Wednesday, October 28, 2009

Keluarga Hasan Agha


30 Tahun Revolusi Islami XXII


Hasan Agha ialah abang Mojiri Agha yang itnggal di Esfahan. Di Esfahan, Hasan Agha yang bawa kami pusing-pusing dari alif sampai ya. Malam di Nani Pizza rupanya dia datang rumah bawa anak-anak bawa cucu.

Dia telefon tapi masing-masing macam ayam bercakap dengan itik. Tapi entah macam mana dia jumpa juga kami di Nani Pizza. Bukan susah sangat nak berhubung kalau dah dapat 'bahasa dunia'. Anak dia yang lebih muda itu namanya Mustafa. Dia saja yang boleh cakap Inggeris. Itu pun sepatah-sepatah. Cucu dia aku tak ingat nama. Tapi cukup biasa dengan orang asing.

Balik Tehran, istrinya Mojiri Agha tak putus-putus memuji abang iparnya itu. Katanya dia orang sabar. Tak banyak cakap. Katanya istri Mojiri kalau dia bawak kami pergi bazar dan kami shopping lama-lama dia langsung tak kompelin.

Dan Ayep memang penuh dengan paternal love ...

Tuesday, October 27, 2009

Jemuran

seolah-olah ada kain merah merentang di atas kepala,
aku sudah putus dari langit ...

-siri siri keliling rumah sendiri-

Sunday, October 25, 2009

Nilometer 861

Kalau suka tengok bangunan-bangunan lama yang boleh dapat di ceruk rantau kota Kairo ni, moleklah juga kalau tahu susur-galur penguasa-penguasa Mesir pada zaman Islamnya.

Adapun secara ringkas bolehlah disebut begini, paling awal dimulai dengan Khulafa' Rashidin, kemudian Umayyah, lepas itu Abbasiyah dan Tulunid, kemudian Fatimiyyah, lepas itu Ayyubiyah, kemudian Mamluk, lepas itu Uthmaniyyah, kemudian Muhammad Ali Pasha.

Maka sudah tentulah tinggalan paling lama ialah Masjid Amru Al-As. Lamun, datang sekarang yang dapat kita lihat banyaknya hasil tokok tambah zaman Uthmaniyyah.

Adapun selepas masjid yang di Fustat itu, bangunan kedua paling lama ialah Nilometer ini ...


Thursday, October 22, 2009

Berbual dengan Malaikat

Primero
Bersembang dengan Hafazah
Dia selamatkan aku dari kegelepan dengan dia sengaja-sengaja pulang dari melepak di Malikul Saleh tengah-tengah malam.

Secundo
Bersembang dengan Hafazah
Dia ingatkan aku tertinggal kunci rumah di sekerat jalan sebab rupanya ada orang nak datang ke rumah.

Tersero
Bersembang dengan Hafazah
Aku memang niat nak goreng appalam tapi lupa langsung. Kemudian dia saja-saja goreng appalam sebab nak makan.

Quarte
Bersembang dengan Hafazah
Dia membuka jalan untuk aku dengan membuka mata aku dengan suka-suka membeli buku itu dan ini walaupun dia sendiri tak pernah buka apa lagi baca.

Bersembang dengan Malaikat Hafazah ...

Wednesday, October 21, 2009

Gerau

Mengadap Sultan Setambul XXII

Gerau ialah tukang masak diraja. Nak cari istilah untuk dapur istana tak jumpa. Tapi tak masuk sebab tutup tengah ubahsuai. Di bawah kubah-kubah kecil yang menudung dan serombong-serombong asap yang menjulang awan ada peragaan seragam-seragam tukang-tukang masak, pelayan-pelayan sultan, senduk dan sudip, periuk dan belanga.

Pada zaman Dinasti Ching, Kota Larangan mempunyai 185 orang gerau dan membeli 3000 ekor ayam seminggu demi menampung 1200 orang sida-sida, 840 orang pengawal dan 350 orang inang dan dayang walaupun dinasti itu telah berakhir.

Ada 1200 orang gerau di Topkapi yang menyediakan 20000 hidangan makanan setiap hari, termasuk hidangan tiga kali makan untuk 5000 orang yang tinggal di istana dan hidangan yang diagihkan untuk dapur umum (untuk kebajikan) atau untuk caravanserai.

Tuesday, October 20, 2009

Monday, October 19, 2009

Hydra Port

Pulau Hydra ialah yang paling kecil (antara yang kami singgah) di Teluk Saronik. Pun, ada orang cakap pulau ni sebahagian daripada teluk Argolik sebab dia duduk di tengah-tengah antara dua teluk tu.

