Dia datang lagi...
Sudah tiga tahun kami buka di situ lagi. Semua pun menjangka mutu jamuan menurun. Saban tahun pun begitu. Tapi nampaknya graf tahun ini naik sedikit. Hari pertama dapat semangkuk daging suku kilo masak merah--walau makan dengan 'ish balady sahaja.. Hari ketiga dapat makarona dengan kari daging. Tapi kenafa, basbousa, zalabiya, sawabi' zeinab sudah tidak nampak bayang.
Kedai kekacang dan Qamaruddin masih begitu. Ada di mana-mana. Kedai fawanees juga. Dan di rumah-rumah fannus bergantungan. Lampu kelip-kelip juga. Mereka akan padamkan menjelang raya. Kami diminta membayar LE5 demi mengindahkan jalan di depan rumah. Kerana dia datang lagi. Tapi tidak indah pun.
Masjid-masjid sudah menjadi terlalu indah-indah. Kubah dan menara diliputi lampu berkelip berwarna-warni bagai ada pesta ria lagaknya. Seperti biasa, kedai-kedai diubahsuai, di kemas kini. Tuan rumah yang baik akan meminta permaidani dari rumah penyewa untuk dibasuh percuma. Semua demi datangnya dia.
Sambutlah dia. Hargailah dia. Layanlah dia sepertinya. Selagi dia bersama kita. Kerana kita belum pasti bertemu ketika. Bukan sekadar 'post' jiwang-jiwang lagi poyo sekadar memenuhkan blog atau mengikut peredaran masa. Sungguh. Aku tidak layak untuk berkata begini sebenarnya.
Dia datang
Dengan lenggang-lenggoknya
Dia datang
Dengan seyum manisnya
1 comment:
aku bersama dia lagi!!
Post a Comment