Sunday, August 31, 2008

Ramadan Gana


Ramadan Has Come


رمضان جانا~ و فرحنا به~
بعد غيابو~ و بقالو زمان~
غنوا و قولوا~ شهر بطولو~
غنو ا و قولوا~ أهلا رمضان~
رمضان جانا~ أهلا رمضان~
قولوا معانا~ أهلا رمضان


Lagu tradisi yang popular nyanyian Abdel Motelib yang berkumandang di corong-corong radio menjelang Ramadhan...


Saturday, August 30, 2008

اهلا يا متطهر


Sempena kemampiran Ramadhan El-Mubarak, Pusat Pengetahuan Arab dengan kerjasama Arab Medical Union telah menganjurkan satu 'Nadwah Ramadhan wa Ihya' al Ummah' di Darul Hikmah dekat Jalan Kasr El-Ainy dengan dihadiri oleh Yang berbahagia As-Sheikh Al-'Allamah Doktor Yousef Al-Qaradhawi...


"Ummat Islam itu sebenarnya satu ummah, tak kira duduk di Arab, Afrika, Amerika atau Indonesia."
"Hanya Islam saja yang akan menguatkan kita, memajukan kita dan mengizzahkan kita."


Orang ramai sampai melimpah.


Lepas kakaknya dukung, barulah budak ini reda menangis. Tangannya tengah pegang gula-gula yang orang kasi.


"Bukannya isme-isme yang lain itu. Baik ra'su maliyyah (kapitalis) atau istishrakiyyah (sosialis). Sekarang ini, daripada golongan kiri atau kanan, timbul pula puak yang tengah, kiri yang tengah, kanan yang tengah, kanan yang kanan, kiri yang kiri, macam-macam..."


"Tapi Islam yang mana sedara-sedara? Islam 3asory? Islam liberal?"
Aku bisik ke telinga Mat,"Islam Hadhari."

"Sudah tentulah al-Islam al-awwal, al-Islam al-Quran was Sunnah, al-Islam Muhammadiyyah."


Sasaran aku ialah budak itu, tapi makcik sebelah berpaling pula sebab dengar anak dia menangis di belakang. Budak tu nampak gelap pulak dalam gambar, tapi di luar ada ala-ala Nicole Kidman gitu...


Usaha Ust Fawwaz berdiri di depan akhirnya tidak sia-sia bila dapat salam depan-depan dengan sheikh.


"Bila datang bulan puasa, salafussoleh selalu menyambutnya dengan berkata, Ahlan Ya Mutatohhir kerana bulan puasa itu bulan yang menyucikan manusia daripada dosa."
"Tapi tuan-tuan, kalau saya, suka saya namakan sebagai Rabi' Ihya' al-Ummah!"
"Inilah peluang untuk ummah bangkit semula. Perteguhkanlah siyam dan qiyam."
(Sheikh buka kepiah sebab panas. Sekali-sekala lap kepala botak dia)


"Marilah kita sama-sama memperbaharui Islam yakni memperbaharui kefahaman kita kepada Islam. Kita bukan mengubah atau membuat bidaah. Kerana ini samalah seperti kata-kata yang masyhur,"perbaharuilah iman kita."

(Israk di tepi dengan mp3 player di tangan merekod)


Suaranya masih lantang, tapi sudah uzur juga. Jalannya perlahan. Turun tangga dipimpin. Tapi suaranya dan pemikirannya masih lantang dan terang.

Kenal dengan satu mamat Arab bernama Atiyah. Boleh cakap Indo. Dia ajak aku ambil gambar dengan sheikh. Katanya aku pergi cari peluang. Kau pergi pukul gambar. Dia memang culas tapi tak dapat juga bergambar. Kawalan ketat. Si Atiyah ni agaknya dia nak cuba cam orang atau cari gu. Dia tanya kami dalam bahasa Indo, "Partai Islam?"


Thursday, August 21, 2008

Darah PMRAM, untuk ustaz-ustaz kita...


Thumbs up
untuk BP PMRAM, Thumbs down untuk ustaz-ustaz tipikal Mesir.


Sempena sambutan kemerdekaan di peringkat PMRAM, PMRAM telah menganjurkan kempen derma darah demi meningkatkan lagi sumbangan PMRAM terhadap masyarakat Mesir.

Sambutan adalah sangat membanggakan. Sangat-sangat membanggakan.

Sebelum cerita pasal derma darah pada sambutan hari tu, aku nak cerita sikitlah pasal derma darah di Malaysia. Di Malaysia, orang Cinalah penyumbang yang paling banyak di Malaysia. Kedua, orang India. Orang Melayu yang Islamlah yang paling kurang.

