Saturday, November 12, 2005

Tukang air

Ditaklifkan membuat air. Jadi mengajak Idil jadi pembantu. Walaupun ada benda yang tak setuju angin dengan Idil, tapi mudah berkira-kira. Nak buat setroberi susu atau syai? Setroberi susu leceh. Kena beli susu, air batu. Syai leceh. Kena beli serbuk, masak air. Kerana nyawa orang, buat syai. Maka motto hari itu 'Syai Gai'.

Dekat Jumaat orang mandi. Air tak ada. Ulang-alik naik turun dari bawah sampai sutuh angkut air. Masak. Kami beli lima kotak syai el-3arousa. Setengah kotak pun sebelanga air dah nak jadi kopi. Min fadhlillah, syai kaw mengikut kata Dan Di. Tapi, tuan rumah jugak terpaksa habiskan semua.

Stay sampai malam. Tolong-tolong cuci apa yang patut. Angkut-angkut. Baru tahu sendiri sangat fragile. Sakit pinggang lenguh bahu. Malam sikit. Tahniah, jamuan berjaya. Tahun depan boleh buat lagi.

Syai ialah teh
Gai ialah datang
Syai el-3arousa ialah jenama teh paling ghalib di sini
3arousa ialah pengantin
Sutuh ialah bumbung bangunan

No comments: