Aku teringat cakap-cakap Mamat dua tiga hari sebelum terbang. Kata Mamat, kata ustaz mana entah (Shamsuri?) kalau negeri yang umat Islam pernah perintah, memang jadi tanah orang Islam, maka waaaaajib kita ambil balik (merujuk kepada Granada sebenarnya).
Ada tiga ketul saja masjid di Athens dan itu pun tak boleh pakai selain masjid-masjid sementara pendatang Bangla dan Paki yang boleh pakai. 400 tahun Turki memegang Yunan tapi sikit pun tak terlekat Islam. Banyaklah sebab musabab yang lain kali kita cakap. Sesuatu yang pelik sebenarnya untuk jumpa masjid di negeri Kristen pekat ni.
Masjid Tsisdarakis atau Mosque of the Lower Fountain (sebab ada air pancur kat dalam) atau Mosque of the Lower Market atau Masjid Monastriaki. 1759, penguasa Turki di Athens, Mustafa Aga Tsisdarakis membina masjid ni.
Konon kata cerita, orang Turki bakar tiang Temple of Olympian Zeus yang tak pernah-pernahnya siap tu demi menyiapkan masjid ni. Untuk dapatkan batu kapurnya.
Selepas Greek Revolution, masjid ni diserah kepada tentera. Sekejap jadi bangunan keselamatan, sekejap penjara, sekejap penjara, sekejap jadi kem tentera, sekejap jadi gudang akhirnya jadi muzium. Pernah juga rosak teruk dalam beberapa siri gempa.
Masjid ni nampak paling cantik dari sisi ni. Tapi di dataran ni ada kerja-kerja pembinaan. Bendera Greece diletak di depan demi menunjukkan, bangunan ni kami yang punya. Agaknyalah.
Anarki di Athina II

No comments:
Post a Comment