Islam mengajar kita tolong orang. Islam ajar kita mengamalkan akhlak yang baik dan menolong orang termasuk dalam akhlak yang terbaik. Apatah lagi kalau menderma darah, sumbangan yang boleh menyelamatkan nyawa orang.

Jadi, orang Islamlah yang patutnya paling ke hadapan dalam amalan derma darah, dan dalam banyak-banyak orang Islam, orang yang belajar agamalah yang sepatutnya paling depan menderma darah.

Sebab apa? Sebab orang Islam diajar supaya tolong orang, diajar supaya berakhlak baik, diajar kalau tolong orang, dapat pahala.

Apatah lagi orang yang belajar agama, orang yang nanti menjadi harapan supaya menjadi contoh akhlak terbaik.

Tapi di Malaysia, orang Cina pula yang lagi ramai derma darah, nampaknya orang Cina lagi Islamik daripada orang Melayu yang Islam. Malu-malu. Ada seorang Cina di tempat aku, setahun tiga empat kali derma darah. Aku tanya, dia kata, "Saya rasa
best bila dapat tolong orang, saya menunaikan my duty in societylah."

Sambutan semalam sangat membanggakan, dalam beratus-ratus orang yang hadir semalam, dua hari punya kutip darah, tak sampai 40 yang derma darah. Dua hari tu tunggu.

Aku pelik juga, aku
survey tanya, kenapa tak ramai? Dia kata takut Arab buat kasar, buat tak betul.

Pelik, hebat betul ustaz-ustaz ni. Ingatkan belajar agama saja. Rupanya belajar medik sekali. Mereka lagi tahu prosedur derma darah daripada Arab tu. Hebat-hebat.

Bagus betul alasan. Terdetik dalam hati aku. Esok mesti keluar masalah feqah pula ni.

Sekali memang betul. Ustaz-ustaz ni tak nak derma darah sebab nanti Arab tu jual darah. Yalah, takkan kita nak kasi
free, lepas tu nanti mereka jual. Kalau kita derma darah, maknanya kita sokong kegiatan haram ni. Yalah, jual darah kan haram.

Betul, aku sangat setuju, walaupun aku tak pernah dengar fatwa yang kata haram derma darah di Mesir ni. Bagus betul, memang ustaz-ustaz ni terkehadapan. Menyeluruh betul perkiraan mereka. Mufti Mesir tak keluar fatwa lagi, mereka lagi cepat. Memang layak jadi pemimpin umat Malaysia. Aku bangga!

Jom kita cari contoh, emmm, katalah ada pusat derma darah, atau bank darah, free. Tak kena bayar langsung. Jadi orang yang perlukan darah tiap-tiap minggu macam pesakit anemia, beta thalassemia boleh ambil darah tanpa kena bayar. Err... Tapi, gaji
nurse di situ siapa nak bayar? Gaji doktor lagi, duit elektrik nak simpan darah siapa nak bayar? Kos operasi lain lagi siapa nak tanggung?

Oh, kita kenakan bayaran pada orang yang ambil darah tiap-tiap minggu. Eh, sekejap, mana boleh, haram jual darah. Sudahlah ambil
free, lepas tu nak jual pula. Tak boleh!

Emmm, kerajaan tanggung? Sama saja, bezanya kerajaan yang bayar, duit kerajaan duit orang ramai. Jual darah juga tu. Haram!

Susah-susah, tutup sajalah pusat tu, kan? Daripada biarkan orang yang perlukan darah dapat terus hidup tapi kena 'beli' darah, baik tutup, biar saja orang tu mati.

Atau pun, kita kemalangan, perlukan darah, tapi sebelum tu kita kena tanya, "Eh, darah ni kamu orang jualkah? Kalau kamu orang jual, aku tak naklah, biar aku mati." Betul, semua kena tabah hati daripada membeli darah bila kemalangan, mati pun tak apa.

Aku dengar cerita, di sebalik majoriti ustaz-ustaz ni tak nak derma darah, hampir kesemua BP PMRAM pergi menderma darah. Tak bagus betul, tolong Arab jual darah.

Takutkah kalian, dengan jihad darah ni?

Sekian.

Tuesday, August 19, 2008

Magles Shoura Terbakar


Berita tergempar! Magles Shoura terbakar! Helikopter berlegar-legar!
Macam letup gunung berapi. Asap berkepul-kepul tinggi.
Bau asap menyumbat hidung. Abu hitam penuh berladung*.
Seluruh stesen radio TV bersiaran langsung.
Sampai lepas isyak, bunyi semboyan bomba dan ambulans masih menyesak.

Dari masjid...


