Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Di Garisan Bar Lev
Hari ini cuti.
Hari ini cuti walaupun slogan tidak rasmi sejak dua tahun lepas ialah 'Everyday is a Holiday'. Maka itu, tiada sebarang kesan cuti hari ini. Mungkin tidak, pada penduduk Suez atau Sinai seluruhnya. Hari ini menyambut ulangtahun pembebasan Semenanjung Sinai. Tahrir Saina'. Pada hari ini, pada tahun 1982, Israel telah berundur sepenuhnya dari Sinai setelah mendudukinya selama 15 tahun.
Tidak ada sebarang perbarisan di Kaherah (kerana aku tidak keluar rumah pun sebetulnya). Tiada juga tembakan bunga api dari balik Hotel Four Seasons sepertimana Eid Shourtah (Hari Polis). Tetapi suasananya mungkin sekali berbeda di sepanjang Terusan Suez dan Sinai.
Siapa kata Turki sahaja negara dua benua? Mesir juga. Terusan Suez menjadi pemisah di antara Asia dan Afrika. Seluruh Sinai ialah Asia dan baki tanah besar Mesir ialah Afrika. Mesir juga, negara dua benua...
Tujuan asal blog ini, bukan sekadar menulis diari harian diri. Sebab aku juga benci - kadangkala dan tengok orang juga - untuk membaca blog berbentuk diari harian. Tambah pula aku berpegang kepada kata-kata Confucius - ada yang kata Sayyidina Ali pernah berkata ini juga -
"What you do not wish for yourself, do not do to others"
Maka aku tidak menjadikan blog ini sebagai curahan gerak-geri aku tiap-tiap hari. Sebab ini juga aku tidak meletakkan sebarang lagu di dalam blog ini (melainkan bunyi anak ayam yang bingit). Lebih kepada berkongsi warna-warni Ummu Dunya ini, merekod pemikiran sendiri dan ilmu-ilmu lisan daripada orang tua-tua lama aku serta kisah-kisah lama penuh nostalgia.
Tetapi aku sudah jauh menyimpang. Aku sudah terlepas dua event menarik. Mawlid El-Nabi El-Syarif dengan patungnya dan Sham El-Naseem. Alasanya? A33o yang gering atau sikap 'mencuri masa' aku?
Apahal tajuk updet kali ini?

No comments:
Post a Comment