Thursday, August 21, 2008

Darah PMRAM, untuk ustaz-ustaz kita...


Thumbs up
untuk BP PMRAM, Thumbs down untuk ustaz-ustaz tipikal Mesir.


Sempena sambutan kemerdekaan di peringkat PMRAM, PMRAM telah menganjurkan kempen derma darah demi meningkatkan lagi sumbangan PMRAM terhadap masyarakat Mesir.

Sambutan adalah sangat membanggakan. Sangat-sangat membanggakan.

Sebelum cerita pasal derma darah pada sambutan hari tu, aku nak cerita sikitlah pasal derma darah di Malaysia. Di Malaysia, orang Cinalah penyumbang yang paling banyak di Malaysia. Kedua, orang India. Orang Melayu yang Islamlah yang paling kurang.

Islam mengajar kita tolong orang. Islam ajar kita mengamalkan akhlak yang baik dan menolong orang termasuk dalam akhlak yang terbaik. Apatah lagi kalau menderma darah, sumbangan yang boleh menyelamatkan nyawa orang.

Jadi, orang Islamlah yang patutnya paling ke hadapan dalam amalan derma darah, dan dalam banyak-banyak orang Islam, orang yang belajar agamalah yang sepatutnya paling depan menderma darah.

Sebab apa? Sebab orang Islam diajar supaya tolong orang, diajar supaya berakhlak baik, diajar kalau tolong orang, dapat pahala.

Apatah lagi orang yang belajar agama, orang yang nanti menjadi harapan supaya menjadi contoh akhlak terbaik.

Tapi di Malaysia, orang Cina pula yang lagi ramai derma darah, nampaknya orang Cina lagi Islamik daripada orang Melayu yang Islam. Malu-malu. Ada seorang Cina di tempat aku, setahun tiga empat kali derma darah. Aku tanya, dia kata, "Saya rasa
best bila dapat tolong orang, saya menunaikan my duty in societylah."

Sambutan semalam sangat membanggakan, dalam beratus-ratus orang yang hadir semalam, dua hari punya kutip darah, tak sampai 40 yang derma darah. Dua hari tu tunggu.

Aku pelik juga, aku
survey tanya, kenapa tak ramai? Dia kata takut Arab buat kasar, buat tak betul.

Pelik, hebat betul ustaz-ustaz ni. Ingatkan belajar agama saja. Rupanya belajar medik sekali. Mereka lagi tahu prosedur derma darah daripada Arab tu. Hebat-hebat.

Bagus betul alasan. Terdetik dalam hati aku. Esok mesti keluar masalah feqah pula ni.

Sekali memang betul. Ustaz-ustaz ni tak nak derma darah sebab nanti Arab tu jual darah. Yalah, takkan kita nak kasi
free, lepas tu nanti mereka jual. Kalau kita derma darah, maknanya kita sokong kegiatan haram ni. Yalah, jual darah kan haram.

Betul, aku sangat setuju, walaupun aku tak pernah dengar fatwa yang kata haram derma darah di Mesir ni. Bagus betul, memang ustaz-ustaz ni terkehadapan. Menyeluruh betul perkiraan mereka. Mufti Mesir tak keluar fatwa lagi, mereka lagi cepat. Memang layak jadi pemimpin umat Malaysia. Aku bangga!

Jom kita cari contoh, emmm, katalah ada pusat derma darah, atau bank darah, free. Tak kena bayar langsung. Jadi orang yang perlukan darah tiap-tiap minggu macam pesakit anemia, beta thalassemia boleh ambil darah tanpa kena bayar. Err... Tapi, gaji
nurse di situ siapa nak bayar? Gaji doktor lagi, duit elektrik nak simpan darah siapa nak bayar? Kos operasi lain lagi siapa nak tanggung?

Oh, kita kenakan bayaran pada orang yang ambil darah tiap-tiap minggu. Eh, sekejap, mana boleh, haram jual darah. Sudahlah ambil
free, lepas tu nak jual pula. Tak boleh!

Emmm, kerajaan tanggung? Sama saja, bezanya kerajaan yang bayar, duit kerajaan duit orang ramai. Jual darah juga tu. Haram!

Susah-susah, tutup sajalah pusat tu, kan? Daripada biarkan orang yang perlukan darah dapat terus hidup tapi kena 'beli' darah, baik tutup, biar saja orang tu mati.

Atau pun, kita kemalangan, perlukan darah, tapi sebelum tu kita kena tanya, "Eh, darah ni kamu orang jualkah? Kalau kamu orang jual, aku tak naklah, biar aku mati." Betul, semua kena tabah hati daripada membeli darah bila kemalangan, mati pun tak apa.

Aku dengar cerita, di sebalik majoriti ustaz-ustaz ni tak nak derma darah, hampir kesemua BP PMRAM pergi menderma darah. Tak bagus betul, tolong Arab jual darah.

Takutkah kalian, dengan jihad darah ni?

Sekian.

9 comments:

Effy Saiful said...

haha..pedas2 =p

Mr W. A. A. said...

sarkastik...

Eng Einy said...

nak derma..tp xbley..cemane?

Kalam Puncak said...

aih,darah naik nampak

Amermeftah said...

Kalam puncak, jangan sangka buruk, darah aku tak naik pun~

Aicha said...

Magnifique!

Tak tau kenapa Melayu Islam sangat takut menderma darah. Macam2 alasan boleh diberikan. Yang pandai fiqah bagi alasan dengan statement fiqhi. Yang pandai bidang lain mungkin bagi alasan menarik yang lain. Alasan dan alasan...

P.S.: Orang2 yang tidak dibenarkan menderma darah tu, jangan terasa. Bukan anda yang dimaksudkan.

alQasam said...

Haha..

Sunnguh sinikal dan sarkastik. Namun tepat sekali. Justeru, jadilah anda di kalangan mereka yang tidak tipikal. Melayu Mesir...Aduhai..

Amermeftah said...

Oh! Sukanya tengok orang Mesir kena kutuk!

alQasam said...

@Anak_nah: Ana juga pernah berada di kalangan mereka. 4 tahun di sana. Adik perempuan juga sedang ambil medic di sana. Bukan ketawa literally brother, namun terkena juga secara umumnya azhariyyun secara jamiean. Termasuk diri sendiri.