Pelayan kedai kopi:
Kau tahu tak pasal kebakaran?

Pelajar luar negeri:

Tahu. Mubarak ada di dalam?

Pelayan kedai kopi:
Dia mana duduk dalam tu. Tembok rumah Hosni sendiri lagi tinggi daripada Magles Shoura. Kau nak Mubarak mati eh~? Aku tau. Tengok muka kau pun aku tau kau nak dia mati.

Di rumah...


Pelajar luar negeri I:
Ke ada orang bom?

Pelajar luar negeri II:
Yareit!


Petang-petang aku selalu lalu depan pagar ni...
*exaggerate utk menyedapkan, tapi abu kertas terbakar memang bertabur pun, terjumpa sekeping dokumen separuh terbaakr dekat masjid Hidayah

Saturday, August 16, 2008

Di Dalam Hamamah


Cuma ada satu pintu masuk keluar ke hamamah. Ust Suhaimi terkial-kial memanjat-manjat terkangkang-kangkang konon tidak mahu basah seluar. Sedangkan ustazah-ustazah di belakang pun basah separuh jubahnya. Susah orang nak masuk.


Cleopatra akan duduk santai di hadapan lubang air. Setiap kali ombak datang, air akan deras menjirus batang tubuhnya dan mengalir keluar melalui lubang lain. Hasilnya ialah mandian hujan (shower) semula jadi. Selain lantai berbatu yang boleh mengurut tapak kaki secara refleksi, ombak deras turut punya fungsi yang sama.


Tempat muntahnya air. Sekali lagi aku merompak gambar Faarise.

'Mesra' Matrouh: Jangan Berbohong di Depan Laut! X

Friday, August 15, 2008

Tugu-tugu Allah di Bahariyya XI

(Lihat tugu 'indah'mu tegak berdiri yang dipahat oleh tangan asing seperti mengalirnya darahmu untuk orang lain).

Usman Awang lewat 'tulang2 berserakan'



Batu cendawan.


Gurun putih penuh dengan batu-batu kapur berbentuk ganjil. Ini batu berbentuk biasa.


Yang ini berbentuk Sphinx. Tidak berhenti kerana sudah lewat.


Aku terlepas memukul gambar kawasan yang Pakcik Muhammad katakan bernama Mukhayyamat atau Perkhemahan. Kawasan itu penuh dengan batu-batu setinggi manusia dan letaknya tersusun tidak jauh antara satu dengan lain. Kata orang di belakang: Eh, eh, macam pusulah~.


Kami sudah mendarat di bulan.


Tapi aku fikir lebih tepat, kami sudah masuk ke lombong garam...

Wednesday, August 13, 2008

Menuju Hamamah (Persiraman)

Menurut Ust Rahim, jalan ke hamamah sangat bahaya. Terpaksa meranduk air mengharung ombak. Ombak kuat. Kalau tergelincir mungkin jatuh ke dalam lubang yang airnya separas pinggang. Menurut Mamat yang datang pada musim sejuk, keadaan lebih dahsyat.


Jarak antara batuan pantai dengan hamamah ialah kurang lebih 30 meter. Kalian boleh lihat anak-anak gadis berpegangan tangan antara satu dengan lain membentuk rantai manusia. Takut jatuh!


Tapi nasib kami baik barangkali. Kali ini airnya tohor dan tenang. Cuma perlu pandai mengatur langkah memilih pijak agar tidak tergelecoh (aku berjalan penuh skill). Exxageration tentang keadaan jalan ke hamamah telah menimbulkan sedikit rasa tidak puas hati di kalangan anak muda. -- Gambar ihsan Faarise.

'Mesra' Matrouh: Jangan Berbohong di Depan Laut! IX

Tuesday, August 12, 2008

Puspa Raya

Gambar-gambar ni antara yang terawal dipukul kamera baru aku, yang pakai sekarang inilah. Kononnya untuk menge'test power' kamera ni...


Kata mama, orang sekarang dah tukar trend. Balik semula kepada bunga-bunga kampung untuk menghias laman masing-masing.



Antaranya bunga raya, bunga kenanga, bunga cempaka, bunga melur, bunga...
Ini spesis bunga raya yang berlapis-lapis kelopaknya.



Sepasu-sepasu bunga ni adalah dalam sepuluh ringgit.


Sebab kononnya impot dari Hawaii?


Eh! Ada pengacau pulak!

Bunga-bunga tradisi ni biasanya bukan setakat buat melawa saja. Tapi ada guna lainnya. Daun bunga raya boleh dicampur dalam air untuk jelum kepala orang demam. Insya Allah mujarab.

