Thursday, April 29, 2010

Polis Tembak Budak

Tunjuk perasan, demonstrasi, rapat umum merebak ke seluruh negara. Dari Athens sampai Thessaloniki. Sekecil-kecil Pulau Poros pun terlibat sama.

Pada malam 6 Disember 2008, Alexandros Grigoropoulos, 15, ditembak mati oleh polis ketika keluar bersama rakan-rakannya. Ekoran daripada itu, seluruh negara huru-hara. Rakyat rusuh. Bandar-bandar besar hampir lumpuh. Sampai pokok Krismas besar depan parlimen pun kena bakar.

Pada malam 29 April 2010, Amirul Rashid Amzah, 15, ditembak mati oleh polis ketika keluar bersama rakan-rakannya. Sama cuma mereka bernasib baik dan patut bersyukur kerana nama mereka Polis Diraja Malaysia dan bukan Elliniki Astynomia. Bayangkan kalau kita, lemang pun kena bakar. 

Anarki di Athina XLV

Wednesday, April 28, 2010

Sinai Liberation

The Reenactment


Seratoes untok Gaza ...

Sunday, April 25, 2010

Gunbad Nezam-ol-Molk

30 Tahun Revolusi Islami XXIX

Lebih seribu tahun lalu wazir Nizam al-Mulk mengarahkan arkitek Abul Fath membina sebuah kubah di selatan Jameh Masjid atas kehendak Sultan Malik Shah.

Kubah ini terletak di dinding qiblat dan mengandung mihrab yang datang sekarang ialah hasil tinggalan Wangsa Safawiyyah.

Pada zaman pembinaannya, ia adalah kubah yang terbesar seumpamanya dengan 15 meter diameter dan ketinggian 30 meter. Nama pengasasnya tercatat dalam tulisan kufi di sekeliling tapaknya.

Menurut ahli sejarah binaan masjid asal -dengan gaya hypostyle- terletak di bawah bilik kubah ini. Kubah seperti ini menjadi prototaip kepada kubah masjid-masjid Turki Seljuk di Iran. Ardestan, Qazvin dan Zavareh.

Pelik sungguh kenapa tak seorang pun antara kita yang pukul gambar kubah dari bawah.

Thursday, April 22, 2010

Hasil Tangkapan

Sedang melayan 'Lelaki Tua dan Laut' karya Ernest Hemingway.

Sekali itu, Al-Mu'taz Billah Ashraf menjemput aku untuk membarengi sebuah 'book club' di perpustakaan di taman bunga dekat kuliah. Ketika itu buku yang dibincangkan ialah 'The Alchemist' tulisan Paulo Coelho. Padahal buku itu sejak tahun satu tersengih-sengih di depan muka tapi tak lalu nak baca. Maklum sajalah novel Inggeris. Jemputan kedua dibuat ketika kelab mula membincangkan 'The Old Man and the Sea'.

Al-Mu'taz Billah Ashraf gemar membaca novel-novel anti-perang. Antara yang aku perasan ialah 'Jarhead'. Dia pernah pinjamkan aku 'All Quiet on the Western Front'. Juga berasa kecewa dengan novel 'Jungle of Hope' yang aku belikan. Maklumlah waktu itu belum terbit lagi 'The Prau with the Silent Soul'.

Tuesday, April 20, 2010

Bab al-Nasr 1078M


The Gate of Victory
Jalan sedikit ke sebelah timur daripada Bab al-Futuh kalian akan menemukan sebuah lagi pintu Kota Kaherah yang bernama Bab al-Nasr.

Berbeza dengan dua gerbang yang lain, Bab al-Nasr berbentuk petak mengikut senibina Byzantium lantaran jurubinanya diimpot khas dari Edessa yang ketika itu masih di bawah jajahan takluk Byzantium.

Dikatakan, jurubinanya ialah pelarian Kristen dari Edessa dan mencari perlindungan di Kaherah yang lebih bertolak ansur dalam beragama setelah tempat asal mereka diserang oleh Turki Seljuk yang lebih 'syadid'.

Pengubahsuaian tembok dan benteng serta pintu Kota Kaherah di bawah kelolaan Badr al-Gamali ini juga menandakan permulaan peralihan bahan binaan daripada bata lumpur kepada batu pejal.

Di tengah-tengah gerbang di atas pintu masuk tertulis,

بسم الله الرحمن الرحيم
لا اله الا الله وحده لا شريك له
محمد رسول الله على ولى الله


yang menunjukkan pegangan syiah kerajaan Fatimiyyah dan merupakan segelintir tinggalan syiah yang masih kekal di Kaherah.

Pada zaman Napoleon, panjajah Perancis menamakan semula menara pada Bab al-Nasr. Sebelah dinamakan Tour Courbin sebelah lagi dipanggil Tour Julien.

Ketika ia baru siap dibina pun, pada asalnya ia dinamakan Bab al-'Izz tetapi rakyat jelata lebih selesa dengan nama pintu asal di situ yang dibina oleh Gawhar al-Siqili dan ia lekat sampai hari ini.

Ketiga-tiga pintu kota ini ialah contoh terbaik senibina pertahanan Islam sebelum perang Salib. Pun begitu, pintu kota yang dibina dengan tujuan mempertahankan Kaherah dari serangan Turki Seljuk ini tidak pernah teruji.

Sunday, April 18, 2010

The Good Old Days


Lina yang riang-ria. Patut dah tamat induksi.
Kak Niah dah mula posting paeds.
Faaiq belum dengar khabar anaknya lagi. Patut dah nak keluar.

