Wednesday, August 06, 2008

Duit Pokok Pisang

Bulan Ogos ialah bulan yang baik untuk mengingat sejarah. Pada awal bulan ini (hari ini) Hiroshima dan (lusa) Nagasaki dipadang jarak padang tekukurkan, pada tengah bulan ini perang dunia tamat seluruhnya dan pada hujung bulan ini Malaya merdeka.

Ketika inilah muncul demo-demo anti-Jepun di China dan Korea, timbul isu lawatan Perdana Menteri Jepun ke Tokong Yasukuni, diputar semula dokumentari-dokumentari hibakusha dan tunjuk-tunjuk perasaan oleh wanita teraniaya perang dunia kedua terutamanya di Filipina.


Zaman ubi kayu dulu, duit pokok pisang langsung tak laku. Konon orang-orang kaya waktu itu ada dua tiga tempayan penuh berisi duit pokok pisang. Tapi langsung tak laku. Inflasi cukup tinggi. Lagipun kerajaan pendudukan Jepun (Japanese Occupational Government) keluarkan duit ini dengan terlalu banyak.


Sekeping lagi duit lama yang pelik. 'Matawang' yang tertera ialah kati. Sebenarnya ini sistem lama yang dipakai zaman British dulu. 'Duit' ini ialah kupon untuk setiap sepuluh kati getah yang dijual. Sama ada terus boleh ditukar dengan duit atau terus laku di kedai. Ada satu lagi jenis kupon yang menggunakan 'picul' iaitu unit ukuran berat iaitu pikul.

Kalau di utara 50 sen menjadi lima kupang. Di pantai timur ringgit terus ditukar menjadi riyal. 10 sen tetao 10 sen tetapi 50 sen menjadi nilai wang yang unik dan dipanggil samah. Lebih unik lagi, hanya seringgit setengah diberi jolokan istimewa iaitu tiga amah. Tidak dipakai oleh nilai-nilai wang yang lain.

p/s: di utara, jual beli ikan atau daging masih memakai unit kati.

4 comments:

Anonymous said...

blh tanya x....duit jepun ni nak jual ker..klau nak jual email kat saya allience25@gmail.com

Anonymous said...

why is it called "duit pokok pisang"
by the japanses..?? Please help me... i m doing my sejarah homework.. ten Q

Anonymous said...

brp ringgit kalau saya nak beli duit Pokok Pisang ...?
Mahal tak ???
kalau ada jual email berapa ringgit bagi saya...
Email saya: janeycaisia@yahoo.com....
Thanks a lot ...

Anonymous said...

saya mempunyai duit jepun kalau sesiapa berminat nak beli call saya 0199604372