Saturday, September 30, 2006

Selamat Berbuka Puasa

Aku ingin ceritakan apa ada pada Ramadhan Mesir yang tiada pada Ramadhan Malaysia. Sudah pasti di Mesir tidak akan ada peluang berbuka di dalam belantara seperti Saudara Ahmad Ashraf Abdul Latif kerana kami tak punya hutan di sini.

Saudara Tuan Hazri Tuan Mat telah mengajak kami berbuka. Kami keluar dari rumah hampir waktu berbuka. Idil dan Kadir maju dahulu. Mat membeli buah tangan dan aku membarengi. Kami menapak sebangat mungkin. Azan sudah berkumandang.

Seorang lelaki sedang berdiri di tepi jalan. Di tangannya ada sebuah kotak. Kotak berisi tamar. Kami semakin mendekati. Dia pun dekat dan menghulurkan kami kotak kurmanya. Katanya,"Fadhal." Kami ambil sebiji dua seraya berkata,"Kullu sana anta thoyyib." Dan begitulah lelaki itu. Setiap kenderaan atau pejalan kaki yang lalu, akan diberikannya tamar.

Jalan biasa ke Abou Rish telah ditutup. Kami terpaksa melalui kawasan perumahan golongan dhaif. Rumah-rumah robek-robak belaka. Sewaktu melalui lorong di hadapan rimah buruk mereka, kami terkejut. Ada sebuah meja yang di atasnya tersedia dua pinggan tamar dari jenis 'rotab' dan beberapa botol air. Seorang budak perempuan menjaga meja itu. Menghulurkan kami segelas air. Kami ambil tamar itu.

Walaupun mereka susah, mereka masih tidak mahu ketinggalan untuk beramal bersedekah. Pertama, berlumbalah untuk berbuat kebaikan. Kedua, mereka punya 'common sense'. Mereka tahu orang ramai menggunakan lorong dihadapan rumah mereka. Jadi mereka pun membantu para pejalan kaki yang tidak sempat pulang untuk berbuka.

Sampai di rumah Hazri, katanya Mamat selepas menceritakan hal itu,"Aku macam nak nangis jer."

Terima kasih Abang Hazri. Abang Hazri telah menyediakan sendiri untuk kami nasi Yaman dan kuah dalca serta acar yang enak.

Marilah berbuka puasa di tepi jalan.

3 comments:

weAr said...

msih tnggl di alamat sama?

Anonymous said...

kullu sanah anta thoyyib. masih lg alamat lama? soklan wear. hehehe. mintak alamat. untuk privacy, hulurkan ke ir.ashraf[at]gmail.com.

aku masih lagi alamat sama.

roslini ashari said...

slamat posa. bukok posa and sahur. dah lama tak singgah di blog ni. =) aperpun mintak maaf klu ado silap kato gapo2.