Sunday, July 31, 2011

The Wakidi Code


What if I tell you that the changing of the qibla never happened in Masjid Qiblatain?

Adapaun selepas, kisah yang paling masyhur yang sampai ke telinga kita ialah pertukaran kiblat berlaku saat Rasul sedang rukuk dalam rakaat kedua atau ketiga ketika solat Zuhur di Masjid Bani Salimah di perkampungan Bani Ammar bin Auf. Maka datang sekarang masjid itu digelar orang Masjid Qiblatain.

Adapun ini ialah pendapat kedua daripada tiga pendapat dan disokong oleh ulama-ulama yang besar antaranya pengarang Kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani.

Lamun pendapat ini lemah dan tidak layak menjadi hujjah kerana ia direkod tanpa sanad dalam sebuah tabakat -buku sejarah- iaitu Tabakat Ibnu Saad. Malah antara yang merawikannya ialah Waqidi -guru Ibnu Saad- yang diselar oleh Imam Syafie sebagai pendusta.

Perintah pertukaran kiblat sebenarnya berlaku di Masjid Nabi. Bahkan berlaku di luar solat. Ketika hujung waktu Zohor atau ketika baru sahaja masuk waktu Asar. Dan solat Nabi yang pertama dan yang penuh menghadap Masjidil Haram ialah solat Asar.

Pendapat ini disokong juga oleh ulama-ulama besar antaranya pengarang Tafsir Jalalayn, Jalaluddin As-Suyuti.

Adapun, kejadian berpusing ke arah kiblat yang baru ketika sedang solat tetap berlaku. Tetapi di masjid Bani Harithah yang boleh dirujuk dalam sahih bukhari pada hadith bernombor 384 dalam Kitab Shalat. Adapun di Masjid Bani Salimah -Masjid Qiblatain- berlaku juga tetapi pada waktu Subuh yang menurut Imam Suyuti membuahkan kekeliruan ini. Semua ini langsung tidak melibatkan Nabi.

Dan ketika ini para sahabat yang berpusing tidak merasa aneh atau teragak-agak lantaran mereka telah pun bersedia menerima wahyu pertukaran kiblat yang boleh diterangkan jika ada umur lagi hingga Syaaban tahun depan.

Thursday, July 28, 2011

Kebab Lagenda Medan Geish

Ia cukup popular di kalangan mantan-mantan penuntut di Mesir era 70an. Mereka yang baya-baya Dr. Abdul Rashid Dail atau Datuk Dr. Haron Din misalnya. Sejak itu ia menjadi buah mulut mereka. Meniti di bibir mereka dan turun pula pada keturunan dan anak murid masing-masing tentang kehebatannya. Kalau yang punya rezeki untuk menjejak kaki sekali lagi ke tanah hitam Nil ini pasti mencari. Memburu. Inilah dia Abou Gasir, kebab lagenda Midan Geish.

Tahap lagendanya yang tinggi hingga ada khilaf yang mana satu kedai yang asli. Menurut orang tua-tua kami. Abou Gasir ini lebih rajih. Kini Kang Mede Sapar kembali. Menebus hutang ziarah makan di sini. Tapi rugi, aku lupa nak ambil gambar papan tanda kedai. Dalam filem kungfu/wuxia, papan tanda cukup penting. Maruah.

Saturday, July 23, 2011

Oppaaa~!


Oppaaa~! Tapi bukannya 'oppa' macam dalam Bahasa Korea (hangul) tu. Tapi 'oppa' yang ini samalah dengan "Olla~!" Yang selalu disorakkan orang Sepanyol ketika tengok laga lembu. Maka seperti yang diajarkan para penari ni, bila masa seronok orang Sepanyol sorak 'olla' tapi orang Greek sorak 'oppa'.

Dalam pakaian tradisi Yunani yang boleh dilihat di sini, kedua-dua lelaki dan perempuan mengenakan skirt. Malah tentera elit mereka pun -evzones- mengenakan skirt untuk upacara dan istiadat rasmi.

