I wish I had a camera!
Begitulah getus hati - Cannon A330 sudah gering paparan LCDnya, Olympus sudah kemalangan jatuh gaung di semenanjung Sinai dan Sony CyberShot DSC-P10 baterinya sudah bobrok saat di medan peperangan Mu'tah tanpa ada pengganti sampai hari ini. Di depan mata terbentang dua pemandangan yang harus dirakam.
Mata pelajaran ComMed menuntut ziarah-ziarah ke hospital dijalankan. Hari itu giliran El-Mostashfa El-Hommiyyet El-'Abbasia (Abbasia Fever Hospital). Kerana berada dalam lingkungan Liga Para Pemalas maka seperti yang diuar-uarkan dalam tulisan terdahulu, kerinan. Lagi. Hospital tua berusia 114 tahun itu 'tenang' walaupun berada mampir dengan Jalan Emtidad Ramsis. Hospital Demam sedikit tersorok ke dalam.
Bagai berada di alam lain. Saat melangkah ke dalam terasa seram. Hospital ini sepatutnya bukan demam tetapi mati. Tiada langsung kelihatan pelawat keluar masuk. Kakitangan pun jarang. Jalan utama dalam hospital lengang. Kenderaan dilarang masuk. Bangunan satu-satu jauh-jauh. Kekal dalam binaan kolonial. Bagai pondok polis Bukit Kepong zaman komunis bermaharajalela dulu. Seperti di kuaters lama kerajaan pun ada. Tambah angker dengan pohon-pohon Petai Belalang yang besar dan sudah kering menanti ajal. Sedang menunggu-nunggu itu dia datang. Menghembus kencang.
Ziarah bermula. Padah kerinan, jabatan meningitis ketinggalan. Mula di jabatan HIV. Seorang gadis dihidap jangkitan oportunistik pada paru-paru. Ada kata-kata doktor yang bagai halilintar memangkah tepat. Gayyid? Ma yanfa'ash fee tibb. Kemudian ke jabatan kulit. Seorang nenek dihidap erisipelas. Betisnya yang penuh berlepuh merah minta dipamerkan.
Saat perenggan ini ditulis Kairo hujan pula. Ada guruh lagi!
Aku dan El-Moataz Billah Ashraf.
"Tempat ini seperti muzium. Kami tidak ada tempat seperti ini (hospital demam) di Malaysia."
"Masya Allah. Tempat kamu tiada penyakit berjangkit?! Masya Allah. Saya macam tidak percaya."
"Penyakit berjangkit memang ada, tetapi tiada hospital khas seperti ini."
"Berapa populasi kamu?"
"20 juta?"
"Kami punya 60 hingga 70 juta. Tentulah kami berhajat tempat seperti ini."
Pulang semula ke bilik taklimat. Dia menghembus hempas dengan membawa habuk, kebuk, debu, pasir dari selatan. Papan-papan petai belalang yang kering berlanggaran sesama. Sekali-sekala seperti deru ombak lagak bunyinya. Sedang doktor menerangkan, tiba-tiba berhenti. Ada sesiapa ada asthma? Semua ketawa. Barang-barang entah apa-apa sampah yang ditiup berlanggaran serupa bunyi mercun senapang pula. Debu dan pasir mampir, habuk dan kebuk bangkit, serta hari pun menjadi kuning.
Ziarah pun selesai. Pulang. Dia menghembus lagi dengan tiupan yang menyesakkan. Lemas. Lubang-lubang hidung menjadi ketat. Penuh berisi. Pada hari ini, bergunalah bulu-bulu mata Arab yang panjang lentik yang dicemburui kaum yang lemah-lembut. Lembik lonyai. El-hawa' dee sammu ha el-khammasa. Begitulah terang El-Moataz Billah Ashraf. Di dalam teksi, menara Masjid Nur penuh izzah tinggi melangit nampak berbalam-balam cuma.
Anak tangga stesen Metro menakung pasir. Wiper kereta di tepi jalan menakung pasir. Baju kesat berpasir. Rambut jadi keras. Ketika itu, jika menjilat bibir bakal tergigit pasir. Kata Mat, hari ini Kairo berwarna emas. Kata aku, dan Benson and Hedges tidak perlu menunggu waktu senja atau syuruk untuk membuat iklan. Bisa buat sepanjang hari.
And the day is yellow still...
Tahun kelmarin lebih hebat. Bahangnya lebih hangat. Hari-hari itu bukan perang. Bukan kuning. Juga bukan emas. Jingga!
* * *
Hospital Demam ialah hospital rujukan di mana tempat ia berada. Pesakit berjangkit akan dirujuk ke hospital-hospital ini yang terletak di kawasan-kawasan berbeda seluruh Mesir. Abbasia Fever Hospital ialah yang utama, terbesar dan tertua. Dibangunkan pada 1893 ia menjadi rujukan hospital demam di Mesir dengan kapasiti 832 katil.
Khamaseen ialah taufan yang biasa melanda Mesir dan Sudan dalam akhir bulan Mac dan awal bulan April. Dimulai dengan cuaca yang panas membahang kemudian menjadi ribut pasir. Menutur Kalendar Ribut orang-orang Turki, Khamaseen ialah ribut yang melanda selama tiga hari dan dijangka berlaku pada satu Februari. Ia adalah angin selatan atau tenggara yang kencang, panas dan berdebu yang melanggar kawasan Afrika Utara, Semenanjung Tanah Arab dan Dataran Syam sekali-sekala bermula akhir musim dingin hingga akhir musim bunga.
Rujukan:

- Wikipedia
- Buku Amali Perubatan Komuniti
- Pengalaman peribadi
1 comment:
beralih ke DSLR!!
Post a Comment