahaja. Handset, buku, pen...



Dua entiti comel.



Kesungguhan pelajar Melayu Mesir (umi/abi Fateh) membuat tapai beras. Meneruskan tradisi hari raya negeri.



Tapai beras yang dibuat hanya menggunakan beras jemah Arab.
Terpaksa bungkus pakai plastik. Susah nak dapat daun pisang atau daun getah.



Fateh bersama ammu-ammunya. Di kanan sekali ialah pak sedaranya. Fateh nampaknya serabut tengok ammu ramai-ramai.

Selamat Hari Raya Fateh!

Destinasi seterusnya ialah rumah yang ditunggu-tunggu kerana makanannya yang istimewa. Tahun lepas paling ngetop. Tahun ini patut lebih ngetop kerana rumah ini sudah 100% ahlinya 'tako'. Tapi malang, kami lewat jadi cuma dapat makan nasi sama telur masak merah sahaja. Roti jala sudah habis. Nasib baik sempat makan puding kastad buah.


Saturday, October 13, 2007

Raya Pertama di Wad Lima


Kami telah bosan beraya dengan cara biasa. Kami mencuba sesuatu yang baru. Beraya di dalam wad. Demi menghadapi masa depan yang kemungkinan terpaksa beraya di hospital.



Sebetulnya, Kadir telah kemalangan. Bahu telah terkena 'posterior dislocation'. Kadir telah dipakaikan 'cast.'



Masih ceria kerana sakit sudah kurang. Perhatikan tangan yang menunjukkan 'cast'.



Mendengar khutbah raya.



Mangan soto. Kekok pegang sudu tangan kiri.



Para penziarah pula melebih-lebih makan.



Berqailulah di dalam wad.



Syafakallah...

Pesan akhir, cubalah sedaya-upaya untuk tidak sakit atau kemalangan sepanjang berada di Mesir.



Sebelum itu...
Di kanan sekali ialah ahli rumah baru.

Selamat menyambut gerebek poso.
Njalok Ngapuro.

Thursday, October 11, 2007

Wednesday, October 10, 2007

Eftar




Eftar yang dianjurkan beberapa orang.



Demi menunjuk syukur naik tahun pengajian.



Sebetulnya aku fokus pada lingkungan orang pada tong air. Bukan Farid.



Tamu-tamu agung eftar. Sila perhatikan Farid.

Semua ahli PERUBATAN dialu-alukan ke Eftar besar-besaran esok hari di Kota Baru Fostat.
Yang muda menanak, menggulai, menyayur. Yang tua membawa kuih, buah-buah kayu.

Selamat Hari Raya, Farid...