Saturday, June 26, 2010

Dolmabahçe Sarayı

Mengadap Sultan Setambul XXXIII

Kami tak masuk Dolmabache. Sampai sana (esoknya) dah maghrib, dah lewat, dah sejuk, dah penat, dah malas.

Dolmabache (taman berisi), istana terakhir dan terbesar kerajaan Osmaniyyah. Diperintah bina oleh Sultan Abdulmecid I sepadan dengan Tanzimat (reformasi) yang dibawa beliau iaitu pemodenan Empayar Osmaniyyah.

Dolmabache menelan belanja sebanyak lima juta keping wang emas. Kalau istana Topkapi dahulu banyak dihiasi dengan keping-keping jubin dari Iznik, istana baru ini banyak dihiasi dengan kristal dan saduran emas.

Sesuai dengan Tanzimat, Dolmabache ialah istana pertama seumpamanya dibina dengan gaya barat. Dengan gabungan tiga jenis senibina iaitu Baroque, Rococo dan sedikit Neoclassical. Apa itu gaya Baroque dan Rococo? Bayangkan sebuah bangunan yang dihiasi dengan icing dan renda-renda.

Pada zaman Sultan Abdulhamid II (yang orang-orang berjuang kenal sangat tu), baginda berpindah semula ke Istana Yildiz dari sini kerana takut terdedah kepada serangan laut. Setelah Atarturk merampas istana ini, beliau mati di dalamnya dan semua jam dimatikan pada waktu matinya iaitu 9.05 pagi.

Kawasan istana terlalu luas sampai saya konfius mana satu Dolmabache. Sebahagiannya dah bertukar menjadi hotel lima bintang. Yang akhir itu ialah Masjid Dolmabache.

Friday, June 25, 2010

Nour

Masa kecik dalam perjalanan balik kampung, saya pernah argue dengan mak bapak saya tentang cahaya matahari. Saya kata cahaya matahari warna kuning. Cepat saja bapak saya membetulkan takut anaknya menyimpang. Dengan penuh saintifik pulak tu. Katanya cahaya matahari tak ada warna. Tapi hasil gabungan tujuh warna. Mak saya pun sokong. Tapi sampai hari ini mata saya masih nampak cahaya matahari warna kuning.

Gambar ini dipukul oleh Iqbalmunawir. Hebat kan? Apa-apa saja kalau diberi dalam tangan Iqbal semuanya menjadi.

Oh, di mana cahaya?

Thursday, June 24, 2010

Di Celah Rumah Orang

Sekejap sangat masa yang dihabiskan di Poros. Naik bukit. Tengok menara jam. Turun bukit. Pusing-pusing di celah-celah rumah orang. Kapal pun tiupkan semboyan. Sudah mahu berangkat.

Anarki di Athina XLVIII

Wednesday, June 23, 2010

Bertemu Ketika

Bertemu ketika ialah istilah yang dipakai di Kelantan bagi menunjukkan sela masa atau jarak waktu. Iaitu pada hari yang sama minggu depan. Contoh ayat, "Ttemu ttiko doh ko?" Misalnya, hari ini hari Rabu dan Rabu minggu depan adalah atau sudah bertemu ketika dan ketika itu kita (aku) akan bertempur dalam satu peperangan yang maha dahsyat. Sampai bertemu ketika lagi pun belum selesai ...

Tuesday, June 22, 2010

Mozek, Jubin dan Cetak Timbul

30 Tahun Revolusi Islami XXXII

Hiasan pada muqarnas.

Hiasan pada dinding iwan.

Masih wujud hiasan cetak timbul (relief) daripada stucco yang lebih primitif tapi popular di Mesir.

Hiasan mozek dan jubin pada Jameh Masjid di Isfahan ini banyaknya datang dari era Safavid (1600an). Corak dan warna kesukaan Parsi memang jelas berbeza dengan jubin Turki. Lagipun Parsi lebih suka kepada kepingan mozek kecil berbanding jubin saiz standard dari Turki.

Monday, June 21, 2010

Hari Abah Selamatlah

Orang-orang kampung di Kelantan memanggilnya Che' walaupun orang yang lebih hilir (urban) memanggil mak mereka Che'. Tapi yang biasa orang memanggilnya Ayah. Kalau moden sikit akan dipanggil Abah. Kalau orang yang klasik tapi cenderung barat memanggilnya Papa. Kalau moden sikit Daddy. Belah Southern mereka memanggilnya Pops. Kalau terkesan dengan Mesir akan memanggil Baba. Orang Jawa memanggilnya Bapak. Kalau yang Islamik memanggilnya Abi. Tapi Maszlee Malik dipanggil Abati. Paling pelik ada yang memanggilnya Walid.

Tuesday, June 15, 2010

Hero Ain Jalut

Dalam usrah dan jilsah yang biasa kita duduki, biasa kita mendengar orang menyebut nama Sultan Saifuddin Qutuz sebagai salah seorang hero Islam. Ada seorang lagi hero yang selalu dilupakan bila membincangkan pertempuran Ain Jalut iaitu Baibars.

Namanya ialah al-Malik al-Zahir Ruknuddin Baibars al-Bunduqdari Abu al-Futuh atau Baibars the Crossbowman. Bertubuh besar, berkulit putih dan ada selaput pada salah satu matanya yang kebiruan.

Baibars yang sebelum ini menjadi hero dalam Perang Salib Ketujuh menjadi dijemput menjadi second-in-command selepas Sultan Qutuz.

Dalam pertempuran Ain Jalut, tentera Mamluk mengenakan strategi Monggol ke atas mereka sendiri iaitu dengan mengumpan musuh ke dalam 'bottleneck'. Baibars dengan beraninya mengetuai kumpulan kecil yang menjadi umpan dengan menggunakan taktik gerila -langgar lari.

Selepas kemenangan di Ain Jalut, Baibars dijulang sebagai hero Islam dan sebuah hikayat iaitu al-Sirah al-Zahiriyyah atau Sirat al-Zahir Baibars ditulis menceritakan kisah hidup dan keperwiraannya.

Baibars tidak berhenti di situ saja, bahkan setelah menghapuskan ancaman Monggol beliau terus menumpukan untuk membebaskan Sham daripada tentera Salib dan berhasil merampas kembali beberapa buah wilayah.

Baibars dianggap sebagai pengasas kepada kesultanan Mamluk. Bahkan beliau juga cuba menghidupkan kembali Khilafah Abbasiyyah di Kaherah setelah ia runtuh di Baghdad.

Saturday, June 05, 2010

Wednesday, June 02, 2010

Bangunan Umno Turki

Mengadap Sultan Setambul XXXII

Antara bangunan yang mula-mula sekali jumpa di tebing sebelah Eropah. Sekali pandang mcm logo Umno, tapi agaknya bangunan persatuan nelayan dan perikanan tak pun persatuan kelasi dan pelaut.

Masa kami di Turki, dunia Islam mencanangkan Recep Tayyip Erdogan sebagai hero kerana lantang terhadap Shimon Peres dan berjalan keluar dari Forum Ekonomi Dunia. Hari ini sekali lagi beliau lantang dalam parlimen setelah Flotilla Kemanan Gaza diserang dengan mengatakan Israel jangan menguji kesabaran Turki.

Turki sekarang adalah sebuah regional power di Timur tengah dan diramalkan orang (oleh Harun Yahya sebenarnya) bakal menjadi salah satu superpower pada masa akan datang selain EU, Russia, China, India dan Brazil. Menurut ramalan itu ia bakal menjadi ketua dalam kesatuan negara-negara Islam berbangsa Turki seperti Kazakhstan, Azerbajian, Turkestan.

"Turkey possesses a perspective and power, a mission inherited from the Ottoman Empire, that will put an end to such negativities in the region as anarchy, disorder, hunger, poverty, fear and oppression. A state that ran a world empire will again shape the world in the years to come.”

Ya, marilah kita pun menuju kepada nur itu yang terbit dari balik gunung-ganang Isparta dan bakal menerangi (illuminate) kembali kota Istanbul ...