Anak muda masa kini (lelaki) gemar benar simpan rambut panjang. Kenapa gerangan simpan? Gerangannya disebabkan iklim. Atau trend. Atau idola. Atau kumpulan dan kultus-kultus. Atau cara mengekspresi diri. Atau tekanan jiwa. Atau prinsip. Apa pun tujuan, pastikan ia tujuan yg benar karena rambut yg panjang itu ada tujuan yg lebih agung lagi suci. Pun begitu, kedapatan anak muda masa kini memendekkan rambut mrk dgn mata mesin saiz no. satu, dua tiga atau sekurang-kurangnya empat dgn tujuan tertentu.
Aku juga pernah menyimpan panjang. Panjang berbuai-buai ditiup angin. Barangkali simpan lagi tahun ini. Kalau najah tahun depan barangkali tidak boleh lagi. Rambut aku paling panjang ialah pada thn pengajian lepas. Kawan-kawan dekat gathering Melawi semua ingat aku perempuan. Menyimpan panjang bagi lelaki adalah taboo bagi bangsa Mesir. Pun begitu, dgn kemasukan budaya barat, semakin ramai anak muda menyimpan panjang dgn tujuan yg salah. Yang menyimpan dgn niat agung lagi suci, ada juga.
Hikayat satu.
Budak kecik : Kenapa kau simpan rambut panjang?
Aku : Saja
Budak kecik : Tapi kenapa?
Aku : Ada masalah ke?
Budak kecik : Kau tak tahu ke, kalau menyerupai perempuan nanti masuk neraka.
Aku : Wah!(dalam hati terharu)
Beberapa hari lepas tu.
Budak kecik : Ke kau simpan rambut panjang sebab ikut sunnah?
Aku : Wah!(lagi dalam hati sambil terharu)
Hikayat dua
Sheikh Khalid bertandang ke rumah kawan bersama kawannya. Sembang-sembang-sembang, masuk bab rambut.
Kawan Sheikh cakap : Nabi pun simpan panjang sekerat bahu, tapi kalau simpan ikut sunnah, kena pakai serban. Kalau simpan saja buat apa. (sambil buat gaya mcm iklan syampu geleng-geleng kepala)
Sheikh Khalid pun : Ya Akmal, hehehe (sambil tersengih kambing)
Aku : Hehe (tersengih kerang busuk)
Tapi diorang akui, rambut org Asia memang cantik.
Hikayat tiga
Ada satu kali, posmen tu tanya kau pakai rambut palsu ke?
Ada satu kali tu pakcik bawwab sound aku dgn alasan rambut panjang utk pompuan jek.
Ada dua tiga kali, member kuliah puji, helwa awi, kuwaiyis awi, very nice.
Banyak kali, mata-mata memandang. Alah, kalau rambut pendek pun mata memandang jugak.
Monday, November 28, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam..
hm, rambut panjang.. dulu aku masa kt mrsm penah dapat tajuk "does long hair shows low in dicipline?" utk pertandingan cakap2..
memandangkan aku ada masa yg panjang iaitu 60saat aku pun cakap benda yg merepek2 di situ. antara yg kuingat ialah, "hair is a good heat insulator. since the temperature drops and it is very cold during winter, so many malaysian opt to keep their hair long to make their head warm. For example, you can look to these beautifool ladies from edinburgh(sambil menuding kepada cikgu2 english praktikal), all of them has beautiful long hair to keep them warm"..
Post a Comment