Sunday, November 06, 2005

Hari pertama bukan hari-hari yg biasa

Subuh.

Lewat. Tidur balik. Bangun mandi. Ingat nak turun pukul tujuh. Tapi bocah haloi lambat. Lepas setgh jam beru bertolak. Pegi Gami3 Musa. DMAK for members only hari ni. Sampai saja dah raka3at pertama. Nasib baik sempat takbir reramai on the way. Orang tak ramai. Hairan.

Khutbah. Khatibnya sama jugak. Macam 3aidiladh7a thn lepas. Isu pun lebey kurang. Masalah akhlaq di kalangan student kat sini. Lepas khutbah baru tau. Saat-saat awal dibatalkan. Saat-saat akir baru dpt kebenaran. Sebab tu lah tak ramai. Habis ucapan, wida3 salam dan bergambar.

Mangsa pertama. Rumah Ust Zainal Kemboja tokei e-voiz. Ust Hasan Al-Banna tunjukkan jalan. Makan biskut, fino cicah kari. Mangsa kedua. Rumah Ust Anhar. Makan satay. Sebelum tu rendezvous dulu ngan bocah haloi lainnya. Dressing macam macam. Ada macam pengantin. Ada macam tok wakil. Ada gaya Tunku. Ada macam tok kadi.

Zohor.

Di Masjid Sahabat. Rancang nak mangsakan rumah Dr Min tiba-tiba Ust 3atif ajak pegi rumah dia. Kendian teringat, inilah rumah terlarang. Bukan apa, majlisnya panjang. Nasyid cakap nasyid cakap nyanyi cakap nasyid. Petang asar baru makan. Tak kisah. Tapi dah ada mangsa lain. Akirnya terperangkap jugak. Tapi disebabkan kami, majlis semacam diringkaskan. Dua tiga cakap, satu group nasyid sama satu solo, dah buleh makan. Pinggan nasik pun ditolak utk kami dulu. Malu jugak. Tapi, terima kasih Ust 3atif kerana faham. Makan nasi tomato sama ayam masak merah dan coleslow. Mangsa ketiga.

Asar.

Mangsa keempat. Tercari-cari rumah Dr. Min. Rumah baru. Kalau yg lama aku tahu. Panggil sana sini. Tiada jawapan. Akirnya panggil tuan rumah sendiri. Katanya Idil,"Rumah anta kat mana? Ana kat depan gym ni." Tiba2 Dr. Min terus keluar dari balakonah atas gym,"Ana kat sini." Makan fino cicah kari. Ada beleda perasa Nescafe. Asar di situ sj. Dr. Min ajak ke rumah Ust Asri. Mengikut sjlah. Mangsa kelima. Rumah Ust Asri rumah misteri. Naik kena beransur-ansur berdikit-dikit. Tiga org shj boleh naik sekali. Kena diam terjengket-jengket macam pencuri. Landlord tak suka ramai-ramai atau banyak bunyi. Selisih ngan ust lain. Cool-cool. Makan mi kari. Bocah haloi dah tak mampu. Semua kongsi-kongsi. Ada yg tidur. Aku pulak kena tempelak Ust Asri,"Huzaifah kalu tok rayo tok mari doh tu."

Maghrib.

Di Masjid 3ibad di situ. Bocah haloi ada mau3id sama Ust Yus nak pegi tgk banorama. Macam bangsa Mesir pulak time2 raya tgk menda alah cenggitu. Balik saja.

Isyak'.

Elok-elok sampai org azan. Melencong ke rumah Ibal dulu. Kira mangsa terakirlah. Dihidang biskut raya sama soto dan rendang. Sakan betul thn ni...

Anugerah baju paling lawa: Apes Bo, mcm pengantin satu suit oren dgn sampin sekali.
Ada jugak kata Haziq sebab baju hijau daun pisang tu sgt la.
Anugerah makan paling sedap: Rumah Ust 3atif.

No comments: