Thursday, December 23, 2010

Kuleli Askeri Lisesi


Mengadap Sultan Setambul XXX
VII

Maktab Tentera Uthmaniyyah

Caranya mudah saja. Petiklah punat kamera. Tangkap, pukul dan ambil apa saja. Apa benda belakang kira. Begitulah halnya dengan bangunan agam di tebing Selat Istanbul -orang Turki panggil Bosforus macam ni. Bangunan besar, nampak klasik, sikit-sikit nampak macam Hogwart kot? Bila balik barulah tau bangunan apa.

Bangunan yang lebih dikenali sebagai Berek Kuleli ini diasaskan oleh Sultan Abdulmecid I selaras dengan Tanzimat yang dibawa baginda iaitu reformasi dan pemodenan dalam sistem pemerintahan dan ketenteraan Daulah Uthmaniyyah.

Berek Kuleli menyatukan beberapa buah kolej tentera yang sedia ada untuk memudahkan urusan. Tapi dipecah-pecahkan juga akhirnya setelah nyata bila disatukan menyusahkan urusan. Dalam siri-siri peperangan di pengakhiran Daulah Uthmaniyyah -macam Perang Rusia Turki, Perang Balkan dan Perang Dunia Pertama- Berek Kuleli beberapa kali menjadi hospital. Oleh sebab itu, selain menjadi kolej tentera sebahagian daripada Berek Kuleli dijadikan sekolah perubatan tentera.

Datang sekarang, Berek Kuleli masih dipakai oleh Universiti Teknik Istanbul.

War is the only proper school of the surgeon.

-Hippocrates-


3 comments:

MuhammadSidqi said...

Salam Amer Meftah.

Selepas menaip 'mohd mohiyuddin mohd sulaiman' di Google, antara pautannya membawa saya ke sini, dan saya kira kita mempunyai beberapa persamaan, orang Kelate, bekas pelajar Ustaz Mohiyuddin MCIIUM PJ, dan sama-sama bercinta dengan Istanbul.

Saya bercadang untuk melawat Istanbul beberapa bulan mendatang, dan menyaksikan travelog saudara sangat mengujakan.

Mungkin saudara boleh menghubungi saya untuk saya belajar tentang Istanbul daripada saudara.

Salam ziarah, Muhammad Sidqi bin Ab Mala.
annexers [at] gmail-dot-com

Amermeftah said...

Salam Sidqi, saya bukan orang yang pandai mengajar, kecintaan saya pada Setambul pun timbul selepas balik dan mengkaji, kalau Sedara Sidqi nak tau apa-apa boleh tanya

MuhammadSidqi said...

Salam.

Saya bercadang untuk ke Istanbul kurang lebih April 2011, insyaAllah, dan banyak yang perlu saya pelajari tentangnya. Saya ke sana kerana menjejaki sejarah dan tamadun Islam, dan kemungkinan besar akan bertesis sarjana mengenainya.

Adakah saudara tinggal di sana? Saya perlukan kontak untuk ke sana, selain panduan tempat dan perhubungan.

Mungkin saudara boleh add saya di Facebook dengan emel yang sama.

Ikhlas.