Wednesday, September 30, 2009

Kota Suci Keempat

Mengadap Sultan Setambul XXI

Air pancut (sebenarnya pili, terjemahan langsung fountain) di depan perpustakaan Sultan Ahmed III.

Astaka Baghdad, dibina sebagai menyambut kemenangan menawan Baghdad dari tangan pesaing Turki Uthmaniyyah iaitu Safavid Iran. Kalau silap bangunan maknanya itu Sünnet Odası atau bilik putera-putera raja dikhatankan.

Ada orang menyebut Setambul atau Kastantiniyyah seolah-olahnya bandar suci keempat di sisi Islam selepas Makkah, Al-Madinah dan Yerushalayim (Al-Quds). Sebab kota itu disebut Nabi dalam hadithnya yang mana: sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik tentera ialah yang membuka Kastantiniyyah; kiamat tak akan berlaku sehingga Islam membuka semula Kastantiniyyah (au kama qal).

Padahal zaman purba dan zaman pertengahan dulu memang bandar suci Kristen Ortodoks.

Atau sebab bandar itu menyimpan tinggalan-tinggalan Nabi yang terjaga di balik tembok-tembok Topkapi. Tinggalan berupa jubah, janggut, rambut, gigi dan panji-panji Nabi di dalam bilik khas yang 24/7 diperdengarkan bacaan Quran (zaman dulu memang ada qari di situ, sekarang pakai kaset).

Ada lagi tinggalan nabi-nabi lainnya. Tongkat Nabi Musa (hmmm masih berkilat). Serban Nabi Yusuf (kainnya putih bersih). Tangan Nabi Yahya! (ini kerja-kerja orang Kristen). Mangkuk Nabi Ibrahim? (in mint condition).

Padahal di bilik hujung yang nampaknya macam dikhaskan untuk pengunjung Syiah yang menempatkan tinggalan ahli bayt seperti Sayyidah Fatimah, Sayyidina Hussain, kain bajunya nampak sudah kusam ditelan zaman.

Allahua'lam.

Monday, September 28, 2009

Hari Raya Tetap Tiba

Budak-budak temahak. Makan tak sampai habis. Tinggal berselerak. Tak ingat orang belakang. Kalau pakai baju kurung atau jubah jangan lupa senteng kalau tak mahu seret atau jadi penyapu.

Aku bukan macam dia orang yang ambil gambar depan kain rentang (tiap-tiap tahun).

Nak tau di mana orang-orang Mesir buat/beli khemah macam ini? Di Bazar Khiyamiyya di Tentmakers Street, jalan paling panjang zaman pertengahan di luar Bab Zuwayla pintu selatan kota Kaherah.

Sunday, September 27, 2009

Teluk Saronik

Tiba-tiba orang di atas menjerit,
"Daratan! Daratan! Dah nampak daratan!"

Kami berlayar di Saronic Gulf yang menjadi sebahagian daripada Laut Aegia. Kami singgah di tiga daripada enam buah pulau yang ada di teluk ini. Pulau-pulau di Teluk Saronic sangat popular di kalangan penduduk Athens sebagai tempat percutian hujung minggu.

Teluk ini menjadi saksi kepada pertempuran Salamis yang telah mungubah wajah dan perkembangan Eropah hingga kini. Namanya diambil sempena seorang raja mitos bernama Saron yang mati lemas di sebuah tasik. Kononnya teluk ini menempatkan enam pintu masuk ke alam barzakh.

Anarki di Athina XXXVI

Saturday, September 26, 2009

Kepulangan Anakmu

Apalah raya bagi Mesir?
Raya bagi Mesir ialah ...

Malam raya gantung belon di masjid,
Belah awal lepas solat Eid,
Bagi coklat dan gula-gula kepada yang tua dan bagi belon kepada yang muda, ya budak-budak memang makan belon,
Kalau orang tak kasi belon beli saja,
Beli bunga untuk ziarah kubur,
Sekeluarga sewa lori untuk beraya,
Berpiknik di taman atau di mana saja yang berumput hijau,
Menjamu dan memakan rengga atau fiseekh,
Naik kereta kuda beramai-ramai,
Tunggang kuda, main basikal atau naik motorsikal mini,
Main senapang,
Pergi fun fair ...

