Sunday, January 09, 2011

common question of the day

It's common question of the day here, not comment question of the day.

Untuk sesetengah orang, soalan paling kerap ditanya waktu-waktu begini ialah

"Nak ke mana cuti ni?"

Tapi untuk aku, soalan yang paling kerap ditanya ialah
"Bila nak balik?"

Malah soalan ni sudah mengatasi soalan popular sebelum ini iaitu
"Bila exam?"

Ada juga yang jujur, yang kering lurus dan patut diberi salut kerana selepas bertanya bila nak balik mereka tanya

"Ada apa-apa nak tolak?"

Jawapannya ialah, "Adui, sebelum tanya soalan tu, tanyalah dulu, keputusan dah keluar belum? Mestilah tunggu keputusan dulu baru balik. Lainlah orang-orang yang ada anak bini menunggu."

Ada satu budaya di Pantai Timur Semenanjung, bilamana mereka menerima tetamu atau orang dagang yang bertandang atau saudara-mara yang balik kampung. Soalan pertama yang akan ditanya ialah

"Pah bilo nok gi?"

Setengah orang mungkin tersinggung -termasuk bapak aku yang berasal dari Utara Semenanjung- kerana biasanya awal-awal baru berjumpa sudah ditanya soalan itu. Macam nak perhambat.

Menurut mama, orang tanya begitu kerana kadang-kadang mereka mahu tahu berapa lama lagi ada di situ, bolehlah dibuat rencana lebih kurang, ajak makan nasi atau sekali lagi bertemu mata bertandang.

No comments: