Monday, November 28, 2005

Hikayat Rambut

Anak muda masa kini (lelaki) gemar benar simpan rambut panjang. Kenapa gerangan simpan? Gerangannya disebabkan iklim. Atau trend. Atau idola. Atau kumpulan dan kultus-kultus. Atau cara mengekspresi diri. Atau tekanan jiwa. Atau prinsip. Apa pun tujuan, pastikan ia tujuan yg benar karena rambut yg panjang itu ada tujuan yg lebih agung lagi suci. Pun begitu, kedapatan anak muda masa kini memendekkan rambut mrk dgn mata mesin saiz no. satu, dua tiga atau sekurang-kurangnya empat dgn tujuan tertentu.

Aku juga pernah menyimpan panjang. Panjang berbuai-buai ditiup angin. Barangkali simpan lagi tahun ini. Kalau najah tahun depan barangkali tidak boleh lagi. Rambut aku paling panjang ialah pada thn pengajian lepas. Kawan-kawan dekat gathering Melawi semua ingat aku perempuan. Menyimpan panjang bagi lelaki adalah taboo bagi bangsa Mesir. Pun begitu, dgn kemasukan budaya barat, semakin ramai anak muda menyimpan panjang dgn tujuan yg salah. Yang menyimpan dgn niat agung lagi suci, ada juga.

Hikayat satu.

Budak kecik : Kenapa kau simpan rambut panjang?
Aku : Saja
Budak kecik : Tapi kenapa?
Aku : Ada masalah ke?
Budak kecik : Kau tak tahu ke, kalau menyerupai perempuan nanti masuk neraka.
Aku : Wah!(dalam hati terharu)

Beberapa hari lepas tu.

Budak kecik : Ke kau simpan rambut panjang sebab ikut sunnah?
Aku : Wah!(lagi dalam hati sambil terharu)

Hikayat dua

Sheikh Khalid bertandang ke rumah kawan bersama kawannya. Sembang-sembang-sembang, masuk bab rambut.

Kawan Sheikh cakap : Nabi pun simpan panjang sekerat bahu, tapi kalau simpan ikut sunnah, kena pakai serban. Kalau simpan saja buat apa. (sambil buat gaya mcm iklan syampu geleng-geleng kepala)
Sheikh Khalid pun : Ya Akmal, hehehe (sambil tersengih kambing)
Aku : Hehe (tersengih kerang busuk)

Tapi diorang akui, rambut org Asia memang cantik.

Hikayat tiga

Ada satu kali, posmen tu tanya kau pakai rambut palsu ke?
Ada satu kali tu pakcik bawwab sound aku dgn alasan rambut panjang utk pompuan jek.
Ada dua tiga kali, member kuliah puji, helwa awi, kuwaiyis awi, very nice.
Banyak kali, mata-mata memandang. Alah, kalau rambut pendek pun mata memandang jugak.

Saturday, November 26, 2005

Ishrab Bi Yameenik Leih?

Israh bi yameenik leih?
3alashan sunnati rasulillah.

Kenapa minumlah dgn kananmu?
Kerana sunnah rasullah.

Kenapa aku namakan benda ni Ishrab Bi Yameenik? Begitu lama aku berfikir sampai kejang otak utk nama benda ni. Berapa byk blog-blog org yg hebat-hebat aku buka utk dijadikan contoh dan sebagai pencetus ilham. Juga telah aku rujuk dua org sifu blogku. Inilah asalnya nama benda alah ini.

Akh Khalid telah dtg menziarahi kami. Seperti biasa, kami menghidangkan keropok. Satu-satunya makanan Malaysia yg mudah yg boleh kami kenalkan dan banggakan. Bangsa Mesir sgt pelik memikirkan bagaimana ikan boleh dipenyekkan sehingga jadi begitu.

Sudah byk kunyah keropok, dahaga. Aku yg kidal ini mencapai gelas dgn tangan kiri lantas meminum dgn lahapnya. Dgn spontan, akh Khalid menegur dgn terang nyata dan jelas,"Akmal, israb bi yameenik."

Teringat Mohiyuddin. Right hand, please.
Begitulah adanya.

Wednesday, November 23, 2005

البقاء لله

Gempar. Hari itu hari gempar. Kejut. Hari itu hari mengejutkan.

