30 Tahun Revolusi Islami XXXIX
Kami mula dari Masjid Sheikh Lotfollah. Tapi ada setengah-setengah dari kami tak nak masuk. Rugi katanya. Tak hapus. Tapi pada kami yang masuk, tak masuk itulah rugi. Sebab dah sampai jauh-jauh.
Fakad dan iwan.
Masjid ini yang paling awal dibina antara tiga monumen di medan ini. Dekat 20 tahun juga baru siap. Maklumlah nak pasang jubin dan mozek sekeping-sekeping bukan sekejap. Kalau tak sabit kubahnya yang menonjol dan fakadnya -mukaan- maka orang tak akan sedar itulah masjid. Sebab ia tak ada menara dan bersambung langsung dengan bazar di kiri kanan.
Untuk pengetahuan semua surau -bukan masjid- di Iran dicam bukan pada menaranya -macam di Mesir- tapi pada fakadnya yang dibina dengan bentuk iwan dan ada muqarnas yang ditempek dengan jubin biru. Susah benar kami nak mencari surau tapi itu biarlah dicerita di tempat lain.
Muqarnas.
Masjid ini pun dibina tertutup begini kerana tujuannya iaitu menjadi tempat sembahyang khas untuk istri-istri dan anak-anak raja. Konon mengikut royat 0rang, dahulu ada terowong bawah tanah yang menyambung masjid ini dengan Istana Ali Qapu untuk laluan istri-istri Shah supaya tak kelihatan dek orang kebanyakan.
Apa pun yang paling aku suka tentu kubahnya. Pilihan warna lembut nyata menenangkan, berbeza dengan warna kubah masjid lain di Iran yang berwarna biru garang dan ini sesuai dengan fungsinya sebagai tempat sembahyang kaum perempuan.
No comments:
Post a Comment