Monday, August 11, 2008

Mozek Alami

Lebih baik memijak kawasan yang dalam, putih berpasir kerana lebih kasar. Kawasan yang tohor biasanya licin walaupun langsung tidak mengumpul lumut.


'Mesra' Matrouh: Jangan Berbohong di Depan Laut! VIII

Sunday, August 10, 2008

Tugu-tugu Allah di Bahariyya X


(Lihat tugu 'indah'mu tegak berdiri yang dipahat oleh tangan asing seperti mengalirnya darahmu untuk orang lain).


Usman Awang lewat 'tulang2 berserakan'



Ada kecemasan berlaku, semua bergegas menolong, atau menengok sebenarnya.


Jip tersangkut dalam pasir.


Tiga ketul batu berbentuk aneh. Bo pasti suka.


Kawasan Agabat yang persis Grand Canyon.


Boleh buat penggambaran iklan Benson & Hedges, tak pun Marlboro.


Di sini penuh 'tahi kambing'.


Akhirnya, ketika mentari hampir jatuh, tibalah di Gurun Putih...

Saturday, August 09, 2008

Persiraman Cleopatra


Cleopatra, seperti Minamoto Shizuka, sangat suka mandi. Persiraman yang lain terletak di Iskandariah, sebuah kolam mata air di Siwa. Termasuklah pantai di Matrouh ini dan sebuah pantai sejauh-jauh Turki sana yang kononnya Cleopatra mengimpot pasir pantai dari Mesir untuk ditabur di sana. Datang sekarang, di situ satu-satunya pantai berpasir putih lagi halus. Orang-orang yang mandi dilarang memijak pantai. Kalau mau keluar dari air harus terus naik ke tangga/jeti kayu yang disediakan supaya kaki tidak langsung membawa pasir...

'Mesra' Matrouh: Jangan Berbohong di Depan Laut! VII

Friday, August 08, 2008

Permainan Olimpiade Musim Hangat ka Dua Puloh Sembilan

Entri nan panjang.
Sempena pelancaran Sukan Olimpik Musim Panas di Beijing hari ini...


Memanaskan badan penting untuk mengelak kecederaan.

Ada yang panaskan badan dengan lompat tali, ada yang berlari keliling padang (anak panah merah).

Saringan pertama.
Pesanan kepada adik-adik, pakailah pakaian yang menutup aurat. Pakaian menutup aurat bukan penghalang kejayaan (akan dibincang kemudian). Ruqaya pun bertudung litup tapi tetap menang pecut 100 meter.


Ada perserta (Bai) yang tidur dulu sebelum berlari demi mengumpul tenaga.

Saringan kedua.
Tubuh halus Ayep tetap tidak membantu jika usia sudah lanjut.

Kerana akhirnya tubuh halus Syafiq Affandi Baharin yang lebih muda juga menang.
Tapi ini untuk akhir pecut 100 meter.

Saringan untuk meter yang lebih daripada 100.

Tersilap timing. Gagal memukul gambar seperti jurufoto prfesional.
Sekali lagi diingatkan, pakailah pakian menutup aurat. Tambah berkat.


Akhirnya Ayep menengok sahaja di tepi, Nipah yang seumurnya menang.
Kaki panjang Nipah banyak membantu. Kategori 400 meter akhir.

Syafiq Affandi Baharin akhirnya pening kerana terlalu banyak memenangi acara.

Mamat cuba-cuba 'test power' setelah lama tak bersukan lantaran balik ke kampung.

Setelah nyata gagal, beralih arah kepada bermain bola pula dengan warga tua yang lain.

Para penonton dari segenap lapisan masyarakat.

Apakah keikhlasan dan ketakwaan bakal menang?

Ataukah kerja kuat dan disiplin ketat yang bakal berjaya?

Kecomelan juga tidak menghalang diri untuk berolahraga.

Apest turut mencuba nasib tapi ternyata 'berat'.


Acara terakhir, 1500 meter. Beramai-ramai terbuka untuk semua.
Banyak yang palsu daripada yag asli.


Berlepas...

Pemenang palsu pertama, langsung tak nampak penat di muka.
Jiman lagilah, dah la pakai baju kaler ranggi, pakai seluar jeans pulak tu. Tak logik lasung.

Ini pun sama. Miring ke tepi kerana terus masuk ke tepi padang.

Akhirnya, johan marathon kursus BTN mempertahankan kejuaraan...

Dua-dua pun insya Allah ikhlas dan bertakwa. Dua-dua pun kuat kerja, ketat disiplin, cuma Zami di belakang masih injured saja. Cukup hihihi tak ayat aku?

Panjang nian entri ini...


Let the games begin!