21 Nov.

Ah. Doktor tua sudah kembali. Lab berjalan begitu pantas sekali. Malas nak mengintai slaid, terus lari balik. Sampai. Rileks dulu-lah. Mengadap komputer. Mengadap berejam-rejam. Asar. Mengadap lagi. Tiba-tiba Da'i datang. Lama tak jumpa. Tepuk-tepuk bahu. Kemudian Getong muncul, Arip muncul. Semuanya serius, Da'i pandai cover. Razek meninggal. Terpacul dari mulut salah seorg. Diabetic coma. Mengucap. Mengucap. Istighfar. Mengucap. Mengucap. Istighfar. Rasa seram sejuk. Mereka menepuk bahu. Mata merah berkaca. Aku balas tepuk bahu. Mereka lebih berhak.

Senang-senang macam tu saja Tuhan nak ambik. Kata seorang.

Harap ini dapat mengegarkan hati budak-budak tibb. Kata seorang lagi.

Baru saja main bertepuk-tepuk main gurau-gurau. Kata yang lain pula.

Sedih. Pemergiannya sedih. Bersungkawa. Belasungkawa.

Al-Baqa' Lillah

Pada 21 Nov lalu, seorg sahabat seperjuangan, Mohd Radzi Asmawi telah selamat pulang bertemu Tuhan. Sama-samalah kita menyedekahkan al-fatihah utknya dan doakan agar Tuhan ampunkan dosanya dan merahmatinya. Perginya seorang pujangga. Orangnya banyak diam. Tak byk dosa. Sesungguhnya, tak sempat aku mengenalinya. Terkilan.

Perginya seorg pujangga.

Dua tiga hari sebelum 21 Nov. Razek sakit. Razek sakit. Razek sakit. Dah lama aku dgr. Agaknya demam biasa. Razek sudah lemah badan. Tiga hari tak makan. Tiga hari tak bangun. Satu malam pergi hospital. Ingat kena tahan, tapi balik pula. Doktor kasi ubat utk GIT shj. Esoknya Razek makin berat. Sedar tak sedar. Sedar tak sedar. Usung ke hospital. Hari ini, jenazahnya akan diterbangkan pulang ke tanah air...

Bukan ambil kesempatan utk memenuhi dada blog. Tapi agar ramai yg doakannya. Dan agar dapat menggegarkan hati-hati.

Al-Fatihah.

Monday, November 21, 2005

Stories from Mohiyuddin

The stingy and the miser.

There was a village. In that village, there was a well-known miser. In another village, there was a stingy who is also the most miserly person in his village. Both of them always competing each other to find out who is the most miserly of them both.

One day, the stingy wanted to challange who is more miserly betweem them. He met the miser and told him that he wanted to give him a cow. The stingy however, knew that this was just a trick because the miser is the most miserly person in the other village. When the stingy went to the miser's house, the miser was not there. Only his son was home. The stingy told the miser's son that he wanted to give him a cow. So, he took a basket that he brought with him, took out a picture of a cow and gave it to the miser's son. The miser's son was a bright boy. He knew that this must be one of his father's competition. He told the stingy that he will give him oranges in return. He went inside and brought a sack. From that sack he took the oranges one by one and put it inside the stingy's basket. However, the oranges were just invisible oranges. The miser's son pretend to take oranges from the sack by cupping his hand. The stingy smiled and thought that the miser had teach his son very well. He went home feeling defeated.

When the miser returned home, his son told him about the stingy's visit. The miser was very angry. "You shouldn't gave him like that, give him like this!" the miser said while cupping his hand much smaller than his son's.

Saturday, November 19, 2005

Mereka yang meminta

Lepas habis lab, terus lari ke masjid. Lepas salat, ada pakcik tegur. Anak doktor di sini? Takdelah, mengaji lagi. Anak pakcik sakit, tengah kena bedah kat sini. Pakcik perlu enam genih setengah, boleh mintak? Tak apa. Esok pakcik bayar balik kamu kat sini. Aku sedikit blur, walau benda ni selalu jadi. Nak kasi tidak. Hati keras aku kata tidak. Hati lembut? Diam. Sebab bahagian tu dah lama hilang. Bukan tak nak kasi, cuma orang meminta tak akan letak harga. Lainlah kalau dia tak ada tambang balik dan harga tambang balik dia sekian dan sekian tak apalah. Lagipun seorang pakcik. Bukan gender bias, tapi tahulah lelaki, aku pun lelaki. Kengkadang bukan buat beli makan, beli asap. Tapi aku bukan lelaki jenis asap.

