Saturday, February 28, 2009

Medan Syntagma

Medan Syntagma atau Medan Perlembagaan. Setaraf dengan Medan Tahrir di Kairo.

Medan yang menempatkan bangunan parlimen.

Dan hotel paling mewah di Greece, di belakang aku itu.

Di depan bangunan parlimen ada Tomb of the Unknown Soldier. Hoplite -askar berperisai purba- yang tergambar di situ terbaring dalam posisi opisthotonus iaitu mati kerana tetanus.

Dulu aku sangka makam ini milik makam askar purba yang tak diketahui identitinya. Kemudian baru tahu konsep tomb of the unknown soldier ialah makam simbolik untuk tentera yang tak dapat dikenal pasti atau hilang.

Dan di depan makam itu terpacaklah dua orang evzones. Evzones ialah elite infantry dan mountain unit tentera Greece.

Mereka mengenakan pakaian tradisi Greece yang berevolusi daripada pakaian klepht, tentera yang bertanggungjawab memerangi dan mengusir Uthmaniyyah dari tanah Yunani. Sudahlah pakai skirt, kasut pulak macam badut. Seragam ini gaya Macedonian yang dipakai ketika musim dingin.

Setiap jam, evzones ini akan bertukar syif. Upacara pertukaran gad menjadi tarikan utama di sini macam gad di UK yang pakai bearskin tu lah. Setiap pagi Ahad upacara lebih meriah dengan pancaragam dan seragam gaya tanah besar Greece.

Kawatnya pelik, buruk dan kelakar menurut kata orang lain. Aku ok je.

Ketua membetulkan topi anak-anak buah. Sebenarnya tak senget pun topi tu tapi ambil syarat baru nampak ada tujuan ketua dia iring.

Askar moden pula bertindak sebagai gad kepada mereka kalau-kalau ada pulak pelawat yang melebih-lebih atau menganggu konsentrasi evzones ni.

Angkat kaki tingg-tinggi sampai terselak skirt.

Waktu ni dua-dua gad akan tahan kaki masing-masing untuk beberapa lama. Kemudian baru sambung kawat.

Gad ni macam tengah menari. Lepas habis syif mereka akan kawat sampai sebelah parlimen. Kami cuba ikut tapi kejap saja dah ghaib gad-gad ni. Agaknya dah ada kereta tunggu kat sebelah tu.

Anarki di Athina X

Wednesday, February 25, 2009

Pah soghe-soghe kelik


Mata berkaca-kaca atau berkaca mata?


Pahni tok banyok gu doh la ambo nok 'speaking'.

Apakah Haikal sudah mula berasa kesik?

Tim Wa'd el-Haq tidak masih sempat berbincang strategi untuk perlawanan seterusnya.
Hamdan selaku kapten siap bawak pelan taktikal ke airport.


Ayahanda kami. Orang yang ikut protokol dan menghargai warisan tradisi. Abang Hazri temankan beli komputer pertama kami. Kalau rosak tolong baiki. Carikan antivirus. Crack. Ajar kami macam-macam. Makanan yang eksotik. Maklumat-maklumat yang unik.

Poknik ialah senior medik pertama yang aku jumpa di Mesir. Dia jumpa aku waktu menumpang di Rumah Kelantan. Heret aku ke Sayeda bawak kenal budak-buak medik lainnya. Menghantar dan mengambik aku ke kuliah hampir seminggu. Tolong beli buku. Bawakkan 'puaka-puaka' ke rumah. Rujukan aku setiap tahun, nak baca buku mana, exam macam mana. Poknik jugaklah yang rajin naik lori mengangkut barang adik-adik baru sampai. Mengurus hal kuliah itu dan ini.


Saudara seMEP.

Aku pun sebak sebab tengok diorang sebak.

Begitulah...

Monday, February 23, 2009

Turk Hava Yollari

Mengadap Sultan Setambul I

Atas Turk Hava Yollari, duduk di tengah dua Turki. Baca muqaddam dan surah-surah pilihan dalam transliterai Turki. Laju gila baca. Mad entah ke mana, tajwid entah ke mana...

Bandara Attarturk.


Kami tinggal dekat-dekat kawasan setinggan di Sultanahmet.
Dua beradik sedang menjenguk orang membaiki jalan di luar.

Pun, masih boleh tengok Laut Marmara. Sibuk.
Ada saja kapal keluar masuk Selat Bosphorus langsung ke Laut Hitam.


Allah Kabulese

Saturday, February 21, 2009

Aku bukan pengkagum Senu

Kiranya kita ni, menghantar orang sajalah kerjanya dalam seminggu dua ni...

Merenung masa depan.
Ayat tipikal dalam friendster akhawat. Tapi sebenarnya tengah merenung, lepas ke tidak barang aku ni.

Senu pakai Egyptian flag dekat lapel macamlah nak run for president kat sini.

Buat para pengkagum Senu, jangan bimbang. Dia ada tinggalkan bayang-bayang dia kat sini.

Senu pun blah...

Friday, February 20, 2009

Kolam Cleopatra

Cleopatra agaknya suka betul mandi, macam Shizuka.

Budak yang tengah terjun ni agaknya baru balik dari kebun menolong bapaknya. Geram tengok kawan main air. Pengaruh rakan sebaya.

Kolam ni jugak pernah meragut nyawa salah seorang pelajar kita di Mesir ni...

Ain Juba pulak mata air tempat mandi pengantin baru. Anak dara dan anak teruna mesti bersiram disini sebelum kahwin.

Tapi tengok ke lumutnya, tak gamak nak berendam kat sini. Agaknya orang dah tak ikut lagi adat ni.

Sebelum menikah, anak dara akan mencukur semua bulu yang tumbuh di badan melainkan kening dan rambut saja. Sebab lelaki-lelaki Siwa 'like to believe' perempuan semuanya licin langsung tak ada bulu...


Gezirah Balah, Gezirah Malah XX

Thursday, February 19, 2009

Sekitar National Garden

Bangunan Zappeion ialah bangunan pertama didirikan dalam rancangan menghidupkan kembali sukan olimpik. Dinamakan sempena pembinanya yang tidak sempat melihat bangunan ini siap.

Pernah menjadi bangunan kongres tetapi kini sebagai pusat konvensyen dan pameran.

Tram Athina.

Stadium Panathinaiko.
Stadium olimpik moden yang pertama. Dibina dari tinggalan stadium purba untuk sukan panathinaik yang dipersembahkan kepada dewi Athena.


Anarki di Athina IX

Wednesday, February 18, 2009

Sopi & Ipah

Aku kenal abang Ilham sejak sekolah. Setiap kali tobur muka dia yang akan nampak di depan. Maklumlah orang besar. Aku tak cukup rapat dengan abang Ilham (maaf) sebab aku rasa dia terlalu formal berbanding abang Min yang aku senang-senang boleh perintah kacau kopi kalau dia datang ke rumah (maaf lagi aku orang kasar). Aku banyak buat kesalahan sosial dengan abang Ilham (maaf aku memang tak pandai bab adab). Bercukur anak nombor dua dia pun aku tak pergi bahkan anak nombor dua dia semalam baru kali pertama aku tengok itupun jauh-jauh dari luar bilik atas riba Rem. Ini anak sulung abang Ilham tengah makan kerang dari Dumyat. Bila aku nak tolong koyak dia tak bagi. Budak ni makin besar makin tak layan orang. Hagas.

Abang Ilham dah balik habis semalam lepas tamat mengaji.

Tuesday, February 17, 2009

Kelik Berderat

Selesai mengadap sultan Setambul

Usai menyambut 30 tahun inghilob