Sunday, November 15, 2009

Sabil

Sabil atau Sebilj di Sarajevo ialah tempat memberi minum air kepada orang-orang yang lalu-lalang yang dahaga. Berbeza dengan air pancut di Eropah yang aliran airnya bergantung kepada graviti dan akueduk tinggalan Rom, sabil biasanya bergantung kepada tangki bawah tanah yang menakung air hujan atau mata air. Kadang-kala air dialirkan melalui terusan dari tasik atau sungai di pinggir kota atau diangkut dari situ.

Kewujudan sabil ialah salah satu ciri-ciri bandar yang bertamadun selain lambang kepada kamakmuran dan kebajikan. Sabil banyak dibina berhampiran masjid sebagai kemudahan bersuci. Zaman dulu kala, sabil atau air pancut benar-benar berfungsi sebagai sumber air untuk awam. Bila zaman berubah, air pancut hanya tinggal sebagai hiasan.

Sabil boleh muncul dalam banyak rupa. Sampai zaman ini bentuk seringkas ini masih boleh ditemukan.

Pada zaman dulu, sabil dibina dengan binaan yang teliti dan gah seperti ini sebagai menunjukkan kepentingannya selain mempamerkan prihatin dan prestij pemerintah.

Zaman moden, sabil muncul dalam bentuk ini. Dengan sistem penyejuk yang menyamankan tekak pada musim hangat dan masih dihiasi dengan ayat-ayat Tuhan seperti,

"...and their Lord shall make them drink a pure drink."
[76:21]

"...We made from water every living thing."
[21:30]

4 comments:

Muhammad Warouq bin Qamar said...

haha. moyah sabil cooler & bekas zeer tu seperti amat kenal tempatnya. heh. tp tak penah lak nak try minum yg kat zeer tu. orang kate sejuk jugak bile buh air dlm tu.

djambu puadovich said...

sabil zaman skrg tu merujuk kpd prestij jugak ke? ;)

Amermeftah said...

waruk:
so diorang panggil zeer eh, mcm labu sayong kita jugaklah, sejuk ayornya

djambu:
buleh jadi, sebab kalu setgh tempat dia jaga elok, kole pun tak hilang, kalau di syria sabil dia sinki biasa je yg ada tulis kat atas al-fatihah, dgn harapan org yg minum sedekahkan petihah kat org yg buat sabil tu

燒餅油條Little Pig said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社