Akirnya bagilah jugak. Tapi gila tak iklas. Bagi utk get rid of the pakcik. Kalau tinggal terus melampau pulak. Silap aku. Aku tak pernah pakai dompet selama duduk di sini. Jadi duit besar kecik merata mana-mana poket. Seluk poket belakang. Ada duit besar kecik. Cuba sedaya upaya elak pakcik nampak. Duit besar tu lah. Tapi agaknya pakcik nampak. Tiba-tiba pakcik kata. Bukan, bukan, sebenanya 46 genih. Aik, terus dah naik harga. Aku rasa pelik apatah lagi hangin. Member sendiri pun jarang gila kasi hutang bebyk. Ini pulak stranger. Apa ni? Aku kata. Tadi enam genih setengah, ni dah 46. Apa ni? Dia terus turunkan harga balik. Takpalah enam genih setengah. Duit aku kebykannya besar. Aku cabut saja yg segenih-segenih tu. Ada la dua genih kot. Terus bagi. Lari. Tak berpaling lagi.

Zaman sekarang susah nak buat baik. Atau aku sendiri yang menyusahkannya. Orang sekarang susah nak dipercaya. Kengkadang betul susah, kengkadang opportunist. Aku terfikir jugak, manalah tahu pakcik tu malaikat Tuhan yang Tuhan hantar untuk menguji. Tapi siapalah aku untuk Tuhan hantar malaikat menguji. Tuhan hantar menasia pun aku kecundang. Apatah lagi dengan setan dan diri sendiri. Awal-awal aku alah. Esok aku salat lagi di masjid yang sama. Tapi lewat sedikit. Pakcik tu tak kelihatan. Halal saja. Dua genih. Kesian juga.

Katanya Ibnu 3atho'illah As-Sakandari dalam Al-Hikamnya, menangguh satu amalan baik sehingga tiba satu peluang yang lebih baik ialah tanda kebodohan.

Firman Allah mafhumnya, Kata-kata yang baik lebik baik dari sedekah yang diikuti dengan menyakiti(menyakiti hati orang yang meminta). Wahai org2 yang beriman, jgn kamu membatalkan sedekah-sedekah kamu dengan ungkitan dan kata-kata yang menyakitkan.

Saturday, November 12, 2005

Stories from Mohiyuddin

A king, a cook and a duck curry.

There was a king who loves to eat duck curry. He ordered his cook to make some. When the dish was prepared, the cook tasted it. While tasting it, the cook did not noticed thet he ate the duck's leg which is the king's favourite.

When the king was eating the curry, he sitrred the curry and found only one duck leg in the curry. The king was angry and call foward the cook. "Where's the other leg?"asked the king. The cook replied,"Your Highness, actually I caught a duck that have only one leg. The king asked again," Where was that?" "By the lake near the palace, Your Majesty. "Are you sure?" the king asked doubtfully. With confidence, the cook said,"If you don't believe me, I'll show you." And so they went to the lake.

When they arrived at the lake, they saw that all ducks had only one lake. "See my lord, I told you these ducks only have one leg," said the cook. But the king thought that something was not right. Actually, the ducks were sun bathing and it is common for them to raise one of their leg. So, the king went near the ducks and began clapping his hands loudly. The ducks got suprised and ran away. "See, all of them have two legs,"said the king. The cook replied,"Oh, now its not my fault anymore. Why don't you clap your hand when you eat the curry?"

Tukang air

Ditaklifkan membuat air. Jadi mengajak Idil jadi pembantu. Walaupun ada benda yang tak setuju angin dengan Idil, tapi mudah berkira-kira. Nak buat setroberi susu atau syai? Setroberi susu leceh. Kena beli susu, air batu. Syai leceh. Kena beli serbuk, masak air. Kerana nyawa orang, buat syai. Maka motto hari itu 'Syai Gai'.

Dekat Jumaat orang mandi. Air tak ada. Ulang-alik naik turun dari bawah sampai sutuh angkut air. Masak. Kami beli lima kotak syai el-3arousa. Setengah kotak pun sebelanga air dah nak jadi kopi. Min fadhlillah, syai kaw mengikut kata Dan Di. Tapi, tuan rumah jugak terpaksa habiskan semua.

Stay sampai malam. Tolong-tolong cuci apa yang patut. Angkut-angkut. Baru tahu sendiri sangat fragile. Sakit pinggang lenguh bahu. Malam sikit. Tahniah, jamuan berjaya. Tahun depan boleh buat lagi.

Syai ialah teh
Gai ialah datang
Syai el-3arousa ialah jenama teh paling ghalib di sini
3arousa ialah pengantin
Sutuh ialah bumbung bangunan

Wednesday, November 09, 2005

Bocah haloi

Seperti yang diikrarkan...