... dan yang sama dengan kita ialah mereka semua tua dan muda berpakaian serba baru. Inilah budaya mereka dan bukannya kerja kita dengan berkata apalah ini atau berkata mereka purba dan sebagainya kerana sekurangnya mereka membuat yang betul dengan bercuti seminggu untuk Aidiladha sedang kita pula seminggu untuk Aidilfitri dan ketika itu kita pula berkata dah itu budaya kita ...

Thursday, September 24, 2009

Nani Pizza

30 Tahun Revolusi Islami XX

Pizza yang paling tebal di alam semesta.

Medan Jomhouri-e-Eslami? Medan Shohada? Medan Ghiyam? Sapa boleh ingatkan aku?

Alang-alang jalan, makan pun sakan. Konon nak cari makanan tempatan tapi Nani Pizza jugak nampak appealing. Kami order dua family atau jumbo kemudian manager datang kata tak boleh.Tapi kami tak peduli kami nak juga. Tapi manager kata tak boleh jugak. Akhirnya kami order satu family atau jumbo dengan satu large. Sekali ambik tuan-tuan, padanlah manager dia tak bagi. Nani Pizza penuh inti luar dalam. Macam pizza Bein Qasrein tapi dia tak pakai fatirahlah. Salad ubi keledek Nani Pizza yang paling sedap. Puas hati. Bila keluar kedai poket kami pun 'puas hati' dan menjadi antara poket yang paling nipis di alam semesta. Kan dah cakap, alang-alang jalan ...

Wednesday, September 23, 2009

Cahaya Aidil Fitri

Dari atas belakang motor ...

Masjid Sayeda Zeinab sedang bersiap-siap.

Masjid yang kita akan buru nama dan royatnya belum tanggal lagi lampu Ramadannya dan tok siaknya pula lupa nak menutup suis lampu. Maklum sajalah solat Eid setengah jam selepas syuruk saja.

Tuesday, September 22, 2009

Dari Jauh Ku Pohonkan Ampun Maaf

Yang paling gumbira di hari raya patutnya ialah kanak-kanak ...

... sampai sepah habis sahn Masjid Al-Azhar.

Sunday, September 20, 2009

Satu Hari Di Hari Raya


(Sila menyanyi mengikut melodi nyanyian M. Nasir)

Satu hari di hari raya
Dua hari di hari raya
Tiga hari di hari raya
Empat hari di hari raya
Lima hari di hari raya

(terus terjun ke chorus)
Enam hari di hari raya
Tujuh hari di hari raya
Lapan hari di hari raya
Semilan hari~

Seploh hari di hari raya
Seblas hari di hari raya
Doblas hari di hari raya
Tiga belas hari~

Pat belas hari di hari raya
Lima belas hari~

Namblas hari di hari raya
Tujuh belas hari di hari raya
Lapan belas hari di hari raya
Semilan belas hari di hari raya
Doploh hari di hari raya

Doploh satu hari di hari raya
Dopluh dua hari di hari raya
Doploh tiga hari di hari raya
Doploh empat~

(buang chorus kedua)
Doploh lima hari di hari raya
Doploh enam hari~

Doploh tujuh hari di hari raya
Doploh lapan hari di hari raya
Doploh semilan hari di hari raya
Tiga puluh hari di hari raya

Tiga puloh hari di hari raya~
Tigo puloh hari di hari raya~
Aaaa~

-lirik oleh M. Basir-

Saturday, September 19, 2009

Musafir di Aidilfitri




Malam-malam raya begini, layan klip macam ni sajalah ...

Thursday, September 17, 2009

Beli Fitrah

Orang Kelantan tak pernah bayar zakat fitrah. Tapi dia orang membeli fitrah. Tak tahu kenapa istilah itu yang dipakai. Petang-petang lepas asar, tok imam akan datang naik motor Honda Cup, gedek, gedek, gedek, dari rumah ke rumah sambil bawa resit MAIK.

