Saturday, August 30, 2008

اهلا يا متطهر


Sempena kemampiran Ramadhan El-Mubarak, Pusat Pengetahuan Arab dengan kerjasama Arab Medical Union telah menganjurkan satu 'Nadwah Ramadhan wa Ihya' al Ummah' di Darul Hikmah dekat Jalan Kasr El-Ainy dengan dihadiri oleh Yang berbahagia As-Sheikh Al-'Allamah Doktor Yousef Al-Qaradhawi...


"Ummat Islam itu sebenarnya satu ummah, tak kira duduk di Arab, Afrika, Amerika atau Indonesia."
"Hanya Islam saja yang akan menguatkan kita, memajukan kita dan mengizzahkan kita."


Orang ramai sampai melimpah.


Lepas kakaknya dukung, barulah budak ini reda menangis. Tangannya tengah pegang gula-gula yang orang kasi.


"Bukannya isme-isme yang lain itu. Baik ra'su maliyyah (kapitalis) atau istishrakiyyah (sosialis). Sekarang ini, daripada golongan kiri atau kanan, timbul pula puak yang tengah, kiri yang tengah, kanan yang tengah, kanan yang kanan, kiri yang kiri, macam-macam..."


"Tapi Islam yang mana sedara-sedara? Islam 3asory? Islam liberal?"
Aku bisik ke telinga Mat,"Islam Hadhari."

"Sudah tentulah al-Islam al-awwal, al-Islam al-Quran was Sunnah, al-Islam Muhammadiyyah."


Sasaran aku ialah budak itu, tapi makcik sebelah berpaling pula sebab dengar anak dia menangis di belakang. Budak tu nampak gelap pulak dalam gambar, tapi di luar ada ala-ala Nicole Kidman gitu...


Usaha Ust Fawwaz berdiri di depan akhirnya tidak sia-sia bila dapat salam depan-depan dengan sheikh.


"Bila datang bulan puasa, salafussoleh selalu menyambutnya dengan berkata, Ahlan Ya Mutatohhir kerana bulan puasa itu bulan yang menyucikan manusia daripada dosa."
"Tapi tuan-tuan, kalau saya, suka saya namakan sebagai Rabi' Ihya' al-Ummah!"
"Inilah peluang untuk ummah bangkit semula. Perteguhkanlah siyam dan qiyam."
(Sheikh buka kepiah sebab panas. Sekali-sekala lap kepala botak dia)


"Marilah kita sama-sama memperbaharui Islam yakni memperbaharui kefahaman kita kepada Islam. Kita bukan mengubah atau membuat bidaah. Kerana ini samalah seperti kata-kata yang masyhur,"perbaharuilah iman kita."

(Israk di tepi dengan mp3 player di tangan merekod)


Suaranya masih lantang, tapi sudah uzur juga. Jalannya perlahan. Turun tangga dipimpin. Tapi suaranya dan pemikirannya masih lantang dan terang.

Kenal dengan satu mamat Arab bernama Atiyah. Boleh cakap Indo. Dia ajak aku ambil gambar dengan sheikh. Katanya aku pergi cari peluang. Kau pergi pukul gambar. Dia memang culas tapi tak dapat juga bergambar. Kawalan ketat. Si Atiyah ni agaknya dia nak cuba cam orang atau cari gu. Dia tanya kami dalam bahasa Indo, "Partai Islam?"


1 comment:

alQasam said...

Satu perkongsian yang sungguh menarik. Mengundang cemburu malah!

Aduh! U. Fawwaz tidak pernah gagal dalam memesrai para Ulama'.

Terima kasih.