Bocah haloi ialah istilah yang terhasil daripada gabungan dua perkataan dari dua bahasa berlainan.

Bocah ialah budak dalam bahasa Jawa.
Haloi ialah kecil dalam bahasa Banjar.

Bocah + haloi = budak kecil = kohai.

Kohai ialah junior dalam bahasa Jepun.

Tuesday, November 08, 2005

Mel udara timur jauh

Hari ini aku terima sekeping kad dari timur jauh. Yamg mana setemnya cuma sekeping pelekat. Kad yang memang dinanti-nantikan. Rupanya macam kad jemputan perkahwinan. Dua tahun berturut-turut. Terima kasih diucapkan. Ingatan kamu tak akan kami lupakan. Terutama usaha gigih kamu mencetak ucap selamat di atas kad ucapan tempatan dan ucapan spesifik kamu yang ringkas tapi mengharukan. Mudah-mudahan perutusan aku sampai di tanganmu dengan selamat.

Cantik betul kad tu. Nanti aku gantung tayang...

Sunday, November 06, 2005

Hari pertama bukan hari-hari yg biasa

Subuh.

Lewat. Tidur balik. Bangun mandi. Ingat nak turun pukul tujuh. Tapi bocah haloi lambat. Lepas setgh jam beru bertolak. Pegi Gami3 Musa. DMAK for members only hari ni. Sampai saja dah raka3at pertama. Nasib baik sempat takbir reramai on the way. Orang tak ramai. Hairan.

Khutbah. Khatibnya sama jugak. Macam 3aidiladh7a thn lepas. Isu pun lebey kurang. Masalah akhlaq di kalangan student kat sini. Lepas khutbah baru tau. Saat-saat awal dibatalkan. Saat-saat akir baru dpt kebenaran. Sebab tu lah tak ramai. Habis ucapan, wida3 salam dan bergambar.

Mangsa pertama. Rumah Ust Zainal Kemboja tokei e-voiz. Ust Hasan Al-Banna tunjukkan jalan. Makan biskut, fino cicah kari. Mangsa kedua. Rumah Ust Anhar. Makan satay. Sebelum tu rendezvous dulu ngan bocah haloi lainnya. Dressing macam macam. Ada macam pengantin. Ada macam tok wakil. Ada gaya Tunku. Ada macam tok kadi.

Zohor.

Di Masjid Sahabat. Rancang nak mangsakan rumah Dr Min tiba-tiba Ust 3atif ajak pegi rumah dia. Kendian teringat, inilah rumah terlarang. Bukan apa, majlisnya panjang. Nasyid cakap nasyid cakap nyanyi cakap nasyid. Petang asar baru makan. Tak kisah. Tapi dah ada mangsa lain. Akirnya terperangkap jugak. Tapi disebabkan kami, majlis semacam diringkaskan. Dua tiga cakap, satu group nasyid sama satu solo, dah buleh makan. Pinggan nasik pun ditolak utk kami dulu. Malu jugak. Tapi, terima kasih Ust 3atif kerana faham. Makan nasi tomato sama ayam masak merah dan coleslow. Mangsa ketiga.

Asar.

Mangsa keempat. Tercari-cari rumah Dr. Min. Rumah baru. Kalau yg lama aku tahu. Panggil sana sini. Tiada jawapan. Akirnya panggil tuan rumah sendiri. Katanya Idil,"Rumah anta kat mana? Ana kat depan gym ni." Tiba2 Dr. Min terus keluar dari balakonah atas gym,"Ana kat sini." Makan fino cicah kari. Ada beleda perasa Nescafe. Asar di situ sj. Dr. Min ajak ke rumah Ust Asri. Mengikut sjlah. Mangsa kelima. Rumah Ust Asri rumah misteri. Naik kena beransur-ansur berdikit-dikit. Tiga org shj boleh naik sekali. Kena diam terjengket-jengket macam pencuri. Landlord tak suka ramai-ramai atau banyak bunyi. Selisih ngan ust lain. Cool-cool. Makan mi kari. Bocah haloi dah tak mampu. Semua kongsi-kongsi. Ada yg tidur. Aku pulak kena tempelak Ust Asri,"Huzaifah kalu tok rayo tok mari doh tu."

Maghrib.

Di Masjid 3ibad di situ. Bocah haloi ada mau3id sama Ust Yus nak pegi tgk banorama. Macam bangsa Mesir pulak time2 raya tgk menda alah cenggitu. Balik saja.

