Sudah lama mahu kongsi. Tetapi selepas membaca 'Baju Tidak Cukup Kain' barulah tahu apa itu kepala kain. Barulah tahu memakai kain batik ada aturannya. Mungkin sekali tidak perlu lagi merisik anak gadis. Kalau orang sekarang masih ikut masih pakai. Cukup dengan melihat cara pakai kainnya. Sebab itulah teringat dan terpanggil untuk berkongsi ini.
Aku bukanlah anak jati Kelantan. Sebab anak jati itu berhajat kepada ibu bapa yang sama-sama lahir di Kelantan. Tetapi kerana hidup aku dari umur 13 sampai 18 dibawah jagaan makcik aku -anak jati - yang bukanlah orang tua-tua lama sangat, cuma pernah hidup sezaman dengan orang tua-tua lama, maka banyaklah juga yang ia tahu. Maka itu, para wanita Kelantan. Kalau salah janganlah marah.
Makcik aku mesra dengan panggilan Mak Sah atau Sah sahaja. Maka, Sah kata:
Maka begitulah kononnya pakaian wanita Kelantan dahulu kala. Allahu a'lam. Kain lepas ialah kain yang tidak berjahit - seperti kain batik jawa - dan kadangkala sedikit nipis. Bunganya juga biasanya ringkas dan kecil-kecil. Almarhumah nenek saya masih memanggil kain tudungnya sebagai kain lepas walaupun kebanyakannya ialah kain tudung moden pemberian anak cucu. Teringin juga nak baca Manikam Kalbu. Khabarnya komedi. Tapi di Kota Bharu susah nak dapat tulisan FT.
Pada mulanya tiada gambar contoh yang dapat dipamerkan. Tetapi ketika sedang mengkaji-kaji melalui internet, terjumpa pula forum ini. Jadi, betullah juga apa yang dikatakan Sah dan mungkin betul penulis dalam forum itu. Banyak maklumat tentang cara hidup orang Kelantan zaman hari tu dalam forum itu. Artikel itu diambil dari esei yang bertajuk 'Aspek-Aspek Budaya Ekonomi Masyarakat Kelantan Sebelum 1909' tulisan Zaidi - Saidi Ibrahim...

Orang zaman hari tu tak pakai baju. Orang zaman hari tu pakai kain lepas. Sehelai diikat di pinggang macam kain biasa labuh sampai ke buku lali. Sehelai lagi dipakai berkemban. Diikat bawah ketiak di atas dada labuh sampai sekerat pinggang atau punggung. Sehelai lagi disangkut atas bahu. Sehelai lagi menutup kepala.
Maka begitulah kononnya pakaian wanita Kelantan dahulu kala. Allahu a'lam. Kain lepas ialah kain yang tidak berjahit - seperti kain batik jawa - dan kadangkala sedikit nipis. Bunganya juga biasanya ringkas dan kecil-kecil. Almarhumah nenek saya masih memanggil kain tudungnya sebagai kain lepas walaupun kebanyakannya ialah kain tudung moden pemberian anak cucu. Teringin juga nak baca Manikam Kalbu. Khabarnya komedi. Tapi di Kota Bharu susah nak dapat tulisan FT.
Pada mulanya tiada gambar contoh yang dapat dipamerkan. Tetapi ketika sedang mengkaji-kaji melalui internet, terjumpa pula forum ini. Jadi, betullah juga apa yang dikatakan Sah dan mungkin betul penulis dalam forum itu. Banyak maklumat tentang cara hidup orang Kelantan zaman hari tu dalam forum itu. Artikel itu diambil dari esei yang bertajuk 'Aspek-Aspek Budaya Ekonomi Masyarakat Kelantan Sebelum 1909' tulisan Zaidi - Saidi Ibrahim...
5 comments:
Bakpo susoh-susoh layan lukisan.
Ni haa gambar betul 100 tahun lepas. Tengok website nih, jamin teruja :
http://raykinzoku.fotopages.com/?entry=554574
Website kegemaranku.
Slalu follow update dia.
bgaimana dgn cawat besi?
begitu ceritanya... :)
bagus la..atlease dapat tau asal usul dn cara pemakaian org kelantan zaman dulu kan.. nanti kita update pasal pemakaian org kemboja zaman dulu2kala juga la.. jangan lupa check my blog :)
Salam, bolehlah singgah ke blog saya...nanti boleh kongsi cerita pasal pakaian atau kain-kain lama....Maklumat dari blog ni saya akan ambilkira untuk penyelidikan saya....terima kasih...
Post a Comment