Sudahkah anda membeli fitrah?

Jus Pulut Hitam

Juadah berbuka perantauan ...

Untuk hidangan seorang semangkuk. Masukkan sesudu (SAHAJA!) beras pulut hitam. Masukkan air kosong. Masukkan gula (putih) sebanyak mungkin. Santan tidak diperlukan (atau dilarang sama sekali).

Sekian.

Sunday, September 13, 2009

Ayor Masen

Kami tak nampak apa-apa melainkan ...

...air...

...air...

...dan air.
-Vasco da Gama-

Orang kapal takut kami mengamuk bosan, jadi dia orang panggil kita orang turun dek bawah dan ajar kita orang tarian Yunan.

Budak Jepun dan bapaknya berlayar berdua saja. Anak-beranak Jepun memang bagus. Sepanjang pelayaran baca buku saja. Bapak dia nampak macam Hiroshi Nohara.

Tiba-tiba orang di atas menjerit ...

Anarki di Athina XXXV

Saturday, September 12, 2009

Ini bukan China Town

Tuan-tuan dan puan-puan, serius, ini bukan China Town.

Tahun ini ada trend baru.

(Walaupun orang kata Mesir tak berubah, sebenarnya tiap tahun pun ada saja trend baru muncul, orang yang fashion conscious patut perasan. Kalau tak percaya pada perubahan datanglah tengok stesen metro Sayeda Zainab. Mesir banyak berubah, cuma dalam tambahan-tambahan baru itu mereka tidak membuang barang yang lama-lama. Jadi sangkar roti 'ish yang kita boleh tengok dalam filem Bond 'The Spy Who Loved Me' tahun 70an tu kita boleh tengok lagi sampai sekarang.)

Tahun ini ramai beralih kepada tanglung-tanglung kertas cina. Betapa besarnya pengaruh China pada ekonomi Mesir sekarang (malah dunia, US berhutang trilion dengan PRC).

Boleh jadi sebab jauh lebih murah berbanding fanoos tin tradisional. Lagipun yang banyak memakainya orang-orang bisnes macam Kedai Makan Abdullah Bashandy atau Kedai Kopi Mawardy. Pun, banyak dah rumah-rumah persendirian yang pakai.

Tapi tanglung ni tak ditulis dengan 'Kung hey fat choy' atau 'Xinnian kuaile'. Sebaliknya, ditulis dengan 'Ramadan Kareem' atau 'Kullu 'am wa antum bikhair' dan dihias dengan gambar Masjid Haram dan Kaabah, Masjid Nabi atau kubah batu di Al-Aqsa.

Friday, September 11, 2009

Astaka Iftar

Mengadap Sultan Setambul XX

Di bawah atap astaka bersadur emas inilah, di anjung di hujung istana, tempat Sultan Setambul berbuka puasa sepanjang Ramazan.

Sambil lidah menikmati tamar diraja, mata tuanku menikmati pemandangan negeri jajahan takluk tempat hamba rakyat berlindung. Di depan mata Haliç atau Golden Horn terbentang. Di kiri Masjid Suleymaniye dan di kanan Menara Galata.

Di bawah atap astaka bersadur emas ini juga, di anjung di hujung istana, Sultan Setambul menabur wang emas memberi sedekah untuk isi istana.

Thursday, September 10, 2009

Mazhab Cinta

Berilah pada mereka yang menyekatmu,
Hubungkanlah mereka yang memutuskanmu,
Bantulah/Maafkanlah mereka yang menganiayamu.

Sahah Yaman, 29 Syaaban.

Wednesday, September 09, 2009

Sabil-Kuttab Sultan Mustafa 1759

Sebelum (ketika) islah


Selepas islah

Di Medan Sayeda Zeinab, kalau nak ke Moski atau Attaba atau Abaseyya, palinglah ke sebelah kiri setentang dengan Masjid Sayeda Zeinab di awal Sharia Port Said (sori amb* buku omputih sendiri tulih cenggitu).