Isyak'.

Elok-elok sampai org azan. Melencong ke rumah Ibal dulu. Kira mangsa terakirlah. Dihidang biskut raya sama soto dan rendang. Sakan betul thn ni...

Anugerah baju paling lawa: Apes Bo, mcm pengantin satu suit oren dgn sampin sekali.
Ada jugak kata Haziq sebab baju hijau daun pisang tu sgt la.
Anugerah makan paling sedap: Rumah Ust 3atif.

Saturday, November 05, 2005

Malam kepada hari yang bukan hari-hari biasa

Petang-petang zohor lagi sibuk. Pak Ten tiba-tiba menjadi rajin. Nak buat karipap. Aku pulak tiba-tiba menawar diri utk potong cabai. Nak jamu tamu. Malam ni ada majlis takbir. Dgn takdir Allah Ta3ala turunlah pulak bocah-bocah haloi dari Alex, Mansoura dan Tanta. Seperti biasa(mcm lah biasa), rumah kami jadi mangsa kenduri tak berhajat.

Senjanya.

Bocah-bocah haloi dtg waktu kami tgh mengelim karipap. Kemas laju-laju. Diorang masuk terus berbuka. Solat maghrib dulu baru makan berat. Ta3rif hodoh-hodoh sambil santai-santai. Tunggu isyak. Bocah-bocah haloi dah jama3. Ingat nak turun masjid. Nak takbir sama arab. Lepas salam imam terus kasi tazkirah. Sebab jam dah pukul tujuh terus keluar. Member ckp ada pak cik belakang kata'" Mafish takbir wallahi."

Majlis takbir.

Maka dtglah berbondong-bondong bocah-bocah haloi yang sekitar Cairo. Malam ni coma kami thn tiga dan bocah haloi shj. Pakcik Ayep dtg maka diorang sebatch tak dpt dtg. Batch-batch tua ada majlis sendiri. Tunggulah tekong datang. Macam biasa tak lain tak bukan Fawat. Bersama zaujahnya dan bocah-bocah wedok. Takbir. Byk pusingan juga. Tapi tak semua. Lepas tu burdah sikit. Khutbah sikit. Dan macam biasa, takdek seri kalau takdek makan-makan. Jamulah karipap tadi dan popia Kudaiyar. Fawat bawak French toast manis dan air cola.

Tengah malamnya.

Semua dah balik. Kudaiyar tidur palimg awal. Suruh kejut pukul satu. Nak buat Biryani. Idil menyusul. Semangat karipap Pak Ten masih belum hilang. Cuma tangan dah lenguh menguli sesorang siang tadi. Sekali lagi, aku menawar diri utk menguli. Pak Ten sedia bahan. Aku tak pernah reti bajet. Mulalah uli. Teringat Yakitate Japan. Ter Lama jugak uli. Tapi kasar jugak. Pak Ten ejas tambah tepung. Last-last tak larat suruh Pak Ten sj. Kelim. Tapi dah tak lawa mcm ptg tadi. Tok guru kelim dah balik. Buruk. Pastu tangan mula pijar. Mengikut istilah Idil lah. Kesan potong cabai. Malam baru rasa. Kejap ada tak ada. Pedih. Panas. Amik air semangkuk rendam tangan. Air kering pijar balik. Malam dah lewat, jadi lepas kelim, simpan saja dalam peti. Esok goreng. Malam dah lewat, jadi tidurlah. Sedang di luar bangsa Mesir tgh berpesta dgn kompang, tepuk tangan dan kesan bunyi Red Indiannya.

Tuesday, November 01, 2005

Malam terakhir

لا اله الا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد صلاة القيام اثابكم الله

اللهم صلى على سيدنا محمد

لا اله الا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد صلاة القيام اثابكم الله

الصلاة والسلام على خاتم رسول الله

بسم الله الرحمن الرحيم
قل هو الله احد
الله الصمد
لم يلد ولم يولد
ولم يكن له كفوا احد

اشفروا واوتروا وحيوا شهر القران اثابكم الله

ركعة الوتر والقنوت سبحان الحى الذى لا يموت سبحان الواحد الاحد سبحان الفرد الصمد سبحان الذى لم يلد ولم يولد ولم يكن له كفوا احد

Lepas salam witir terakhir, imam membaca

وقال ربكم ادعونى استجب لكم

dan mengucapkan

كل عام وانتم بخير

begitulah sudahnya siri-siri tarawih sesi ini...