Monday, September 24, 2007

Rempit Ramadan



Malam pertama Ramadan kami hidupkan dengan konvoi bermotor.



Menungu Mede di depan Masjid Amru. Mede menunjuk jalan.



Semua yang bermotor dikerahkan ke Bandar Baru Fustat. Tolong belikan barangan untuk bocah-bocah haloi di situ.

Tapi gambar yang betul-betul menunjukkan berkonvoi tak ada pulak.
 
Mudah-mudahan Ayep yang jatuh motor sepuluh hari kemudian ketika sedang lap di jalan licin berpasir dekat-dekat Fustat sewaktu menolong menghantar orang menziarah/merawat bocah yang sakit sehingga menyebabkan dia jatuh tertimpa motor sendiri, terseret dan luka di kedua belah kaki dan tangan serta cermin topi keledarnya pecah lekas-lekas sembuh. 

Sunday, September 23, 2007

Saturday, September 22, 2007

Program Ihya' Ramadhan PERUBATAN 2007


Program Ihya' Ramadhan PERUBATAN 2007

Orang berprogram di dewan, kami di rumah.
Masak untuk orang buka.



Di bawah. Periuk duduk sorang-sorang. Tumis bawang.



Kadir masuk garam.



Ayep kacau.



Di atas. Mat tengah memimpin angkatan acar.



Tauke Hujan Panas kacau. Masuk garam lagi. Garam keluar sikit. Lubang kecik.
Terima kasih kepada tauke Hujan Panas yang sudi menyumbang kemahiran.

Friday, September 21, 2007

Nasi Tumpang



Ini bukan satar. Jangan tertukar

Orang Kelantan punya satu budaya di mana hampir setiap rumah di segenap tingkat sosial tidak memasak sarapan. Sebaliknya sarapan dibeli. Secara umum, nasi menjadi pilihan sarapan dan ada empat jenis nasi yang dibuat sarapan.

Nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang dan nasi lemak (sudah menjadi nasi sarapan yang universal).

Sekali-sekala ada setengah-setengah kedai menjual nasi kapit/impit.



Inilah dia nasi tumpang. Jarang-jarang boleh jumpa. Melainkan atas pasar. Kata orang nasi tumpang paling sedap boleh dapat di Pasir Hor. Tapi mesti beli sebelum jam sembilan. Jika tidak putus harapan.

Nasi tumpang berbentuk kon. Nasinya termampat macam nasi kapit. Lauknya diletak pada tapak (base) kon. Lauk yang biasa dipakai ialah sambal atau masak lemak udang. Kemudian ada sedikit sambal kelapa. Seperti kebiasaan orang Kelantan, kuah dibubuh hanya sekadar sesudu kalau tidak setitik.

Selamat bersahur.

p/s: Di Terengganu, ada yang bersarapan dengan nasi minyak? Nasi dagang Terengganu putih seperti nasi biasa, nasi dagang Kelantan pakai beras khas. Nasi lemuni hanya terdapat di utara semenanjung dan semakin pupus dengan pupusnya pokok lemuni. Di Johor, nasi ambeng menjadi kebiasaan untuk sarapan.

Wednesday, September 19, 2007

Last Supper




Actually, Second Sahoor

Monday, September 17, 2007

Dari Puncak Menara Agam




Bumbung hijau.



Rumah Kuning.



Alek naik.



Alek jatuh.



Alek ilir.



Tak ada gambar alek ulu.



Rumah Esah celah hutan.



Ribut mampir perlahan.

Sunday, September 16, 2007

Al-Mubarak




Siang bagai kuburan.
Malam bagai temasya.

Saturday, September 15, 2007

Thursday, September 13, 2007

Pesan Mama (Klise)



Anak: Hai (mengeluh) boringnya... Takdak apa nak buat.
Mama: Kalau dah takdak apa nak buat, pi ambik Qur'an nuh baca!

Wednesday, September 12, 2007

Tentang Bulan (Itu)



Ketika permaidani segera dicuci
Ketika lampu-lampu diganti
Ketika rumah diubahsuai
Ketika papan nama kedai ditukar
Ketika jalan-jalan dihias
Ketika rumah-rumah tuhan bergemerlapan
Ketika kacang-kacang dan buah kering dijual
Ketika mesin-mesin kenafa diputar
Ketika khemah-khemah maidah didirikan
Ketika fawanees digantung

Apa itu?

Ramadhan...

Dia Datang Lagi.

Tuesday, September 11, 2007

Gapura


Rumah tradisi Kelantan, selain punya ciri khusus seperti beratapkan bata Singgora, punya satu lagi ciri yang sudah agak sukar ditemukan.

Iaitu dinding bilik dan daun pintu.



Malang dan kebetulan, dua tempat yang aku temui dinding semacam ini semuanya duduk di kawasan yang gelap.



Tombol pintu dibuat daripada besi/gangsa diukir bermotifkan flora. Sudah payah untuk menemukan pintu seperti ini sekarang ini.

Tak sempat menunjukkan sistem selaknya yang unik juga.

Monday, September 10, 2007

Dapur Kawah


Ikan setengah kilo...
Impot sekilo buat dua-dua...
Tempatan sekilo buat dua-dua...
Ayam ni Mak Wan bagi...

Kami panggil sambal daging.
Orang luar panggil serunding.
 
Di Kampung Laut semua rumah buat/jual sambal daging.



Dapur Mak Wan untuk buat sambal daging

Sunday, September 09, 2007

Ribut Kampung Laut



Owad memandu secara berbahaya



Sebelah tangan pegang stering, sebelah lagi pegang kamera.



Nak elak pantulan, Owad hulur kamera keluar.



Hulur kamera depan cermin depan, untuk ambil gambar macam ini.



Owad bawa kereta memang gila.



Ruginya tak ada kilat.

Thursday, September 06, 2007

مرديكا



Orang Pasir Tok Kambing menyambut merdeka.
Kain yang direntang pada hari 31.

Hari ini, aku juga merdeka...

Wednesday, September 05, 2007

Tempat Sujud



Di sini aku jumpa tiga Syiah. Seorang aku jumpa di jamban. Dirabut tisu banyak-banyak. Di bawa ke surau. Diletak di tempat sujud. Di tepi paspot Lubnan.

Syukrillah... Syukrillah... Syukrillah...

Tuesday, September 04, 2007

Horus Terbang Tinggi



Kata orang

Kalau turun di Kota Bharu, bakal nampak nyiur
Kalau turun di Pulau Pinang, bakal nampak kilang
Kalau turun di Sepang, bakal nampak sawit
Kalau turun di Kairo, bakal nampak gurun

Tapi kalau turun di Mumbai?

Nampak setinggan...

Semalam di Malaya

Sunday, September 02, 2007

Selamatkan Malaysia



Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu-padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.