Kerja-kerja pemuliharaan (pulih + pelihara) memang perlu tapi kadang-kadang (atau selalunya) menghilangkan rupa bentuk asal yang lebih detail dan delicate serta menghilangkan zouk serta feel sesuatu monumen sebab binaan baru biasanya terlalu mengambil mudah dan minimalis ...

Monday, September 07, 2009

44 Rotan

44 Rotan
(sebuah cerpenterpen (agaknyalah) nostalgia (lagi) sempena malam Nuzul Quran)

Air terbit membuak-buak dari kolam mata. Bertakung dek empangan bulu mata. Mata pun jadi berkaca-kaca.

"Mata dok tang mana?! Hah! Baca tu, muda-muda pun mata tak nampak dah?!"

Mata kau masih bergari tapi jadi rabun dek air mata yang sudah penuh. Kau berkelip. Air mata turun mengalir. Lega. Kau menekurkan muka memandang tajam pada helai-helai kertas kuning kusam itu. Sampai tembus kau pandang.

(Yang ini dua dibawah, tapi yang lepas tu ada yang mati. Ada sabdu di depan kemudian tanda calit. Ada alif lam. Ah! Macam mana nak baca?!)

"Hang dok tunggu apa lagi?!"

Herdikan yang menggegarkan seluruh jiwa ragamu. Air mata memercik lagi dari pundi-pundinya. Kau tak berani mengangkat muka tapi kau curi-curi juga memandang ke dapur mengharap belas mama. Tapi mama menyambung kerja-kerjanya di situ seolah-olah tak ada apa-apa berlaku. Dia nampak tak kisah. Maklumlah wanita besi. Sama ada hati mama memang kering atau mama faham orang tua itu cuma nak mengajarmu.

"Tengok apa kat dapur tu?! Ni tengok depan ni, muqaddam bukan ada di situ! Malam ni lagi hang tak boleh baca lagi tu jangan dok makan!"

Kau masih tersangkut di situ. Kepala otakmu ligat. Terasa macam sudah terbelit tersimpul bagaimana hendak membentuk bunyi bagaimana bacaannya yang patut terhasil. Mulut terkumat-kamit tapi tak ada suara yang berbunyi. Air mata bercucuran lagi. Mengalir seperti sungai sampai ke dagu. Ada yang termasuk ke mulut. Terasa masin kelat. Kemudian menitis di atas kertas kuning kusam sampai basah lencun. Sampai lumat. Sampai nampak tulisan-tulisan di muka-muka belakang.

Orang tua itu sudah mula menyampah.

"Dah, pi lah makan! Aku nak semayang dulu. Satgi mai sambung balik!"

Dengan kaki yang lembik kau jalan lemah-longlai tertunduk-tunduk sambil kau kesat air mata dengan hujung lengan baju melayu. Kau masuk ke dapur. Mama menghulurkan sepinggan nasi goreng. Sepanjang makan badan kau terhinggut-hinggut teresak-esak. Nasib baik tak tersedak. Kau kunyah perlahan-lahan.

Orang tua itu di luar sedang sembahyang. Dia membaca kuat. Surah itu dan ini dan kau masih makan.

"Mai sambung!"

Tengking yang meruntuhkan keyakinan diri dan meranapkan ego. Kau meninggalkan pinggan di dalam sinki sambil memcuci tangan. Mama tidak memandang pun. Sepatah pun tak berkata. Terus menyambung kerja membasuh kain pula. Mama memang pandai main politik. Tak memanjakan kau yang nanti bakal menggagalkan didikan orang tua itu dan tak pula nampak menyokong orang tua itu yang nanti bakal melukakanmu.

"Duduk, baca!"

Kau memerhati lagi. Mengeja. Cuba menyambung satu persatu. Kau sudah dapat sedikit. Tapi takut nak menyebut. Takut salah. Takut kena jerkah. Kau menyebut dalam tekak saja.

"Isy! Dia tak boleh lagi? Tadi tak dengar ka aku baca dalam semayang?!"

