Tuan-tuan dan puan-puan, serius, ini bukan China Town.
Tahun ini ada trend baru.
(Walaupun orang kata Mesir tak berubah, sebenarnya tiap tahun pun ada saja trend baru muncul, orang yang fashion conscious patut perasan. Kalau tak percaya pada perubahan datanglah tengok stesen metro Sayeda Zainab. Mesir banyak berubah, cuma dalam tambahan-tambahan baru itu mereka tidak membuang barang yang lama-lama. Jadi sangkar roti 'ish yang kita boleh tengok dalam filem Bond 'The Spy Who Loved Me' tahun 70an tu kita boleh tengok lagi sampai sekarang.)
Tahun ini ramai beralih kepada tanglung-tanglung kertas cina. Betapa besarnya pengaruh China pada ekonomi Mesir sekarang (malah dunia, US berhutang trilion dengan PRC).
Boleh jadi sebab jauh lebih murah berbanding fanoos tin tradisional. Lagipun yang banyak memakainya orang-orang bisnes macam Kedai Makan Abdullah Bashandy atau Kedai Kopi Mawardy. Pun, banyak dah rumah-rumah persendirian yang pakai.
Tapi tanglung ni tak ditulis dengan 'Kung hey fat choy' atau 'Xinnian kuaile'. Sebaliknya, ditulis dengan 'Ramadan Kareem' atau 'Kullu 'am wa antum bikhair' dan dihias dengan gambar Masjid Haram dan Kaabah, Masjid Nabi atau kubah batu di Al-Aqsa.

3 comments:
pada kakpinat,funnus tin yang lama yg lebih menarik..nyata ciri-ciri arabnya..
zaman berubah kak pinat ...
pandai cina2 tu tulis arab...xda pulak mcm p. ramlee tulis arab ke bawah. haha~
Post a Comment