Sebut betul-betul nama dia, ee-druh bukan high-druh. Maknanya air sebab dulu di pulau ni ada mata air, bukan sebab Lernaean Hydra (raksasa ular kepala sembilan) pernah muncul kat sini. Tapi mata air tu dah kering.

Inilah pelabuhan Hydra yang boleh nampak rupa, gaya dan senibina Yunani yang cukup tipikal. Pelabuhan berbentuk bulan sabit yang dikelilingi kedai, pasar, restoran dan galeri. Pekan yang paling besar di pulau ni pun, Hydra Port inilah.


Anarki di Athina XXXVII

Sunday, October 18, 2009

Ufti

Ufti yang dipersembahkan oleh budak-budak berupa tat nenas, almond london, biskut mazolla, biskut cornflake, biskut persis suji, biskut tak tahu nama yang diletak keju dan baunya dah jadi macam super ring, mama carrie, kerepek pedas, kuih siput, semprit, maamor dan teratai layu di tasik madu. Tahun ni, orang-orang banyak mula kembali kepada salaf dengan memakan kuih-kuih tradisi seperti kuih bangkit, bahulu, putu jawa dan kuih kapit.

Tat Nenas dan Almond London

Kuih raya 'rasmi' tahun ni. Tahun-tahun depan, bolehlah bariskan tat nenas dengan almond london bersama-sama dengan ketupat, lemang dan rendang sebagai ikon dan simbol hari raya.

Saturday, October 17, 2009

Mehdi


30 Tahun Revolusi Islami XXI


Angle Ayep yang bagus. Mamat nampak macam bincang benda serius.

Anak Mehdi?

Masih di Nani Pizza. Kalau tak silap, kami mintak tolong Mehdi yang datang dengan famili besarnya untuk explain kepada manager Nani Pizza kenapa order kami besar. Kemudian kami sembang. Mehdi pernah sampai Malaysia kot, sebab sebelum pisah dia kata, "Tell the Malaysians ... I LOVE THEM!"

Mehdi salah seorang dari dua tiga orang penyokong kerajaan yang kami jumpa sepanjang jalan. Selain Pakcik Ali atas bas satu famili. Sebab anak-anak muda lain kalau kami semua kata, "Kita orang suka Ahmadinejad," dia orang nanti besar ketawa. Mehdi tanya kami apa opini kalian tentang Ayatollah Ali Khameini. Alamak, manalah kami tahu, yang tembus ke dunia luar pun Ahmadinejad saja.

Hujung-hujung Mehdi tanya bukan ke Inggeris tu bahasa kedua kalian, kenapa kalian nampak sangkut-sangkut? Cis Mehdi, kita orang saja turunkan level. Cakap laju-laju karang kau pulak tak sempat tangkap. Cecece. Ceh.

Friday, October 16, 2009

Tibanya Syawal

Melanggar pantang. Orang Melaka mimpi entah apa buat bidaah dengan melancarkan rumah separa terbuka di Istana Presiden. Jamu nasi ayam resepi ibu sendiri yang dilumur halia dan bawang putih tanpa kicap. Seperti biasa, aku hanya tolong tengok. Dan makan.

Tat nenas terakhir (sebelum ketibaan ufti) yang dipesan orang Melaka di sini sengaja diletakkan di atas meja demi menunjukkan dan membuktikan majlis yang dihadiri dan gambar yang diambil ialah majlis raya dan gambar raya. Lantaran masing-masing sudah tidak mampu berbaju raya lagi.

Inang di Aidil Fitri

Nasi daging Rumah Kedah
sebelum menyamar sebagai AJK Tertinggi PERUBATAN di Rumah Selangor
terima kasih kepada keseganan Damak ...

Sunday, October 04, 2009

Bahlol

Tak jumpa dalam kitab.

Zaman dulu, bahlul memang menjadi kalimah sumpah-seranah yang popular (dan masih diiktiraf Kamus Dewan rupanya). Misalnya dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, P. Ramlee ada menyebut,
"Makan belacan! Bodoh! Bahlul! Unta! Baghal! Kelabu asap!"

Kemudian kita dapat tahu, bahlul rupanya nama orang baik-baik. Pun tak banyak yang (aku) tahu. Lamun, Bahlul pernah muncul sebagai seorang sheikh dalam kisah-kisah lucu setanding Mullah Dol Piyaza dan Kiyai Sentar, sebagai seorang alim yang berpura-pura gila di Baghdad kerana mengelak tekanan pemerintah, dan nama kepada sultan pertama Dinasti Lodi Kesultanan Delhi, India.

Saturday, October 03, 2009

Dendang Perantau

Laksa Kelantan
"Kau boleh ke macam tu?"
"Entah, dah ini je dia bagi."
"Memang macam tu pun orang makan."

Lontong
Di Rumah Johor.
(bukan majlis yang di Rab'ah itu...)