Telah selamat pulang ke kota Kaherah.
Ibu membekali aku dengan ketupat sotong buat bekal di Bandara Kuala Lumpur. Sebelum naik ke pesawat, ditahan oleh pegawai keselamatan kreana bimbang sambal ikan bilis dan dua botol petai jeruk tidak dibungkus dengan baik. Takut-takut tertumpah lalu membusukkan kabin pesawat.
Pulang bersama Aslam yang membawa pulang lebih sedozen tempe. Lega hati. Pulang diiringi skuad wushu Mesir. Menonton siri Medium yang digemari aku dan adik. Setiap malam Sabtu kami sanggup berjaga sampai tengah malam.
Sepanjang perjalanan tidak banyak berlaku sebarang 'turbulence' yang teruk sehingga keluarnya arahan dari kapten yang berbunyi," Cabin crew please be seated." Perjalanan sungguh lancar. Langit cerah-ceraca tak berawan. Dari tingkap berbalam pulau-pulau cahaya yang dihubung antara satu sama lain oleh alur-alur cahaya tatkala melalui benua kecil India dan Tanah Arab.
Ingin sekali mengambil gambar kenangan. Tapi takut pula menganggu sistem pesawat. Walaupun itu hanya berlaku pada waktu berlepas dan mendarat sahaja. Tetapi seperti sabda Nabi yang mafhumnya,"Tinggalkan apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu." Maka tidak diambil sebarang gambar.
Pulang ke No. 3, Jalan Umar bin Abdul Aziz dengan menaiki 'airport limousine' untuk memudahkan urusan walaupun menelan belanja besar.
Tuesday, September 19, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
alhamdulillah slmt pulang dan kmbli..
ole-ole?
slmt berpuasa
ramadan mubaarak
Post a Comment