Mede pun pandai merenung masa depan jugak.
Sekarang kat Hospital Kelang.

Kak Leli baru lepas temuduga.
Daing macamnya ada pelan mega, tengah stand by.
Zawil ... agaknya belum habis bulan madu~

Idil bermujahadah tinggi tinggalkan istri. Umpama baru menjawab akad lalu menengar seruan jihad. Belum hadir temuduga lantaran baru pulang dari Indo melawat adik-adik di Zaytun.

Iqbal 'wonder of the world' macam biasa handle majlis.
Asalnya dapat Hospital Selayang kemudian mintak tukar dan berjaya dapat Hospital Putrajaya yang lebih dekat supaya dapat menjaga ibu tercinta.

Aku mintak Asma lentuk kat bahu Sazwan dan Sazwan lentuk kat kepala Asma. Asma spoting tapi Sazwan segan. Maklum kata pepatah, berdiri tak sama tinggi, duduk tak sama rendah. Bak kata pepatah orang tua-tua lama, sayang suami tinggal-tinggalkan.
Kak Asma rakan seperwehdahan sepanjang di Mesir. Banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar di samping menjemput dan menunjuk jalan ke tempat exam. Pun, baru selesai temuduga agaknya.

Izwan rakan sepermainan dan sepergelakketawabesaran dengan segala pangkat dan darjah kebesaran tersemat di dada. Sudah usai temuduga Selasa lalu.

Dzul dapat sekali dengan Kak Niah di Hospital Serdang.
Haikal tengah tunggu panggilan induksi.


Dan yang ini, masih berlegar-legar di sini macam roh orang yang tak bayar hutang berlegar-legar antara langit dengan bumi. Tak tahu kepala ekor.

Tinggallah kita bertiga saja kat sini kan Suib, Sazwan, uhuk,uhuk ...

Thursday, April 15, 2010

Mısır Çarşısı

Mengadap Sultan Setambul XXIX

Aneka jenis dedak ternakan yang kaya dengan vitamin.

Bunga hijau memang pelik.

Anekan jenis kacang, legum, kekeras serta bijian.

Bunga biru pun pelik juga.

Kulit kerangan beraneka yang tak tahu apa tujuan diniaga.

Tapi pokok-pokok macam ini takut berbunga di kedai saja.

Atau Bazar Mesir lebih terkenal dengan Bazar Rempah. Lekat dengan nama Bazar Mesir bukan sebab ramai saudagar dari Mesir tapi sebab rempah biasanya diimpot melalui Mesir. Kami buat cubaan nak masuk rupanya hari minggu memang tutup. Jadi merayau saja di kedai-kedai keliling yang menjual produk asas tani.

Tuesday, April 13, 2010

Pesta Buku Musim Bunga

Asle tengah baca buku pasal primadona lagenda Mesir Umm Kulthum.

Pergilah beramai-ramai. Tak ada buku medik di sini melainkan kalau mau menambah ilmu-ilmu luar. Waimma sejarah, budaya, sastera. Paling bagus ialah kitab-kitab yang menumpukan Mesir dan Kairo serta sekitarnya. Harganya tinggi-tinggi juga tapi ada potongan 20 atau 30 atau sampai 60 persen. Tempatnya bagus, kitabnya cantik, my favourite spot.

Tuesday, April 06, 2010

Pulau Poros


Adakah asal-usul nama Pulau Poros ialah kerana tanah-tanihnya poros? Tak siapa pun ambil peduli.

Apa yang pasti, sarekat liburan memang pintar dalam perencanaan. Sengaja memberi makan tengah hari saat meninggalkan Pulau Hydra. Usai makan, Pulau Poros sudah kelihatan. Perjalanan langsung terasa singkat. Ketika mudik ke Pulau Poros, angin deras.

Pulau Poros terdiri daripada dua buah pulau. Satu selatan dan satu utara yang dihubungi oleh sebuah segenting. Di atas salah satu pulau mengangung sebuah kuil buat Poseidon. Dewa Lautan dengan serampang tiga matanya.

Anarki di Athina XLIV

Sunday, April 04, 2010

Tombo Ati

Kata Sang Rasul bagi tiap penyakit itu (ada) ubatnya.
Ada orang ubatnya dengan selawat, Allahumma solli 'ala Muhammad. Ada orang yang lain pula ubatnya ialah Ya Latif, Ya Latif.

Kata bonda Asle saat ia jatuh terluka,
"Tombo teko loro lungo."

Thursday, April 01, 2010

Mihrab Oljaytu

30 Tahun Revolusi Islami XXVIII

Oljaytu, atau Sultan Muhammad Khodabandeh (man of God) memerintah Iran di bawah panji-panji Mongol Ilkhanat. Lahir sebagai Kristen, baginda pernah memeluk Buddha sebelum kembali kepada Islam bersama kandanya yang ketika itu masih menjadi Khan.

Walaupun telah Islam, baginda masih meneruskan perikatan dengan tentera Salib bagi menentang kemaraan Mamluk Mesir. Pun begitu, perikatan Salib-Mongol walaupun telah berlangsung begitu lama sebelum dan selepas baginda, tidak pernah membuahkan hasil yang besar.

Oljaytu, terasa terasing oleh perbalahan antara mazhab Hanafi dan Shafie akhirnya berpaling kepada mazhab Syiah setelah meyakini ia adalah versi Islam yang sebenar.