Wednesday, October 31, 2007

Jelajah Jordan II


Ma'rakah Ghazwah Mu'tah



Ma'rakah Ghazwah Mu'tah. Medan Peperangan Mu'tah

Peperangan ini tidak melibatkan sebarang kepungan ke atas kota. Tinggalan ini ialah masjid yang dibina oleh kerajaan Bani Umayyah.



Tugu peringatan Al-Harith bin Umair Al-Azdy. Utusan Rasulullah.

Peperangan yang tercetus akibat pembunuhan utusan Rasulullah oleh Sharhabil, Arab Kristian Ghassan, gabenor Byzantium.



12 nama-nama muslimin yang syahid.

Rasulullah menghantar 3000 muslimin. Arab Kristian menyediakan 100 000 orang dan Byzantium membantu lagi dengan 100 000 orang.

Pesan Nabi sebelum melepaskan angkatan muslimin pergi:

Aku sungguh-sungguh meminta kalian bertakwa kepada Allah dan jagalah muslimin yang berada bersama kalian. Seranglah, atas nama Allah, kerana Allah, orang-orang yang ingkar kepada Allah. Jangan khianat atau mencuri; jangan membunuh kanak-kanak, atau wanita, atau orang tua, atau rahib-rahib di dalam biara mereka. Jangan sentuh sebarang pohon tamar atau memotong sebarang pokok, dan jangan memusnah sebarang bangunan.

Pesan Abdullah bin Rawaahah ketika mana angkatan muslimin mendengar bilangan tentera musuh:

Demi Allah, apa yang kalian benci ada di depan kalian dan itulah yang kita cari, syahid. Kita berperang bukan atas dasar jumlah tentera, atau kelengkapan, tetapi atas dasar keimanan dan agama ini yang Allah telah muliakan kita dengannya. Berjuanglah untukmemenangi salah satu daripada dua, kemenangan atau syahid.

Kini Mu'tah terkenal dalam alam Melayu moden sebagai antara tempat melahirkan para ulama'.

No comments: