Saturday, August 27, 2011

Penat Puasa

Penat benar puasa. Lagipun dah sepuluh akhir. Kuat sangat qiyam.
Salam sepuluh akhir ...

Sunday, August 14, 2011

Rakyat Rusuh




Sebelum Mesir mula revolusi lagi aku dah ada pengalaman jalan-jal;an celah rusuhan. Kebetulan, rusuhan kota London pun aru surut dan masih panas. Adapaun, beginilah ...

Kapal dah lama berlabuh semua pun dah lama naik bas tapi bas lambat bergerak. Pemandu bas dengan pemandu pelancong sedabg bincang. Rancak tapi serius. Panggilan telefon tak putus-putus. Yang aku paham cuma, Ne, ne, ohi, ohi. Penumpang semuanya santai-santai saja tak tahu apa.Lepas lama bas pun jalan.

Tapi bas tak hantar sampai hotel mcm dibuat pagi tadi. Masuk Medan Syntagma pun tidak. Tinggal di pinggir bandar saja. Agaknya red light district sebab banyak pulak kedai sex toys yang aku perasan. Sampai situ semua pun maklum. Pemandu pelancong beri arahan ketat. Semua mesti bergerak cepat dan ikut rapat. Semua mula kecut.

Kami dibagi-bagi ikut duduk letak hotel dan dipimpim seorang pemandu pelancong. Ibaratnya, rakyat rusuh di Sharia Kasrel Ainy dan kami menyusup di Sharia Sheikh Aly Yousef. Di sebelah kanan kami, Jalan Ermou kalau tak silap, terdengar dentun dentam gas pemedih mata ditembak. Budak-budak muda berhood melontar molotov cocktail. Di depan kami pun sudah ada dua tiga tong sampah besar sengaja dibakar. Akhirnya sampai juga di stesen metro.

Waktu itu aku dengan I.K. Tan mula memandai. Pemandu pelancong pn tak kisah. Tak menang tangan. Kami pergi stesen monastriaki, itu saja stesen yg kami kenal. Cuba keluar ikut Jalan Ermou tapi ada org turun tangga masuk stesen tunjuk isyarat jangan keuar. Aku mula cuak tapi IK Tan tenang lagi. Tebgok peta metro cuba-cuba naik sendiri turun di stesen yang agak-agak dekat dengan jason inn.

Turun di stesen ... Ruopanya jauh lebih dekat banding stesen monastriaki. Kami lea, cepat-cepat balik. Tapi kawasan sekitar nampak sunyi tenang macam tak ada apa berlaku. Malam itu, Athens berasap ...

Tebgok rusuhan London yang sudah, tak sama langsung anak-anak muda berhood di London dan di greece. Di greece mereka bakar bangunan kerana marah, di London mereka bakar bangunan kerana nak mentekedarah. Di Greece mereka ada tujuan dan akhirnya mereka pun berlindung dalam kawasan kampus.

Anarki di Athina LV

Thursday, August 11, 2011

Laksa Johor



Oh, rupanya laksa Johor pun makan pakai tangan jugek.
Air tangan Wawan, islam eedak.

Wednesday, August 10, 2011

Maidaan-e Naqsh-e Jahan

30 Tahun Revolusi Islami XXXVIII


Ibu kota yang terdedah kepada ancaman musuh tidak akan maju dan makmur. Oleh sebab itulah Shah Abbas I, Shah yang terkemuka dalam kerajaan syiah Safawiyyah (Safavid) telah memindahkan ibu kotanya dari Qazvin yang diancam serangan puak Uzbek dari utara dan Osmaniyyah di barat ke ibu kota lama Iran iaitu Esfahan.

Esfahan, ibu kota lama zaman Seljuk kini diberi nafas baru oleh baginda Shah Abbas. Baginda memajukan kawasan ke selatan bandar lama dengan membina sebuah medan yang besar. Medan yang sepanjang setengah kilometer itu ialah yang kedua terbesar di dunia (di belakang Medan Tiananmen, China) ketika ia siap dibina. Medan yang kini dikenali sebagai Medan Imam dan sebelumnya Medan Shah dikelilingi bazar, dua buah masjid dan sebuah istana.


Selain menghindari ancaman luar perpindahan ibu kota dan pembinaan medan ini turut membantu mengukuhkan politik dalaman dengan memusatkan kuasa kerajaan di Esfahan. Di Medan ini Shah Abbas mengumpulkan tiga elemen kuasa di halaman baginda sendiri iaitu kuasa para ulama yang diwakili Masjid Shah, kuasa koperat-koperat niaga yang diwakili Bazar Diraja dan kuasa politik yang diwakili Istana Ali Qapu.

Pada siang hari, medan ini dipenuhi dengan khemah dan gerai para peniaga yang membayar sewa tapak kepada kerajaan secara mingguan. Pada sebelah malam medan dikosongkan untuk memberi ruang kepada para penggiat seni seperti ahli akrobat, pelakon mimos bisu dan pemain boneka untuk menunjukkan bakat masing-masing.

Sekali-sekala medan dikosongkan langsung untuk acara dan perayaan awam seperti sambutan Nowruz atau Tahun Baru Parsi dan permainan polo diraja. Datang sekarang, medan ini masih digunakan untuk Namaaz-e Jomeh atau Solat Jumaat.


Pada zaman Shah Abbas, mereka sangat terbuka dalam menerima kemasukan orang luar. Orang Cina banyak menjadi artisan, orang India menjadi pengurup matawang (macam sekarang), orang Eropah menjadi mubaligh, orang Turki menjadi tentera dan ada juga orang dari Georgia dan Armenia. Bazar diraja di utara medan ini juga berhubung dengan Bazar Bozorg di bahagian kota lama Esfahan.


Tuesday, August 09, 2011

Kalah Perempuan



Salah seorang adik-adik manis di atas pernah kata aku ini kalah perempuan. Kalah perempuan dalam bab jaga kitab. Katanya buku aku itu kulitnya baik lagi macam tak pernah buka walaupun aku rasa dah khatam buku itu. Adik itu jadi segan sampai minta izin aku untuk membalutnya.

Tapi aku agak berhalus dalam mengendalikan buku. Tak kasar membuka setiap halaman sampai terkeronyok atau terlipat jadi macam telinga anjing. Aku buka dari penjuru hujung helai demi helai. Kalau buka pun aku tak kangkang kitab tu luas-luas. Cukup-cukup nampak dibaca saja sebab bukan semua buku dijilid dengan benang. Ada yang pakai gam.

Semua ini pengaruh dan didikan singkat yang aku dapat daripada Bro. Mohiyuddin -sekarang aku yakin Dr. Mohiyuddin- di MCIIUM dulu . Waktu aku nak buat tugasan dalam madah FKM, aku ada pinjam bukunya tentang evolusi yang nipis saja macam makalah. Masa aku pulangkan hujung kulitnya terkelepet. Dia pun sikit marah seraya bercakap, "What is this? (mendecit dan mengeluh), I love my books more than anything."

Waktu sekali-sekala bersembang saran dengan Sidi Hidir, dia pernah cakap pasal jangan sampai hati tertakluk pada dunia. Elok-elok dia sebut pasal itu hati aku tak ada pulak teringat pada harta yang tak ada atau gadis idaman yang tak kesampaian, tapi mata aku pantas menjeling ke arah kotak kargo yang mengandung buku-buku aku seraya terfikir, "Janganlah Tuhan uji aku dengan tarik balik buku-buku ini."

Tapi kadang-kadang buku aku memang cantik sebab memang tak pernah buka. Contohnya waktu Idil nak pinjam buku teks biokimia aku ke kuliah, dia jadi segan-silu nak pakai sebab tuan sendiri pun tak pernah guna.

Hahaha.

Monday, August 08, 2011

Galata Köprüsü


Mengadap Sultan Setambul XXXIX


Gertak Galata, sejarahnya seusia Kota Konstantiniyyah. Dibina Maharaja Justinian merentasi Tanduk Emas menghubungkan Karakoy dengan Eminonu. Pada zaman-zaman pengepungan Konstantiniyyah, Osmaniyyah membina jambatan bergerak dengan melabuhkan kapal mereka sebelah-menyebelah merentangi Halic bagi membolehkan mobilisasi tentera dari sebreang ke seberang.

Sultan Bayezid II pernah cuba memperbaharui jambatan ini dengan menggunakan desain ciptaan Leonardo da Vinci. Bagaimanapun, ia tidak diluluskan sedangkan ia bakal menjadi jambatan terpanjang di dunia ketika itu jika benar-benar disiapkan.

Sepanjang sejarah, Gertak Galata dibina sebagai jambatan terapung. Walaupun panjangnya hanya setengah kilometer ia dikenakan bayaran tol pada kurun ke-19 sepertimana Jambatan Sultan Mahmud di Terengganu suatu ketika dulu.

Pada musim-musim sejuk begini ramai orang mengail di Halic. Tambah menggalakkan aktiviti memancing bilamana ada orang menjual kelengkapan berupa umpan anak ikan, umpan udang, mata kail dan timah pemberat.

Berbeza dengan kita di Mesir, musim sejuk semua orang tidur tapa di rumah. Ketika musim panas membakar kulit baharulah semua rajin keluar rumah dan jambatan-jambatan merentangi Nil dipenuhi joran-joran. Pun, tahun ini, lebih banyak orang menjual minuman 'hummus'. Pelik apa entah, minum minuman pedas bawah remang terik mentari.

Sunday, August 07, 2011

Towards Tanta


Abang-abang tua ziarah adik-adik kecik buat kali penghabisan. Singgah solat di gate keretapi. Suasana suram-suram senja romantik sekali. Adik-adik Tanta paling bagus. Majlis rasmi tapi mesra selamba. Tambah ada jamu nasi lagi. Adik-adik Tanta memang baik. Semua pun cakap Kedah.