(Ah patutlah aku cam surah itu dan ini. Dia memang sengaja baca nak suruh aku dengar. Tapi takkanlah aku boleh tumpu. Aku tengah makan. Aku tengah sedih. Tengah layan lara. Anak yang tak terbela.)

Kau cuba lagi. Memberanikan diri menyebut. Sambil itu kau meghirup segala hingus yang ikut keluar bersama air mata. Atau sebenarnya air mata yang turun ikut lubang hidung. Sroot! Hirup dalam-dalam. Tapi kini, bacaanmu terganggu pula dek badan yang terhinggut-hinggut kerana esakanmu. Suaramu tersekat-sekat macam enjin kereta rosak yang cuba dihidupkan. Dan orang tua itu sudah hilang sabar.

"Eh, eh, eh, budak ni. Ni sebab tak makan 44 rotan lagi la ni. Dah, pi naik ataih!"

Kau menurut perintah tanpa bantah. Melangkah lambat-lambat naik tangga. Di belakangmu sebatang rotan sebesar kelingking memandumu ke atas.

"Buang baju, londeh seluar! Meniarap atas tilam tu!"

Lampu bilik ditutup.

"Amboi, kalau bercakap pandai. Suruh mengaji malaih. Satu! Dua! Tiga! Empat!"

Piap! Piap! Piap! Libas atas belakang.

"Amboih, kalau makan, kalau tidoq tu nak hat sedap-sedap saja.Tiga belas! Pat belas! Lima belas!"

Libas naik ke atas. Zap! Zap! Zap!

Sap! Sap! Sap! Libas turun ke bawah semula.

"Mai aku nak buang setan-setan hat dok buat liat mengaji tu! Empat puluh dua! Empat puluh tiga! Empat puluh empat!"

Lampu dibuka semula.

Orang tua itu turun. Kau menangis tanpa suara. Melayan pedih dan pilu. Orang tua itu naik semula menghulurkan minyak Wan Muda yang mujarab. Kau comorkan pada tubuhmu yang berbirat-birat merah dan biru.

Tammat - 17 Ramadan, 4.53 petang
Ketika orang lain sibuk ke majlis berbuka PERUBATAN

Sunday, September 06, 2009

Pedalo Angsa di Zayandeh


30 Tahun Revolusi Islami XIX

Sebelum pergi Sepahan, Mujiri agha pesan jangan lupa pergi dia punya bath house dekat sana. Tapi bila sampai, kami penuhkan pulak hampir sehari suntuk Jumaat kami dengan rehat secukupnya. Ibadah sirr atau persegaran sel. Mudahnya tidor.

Komunikasi memang masalah. Kami nak jalan sendiri tapi Hasan agha insist nak bawak kami. Pagi tadi dia ambik kami dengan kereta besar tapi sekarang ni kereta kecik pulak. Rupanya dia pinjam kereta orang semata nak bawak kami. Baik sungguh pakcik ni.

Kami plan nak pergi bath house dulu petang tu tapi sebab komunikasi punya pasal kami sampai ke jambatan yang lasung tadak dalam list kami hatta kepala kami pun.

Sepahan direntasi Sungai Zayandeh. Jadi banyaklah jambatan-jambatan lama dan baru, cantik dan buruk macam yang kita tengok sebelum ni. Pol-e Khaju yang terkenal di sisi rakyat tempatan ni pulak sebenarnya memang tempat rakyat marhaen berpiknik petang-petang hujung minggu Jumaat.

Sudah adat, kalau mendalah tu ada depan mata tak kelapor nak naik. Tapi mentang-mentang di tempat orang, terhegeh-hegeh jugak nak naik pedalo angsa ni. Dengan Hasan agha sekali kami angkut walaupun awalnya dia segan tapi kami paksa. Kami belanja.

Aku duet ngan Ayep. Bapaklah letih nak kayuh mendalah ni. Tambah-tambah kalau kau nak main langgar-langgar dan nak kejar pedalo diorang yang berkuasa empat orang. Atas pedalo ni Hasan agha asyik cakap, "Aab bla bla," banyak kali. Dia kata air sungai ni sekarang dah surut tak macam dulu. Aab tu air.