Tika berdansa, skirt lelaki yang kembang lebih sebab singkat. Skirt perempuan lebih labuh lagi sopan. Masa menari pun kesopanan kaum perempuan nampak lebih terjaga bilamana mereka kelihatan hanyalah sebagai supporting actor dalam tarian. Kurang terlonjak, terkinja, terpusing, terputar atau terkembang skirtnya.

Sebagai memeriahkan lagi suasana kononnya, para peserta rombongan ditarik sama ke atas pentas -termasuklah aku dengan I.K. Tan. Tapi kitorang tak cukup cool lalu lari senyap-senyap dari depan waktu penari tu tak sedar. Segan siot. Apa pun perhatikan penari lelaki mengimbangkan lutut di atas gelas kaca kemudian cuba berpusing-pusing.

Seronok benar menari, masing-masing belum tahu lagi di tanah besar apa yang menanti ...

Anarki di Athina LIV

Monday, July 18, 2011

Chill bawah bulan gerhana


Chill
atas sutuh bawah bulan gerhana sambil layyyaaan ais krim ...

Saturday, July 16, 2011

Friday, July 15, 2011

Bersih Perkasa



Jarang-jarang aku uplod video dalam blog ni. Tapi sekali-sekala lagipun ini kolaborasi antara Orang Muar dengan Sifu Gitar Dawud Soliman. Malah, dibuat dalam masa semalaman saja on the eve of BERSIH 2.0. Salut. Aku terbayang betapa machonya kalau aku dapat sarung jersi away Arsenal thn lepas duduk dekat Medan Tahrir main gitar nyanyi lagu budaya pembebasan. Tapi panas lah ...

Wednesday, July 13, 2011

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Islam) Sultan Qaytbay 1479M


Sekolah rendah saya ialah sekolah meayu tertua di Malaya. Mula beroperasi sejak tahun 1886. Tuan-tuan boleh menemukannya di dalam buku teks sejarah tingkatan satu dan lima. Tetapi bagaimana pula rupanya sekolah rendah pada zaman pertengahan atau tepatnya sekitar 1479?

Saya pernah menulis tentang sabil sebelum ini. Pada asalnya sabil dibina secara sendirian. Setelah kedatangan Osmaniyya ke Mesir sabil dikepilkan bersama kuttab iaitu sekolah untuk kanak-kanak belajar membaca, menulis dan menghafaz Quran yang biasanya dibina pada tingkat atasnya. Ini sebagai memenuhi dua tuntutan rahmat Rasul yang mulia; memberi minum kepada yang dahaga dan memberi ilmu kepada yang jahil.

Sabil-Kuttab ini dibina oleh Sultan Qaytbay, sultan yang paling prolifik dalam pembinaan infrastruktur dalam sejarah Kesultanan Mamluk. Pada asalnya baginda hanya membina sabil sahaja manakala kuttab pula dibina pada tahun-tahun 1500-an oleh Osmaniyyah. Ia adalah antara yang pertama dibina secara sendiri tanpa dikepilkan pada masjid sebagaimana lazimnya.

Sepertimana projek-projek di bawah kelolaan baginda, sabil ini dibina dengan hiasan yang mewah sekali. Lihatlah arca pintu masuknya yang dihiasi dengan ablaq dengan warna berselang seli merah, hitam dan putih. Ambang pintunya pula dihiasi dengan batu marmar biru. Di dinding sebelah lagi dihiasi dengan medalion yang terpahat nama 'Sultan Al-Ashraf Abul Nasr Qaytbay'. Di sekelilingnya pula dihiasi dengan ukiran-ukiran relif ayat-ayat suci dari plaster stucco.

Beginilah rupa bentuk sekolah rendah pada zaman hari itu. Pada saya, ia akan membuatkan saya lebih rajin untuk bangun pagi ke sekolah setiap hari.