Saturday, September 30, 2006

Selamat Berbuka Puasa

Aku ingin ceritakan apa ada pada Ramadhan Mesir yang tiada pada Ramadhan Malaysia. Sudah pasti di Mesir tidak akan ada peluang berbuka di dalam belantara seperti Saudara Ahmad Ashraf Abdul Latif kerana kami tak punya hutan di sini.

Saudara Tuan Hazri Tuan Mat telah mengajak kami berbuka. Kami keluar dari rumah hampir waktu berbuka. Idil dan Kadir maju dahulu. Mat membeli buah tangan dan aku membarengi. Kami menapak sebangat mungkin. Azan sudah berkumandang.

Seorang lelaki sedang berdiri di tepi jalan. Di tangannya ada sebuah kotak. Kotak berisi tamar. Kami semakin mendekati. Dia pun dekat dan menghulurkan kami kotak kurmanya. Katanya,"Fadhal." Kami ambil sebiji dua seraya berkata,"Kullu sana anta thoyyib." Dan begitulah lelaki itu. Setiap kenderaan atau pejalan kaki yang lalu, akan diberikannya tamar.

Jalan biasa ke Abou Rish telah ditutup. Kami terpaksa melalui kawasan perumahan golongan dhaif. Rumah-rumah robek-robak belaka. Sewaktu melalui lorong di hadapan rimah buruk mereka, kami terkejut. Ada sebuah meja yang di atasnya tersedia dua pinggan tamar dari jenis 'rotab' dan beberapa botol air. Seorang budak perempuan menjaga meja itu. Menghulurkan kami segelas air. Kami ambil tamar itu.

Walaupun mereka susah, mereka masih tidak mahu ketinggalan untuk beramal bersedekah. Pertama, berlumbalah untuk berbuat kebaikan. Kedua, mereka punya 'common sense'. Mereka tahu orang ramai menggunakan lorong dihadapan rumah mereka. Jadi mereka pun membantu para pejalan kaki yang tidak sempat pulang untuk berbuka.

Sampai di rumah Hazri, katanya Mamat selepas menceritakan hal itu,"Aku macam nak nangis jer."

Terima kasih Abang Hazri. Abang Hazri telah menyediakan sendiri untuk kami nasi Yaman dan kuah dalca serta acar yang enak.

Marilah berbuka puasa di tepi jalan.

Masuk hospital

Sudah seminggu masuk hospital. Mula dengan mengintai lubang telinga orang. Sekarang tengah korek lubang hidung orang. Anak tekak seminggu lagi. Bulan depan belajar CSI. Apa macam nak beza orang disembelih atau orang menyembelih. Bulan lepas tu biji mata. Akhir sekali nanti Com. Med.

Tuhan masih memberi peluang. Apakah Tuhan benar-benar masih menyebelahi aku? Tak pernah aku meragui Tuhan. Tapi diri sendiri...

* * *

Hari ini Afeez bawa Mama ke Hospital Perdana untuk check-up kesemuanya. Mungkin Mama akan tidur di wad semalaman untuk check-up tu.

Abah.
Aku : .......

Thursday, September 28, 2006

Malu! Tidak tahu isu

Pakcik Khalid tuan kedai runcit Syarbati bertanya,"Apa kita nak buat dengan 'Baba Vatican' ni?

Dan aku. Mengangkat bahu.

Dia Datang Lagi...

Dia datang lagi...

Sudah tiga tahun kami buka di situ lagi. Semua pun menjangka mutu jamuan menurun. Saban tahun pun begitu. Tapi nampaknya graf tahun ini naik sedikit. Hari pertama dapat semangkuk daging suku kilo masak merah--walau makan dengan 'ish balady sahaja.. Hari ketiga dapat makarona dengan kari daging. Tapi kenafa, basbousa, zalabiya, sawabi' zeinab sudah tidak nampak bayang.

Kedai kekacang dan Qamaruddin masih begitu. Ada di mana-mana. Kedai fawanees juga. Dan di rumah-rumah fannus bergantungan. Lampu kelip-kelip juga. Mereka akan padamkan menjelang raya. Kami diminta membayar LE5 demi mengindahkan jalan di depan rumah. Kerana dia datang lagi. Tapi tidak indah pun.

Masjid-masjid sudah menjadi terlalu indah-indah. Kubah dan menara diliputi lampu berkelip berwarna-warni bagai ada pesta ria lagaknya. Seperti biasa, kedai-kedai diubahsuai, di kemas kini. Tuan rumah yang baik akan meminta permaidani dari rumah penyewa untuk dibasuh percuma. Semua demi datangnya dia.

Sambutlah dia. Hargailah dia. Layanlah dia sepertinya. Selagi dia bersama kita. Kerana kita belum pasti bertemu ketika. Bukan sekadar 'post' jiwang-jiwang lagi poyo sekadar memenuhkan blog atau mengikut peredaran masa. Sungguh. Aku tidak layak untuk berkata begini sebenarnya.

Dia datang

Dengan lenggang-lenggoknya

Dia datang

Dengan seyum manisnya

Dia datang

Sunday, September 24, 2006

Ahlan wa Sahlan to Cairo

Mewakili ketua Unit Sambutan, Keselamatan dan Disiplin. Mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru perubatan ke Republik Arab Mesir. Selain kursus dalam bidang perubatan kami juga menawarkan kursus-kursus berikut sebagai 'minor'.

  • Kursus Pengajian Islam
  • Kursus 'Teknologi Maklumat'
  • Kursus 'Sains Komputer'
  • Kursus 'Kejuruteraan Sivil'
  • Kursus 'Kejuruteraan Elektrik'
  • Kursus 'Seni Muzik'
  • Kursus 'Sains Sukan'
  • Kursus 'Ekonomi Rumah Tangga'
  • Kursus 'Kesusasteraan'

Tuesday, September 19, 2006

Semalam di Malaya

Telah selamat pulang ke kota Kaherah.

Ibu membekali aku dengan ketupat sotong buat bekal di Bandara Kuala Lumpur. Sebelum naik ke pesawat, ditahan oleh pegawai keselamatan kreana bimbang sambal ikan bilis dan dua botol petai jeruk tidak dibungkus dengan baik. Takut-takut tertumpah lalu membusukkan kabin pesawat.

Pulang bersama Aslam yang membawa pulang lebih sedozen tempe. Lega hati. Pulang diiringi skuad wushu Mesir. Menonton siri Medium yang digemari aku dan adik. Setiap malam Sabtu kami sanggup berjaga sampai tengah malam.

Sepanjang perjalanan tidak banyak berlaku sebarang 'turbulence' yang teruk sehingga keluarnya arahan dari kapten yang berbunyi," Cabin crew please be seated." Perjalanan sungguh lancar. Langit cerah-ceraca tak berawan. Dari tingkap berbalam pulau-pulau cahaya yang dihubung antara satu sama lain oleh alur-alur cahaya tatkala melalui benua kecil India dan Tanah Arab.

Ingin sekali mengambil gambar kenangan. Tapi takut pula menganggu sistem pesawat. Walaupun itu hanya berlaku pada waktu berlepas dan mendarat sahaja. Tetapi seperti sabda Nabi yang mafhumnya,"Tinggalkan apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu." Maka tidak diambil sebarang gambar.

Pulang ke No. 3, Jalan Umar bin Abdul Aziz dengan menaiki 'airport limousine' untuk memudahkan urusan walaupun menelan belanja besar.