Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihi
Beit ‘Arabiy
Rumahnya Syed Nahar
Pulang semula ke Damsyik. Hari sudah jauh malam. Kami dibahagi dua. Aku menumpang tidur di rumah Ust Nasir. Lain-lain menumpang di rumah Syed Nahar teman sekolahan Pak Ten dahulu.
Kata orang-orang tua kita, jauh perjalanan luas pemandangan. Benarlah juga kata-kata itu. Di hadapan kami terdapat pemandangan yang luar biasa bagi kami. Rumah-rumah di Syria yang berbeda sama sekali dengan rumah-rumah Kaherah yang berbentuk pangsapuri.
Rumah yang rekabentuknya dipanggil beit ‘arabiy. Tidak seperti di Kaherah yang mana satu bangunan punya banyak rumah-rumah di dalamnya tetapi di Syria setiap satu bangunan mengandung sebuah rumah sahaja. Bermakna, setiap rumah punya tingkat satu atau dua atau tiga. Sesuatu yang hampir tiada di Kaherah! Melainkan rumah pegawai-pegawai di Zamalek.
Sobia
Seperti Tajuk di Atas
Mudah sekali kesejukan di rumah Syed Nahar kerana ruang terbuka yang ada. Jadi kami masuk ke dalam berehat-rehat dahulu sebelum aku dan Mede Sapar ke rumah Ust Nasir. Di dalam bilik tamu yang luas itu, ternampaklah oleh kami suatu alat perkakas yang tiada pernah dilihat sebelum ini. Begitu pun, sudah dapat dijangka kegunaan alat ini kerana nampak nyata paip serombong asap yang besar bersambung dengan badannya naik ke atas bumbung rumah.
Sobia berfungsi dengan bahan bakar diesel. Minyak disel dituang ke dalam tangki yang terletak di atas paip kecil di tepi badan sobia (tempat bakar). Selepas itu sebuah pelaras pada pangkal tangki dilaraskan untuk membolehkan minyak mengalir ke dalam tempat bakar. Minyak akan menitis setitis demi setitis ke dalam paip dan seterusnya ke dalam tempat bakar. Jika dilaraskan supaya minyak menitis lebih laju, api akan menjadi lebih kuat tetapi minyak dapat bertahan sekejap sahaja. Tetapi jika dilaraskan lebih perlahan api akan lemah tetapi minyak dapat bertahan lebih lama. Selepas itu mancis dinyalakan dan dilempar ke dalam tempat bakar melalui ‘tingkap kecil’.
Kata mereka, paling maksima sobia dapat bertahan selama hampir 12 jam. Begitu pun, sobia tidak boleh dibiar hidup jika mahu tidur. Juga, kalau sobia itu sudah agak tua, satu bilik bakal berbau disel...
Rumah Ust. Nasiruddin
Katanya Ust Nasiruddin, rumahnya bukan beit arabiy yang asli. Pun begitu sudah cukup aneh bagi saya. Rumahnya kecil sahaja tetapi tiga tingkat semuanya. Paling bawah memuatkan bilik air, tandas dan dapur. Tengah ialah bilik tidur dan ruang tamu. Atas sekali ialah sutuh dan bilik Ust Nasir sendiri. Kami tumpang diam di ruang tamu itulah yang ditutup dengan langsir. Bilik sebelah tidak pernah saya masuk. Usik tidak intai pun tidak. Bilik Ust Nasir atas sutuh tempat jemuran dihubung dengan tangga kayu yang kalau dipanjat akan bergoyang-goyang. Seram.
Mangkuk di dalam Mangkuk
Susunan rekabentuk beit arabiy mengikut cara Islam. Tandas dan bilik air dibina berasingan. Tandas pula semuanya jenis mencangkung dan tiada yang jenis duduk. Waktu itu saya pun terfikir, moden pula Kota Kaherah saya.
Selangkah ke dalam tandas, saya jadi terkejut. Ada mangkuk kecil menutup lubang mangkuk tandas! Selera hendak buang terbantut. Saya tanya Ust Nasir bagaimana, ia mungkin sudah biasa dengan pertanyaan itu. Senyum dan cuma menyuruh saya ‘buang dulu baru tahu’. Sedang-sedang di dalam itu, fikiran saya mula berputar. Apakah setelah buang atau apabila mangkuk kecil sudah penuh, perlu diangkat mangkuk itu dan isinya dibuang ke tempat lain. Aduh...kuno!
Ketika asyik berfikir itu tiba-tiba SNAP! Saya intai dibawah. Sudah tiada! Barulah saya faham sekarang. Esoknya kami berbincang-bincang hingga kami ketawa. Antara kami yang pernah ke tanah suci menceritakan perkara yang sama ada di sana. Orang-orang yang berhajat semuanya terbantut. Masing-masing menahan sehingga ada yang berani menyuarakan. Akhirnya yang berpengalaman pun menjawab. Kalau buang itu biar berat sedikit.
Saya dapati ada dua kebaikan tandas serupa ini
• Menjimatkan air kerana tidak perlu disimbah
• Tiada masalah air mangkuk tandas terpercik
Cuma yang dibimbangkan, kalau hasil buangan itu tidak cukup berat. Payah juga.
Dari Bab Srijeh Ke Medan Marjeh
Medan Marjeh 1925, tiang besar di tengah itu datang sekarang pun masih ada
Malam itu, walaupun hanya bersiram dan rehat sekejap sahaja kaki ini masih mahu berjalan. Kononnya sambil merencana untuk esok. Tapi sebenarnya perut lapar yang mendorong. Ust Nasir membawa kami ke luar. Dari kawasan rumahnya Bab Srijeh ke pusat bandar Damsyik lama, Medan Marjeh. Pendek kata, Medan Marjeh samalah tarafnya dengan Medan Tahrir dengan hotel-hotelnya dan restoran-restorannya. Di situ kami menukar wang belanja dan Munir mencari-cari tempat makan. Kerana ia tahu dari perjalanannya kali yang dahulu kedai itu sahaja yang sedap. Atau kedai itu sahaja yang ia tahu.
El-Wardah El-Syamiyyah
Kabsah Ayam dan Mozza
Kedai itu ditemukan. Semua pun pergi beramai-ramai. Kedai yang kecil sahaja. Dapurnya pun muat-muat untuk dua pekerja. Kabsah ayam dan mozza (peha kambing) dipesan. Restoran kecil itu bertaraf dua bintang sebenarnya di sisi Kementerian Pelancongan Syria.
Ulam dari Syam
Malam Di Kota
Malam itu kami makan hingga perut hampir pecah. Kerana masing-masing berdegil mahu makan salad pembuka selera walau ada yang melarang. Akhirnya tinggallah kedai itu dengan baki kabsah yang tidak mampu lagi masuk. Rugi. Demi tidak tidur dengan perut kenyang, perjalanan diteruskan. Belum puas, sambil merancang-rancang untuk esok. Dalam sejuk-sejuk malam yang sudah jauh, Ust Nasir mempin kami dari Medan Marjeh ke Kubu Lama Damsyik.
Bab El-Faraga
Kami masuk ke dalam kawasan kota menyusuri Sungai Barada melalui pintu Al-Faraga. Damsyik sudah lama sepi dan kabus-kabus pun sudah mulai naik ke permukaan. Sekali-sekala ada kereta meluncur laju keluar dari kubu. Pukulan roda kereta ke atas jalan lama berbatu mengeluarkan bunyi seakan derapan tapak kaki kuda. Bagaikan telah kembali ke zaman silam. Zaman Mu’awiyah.
Kupu-kupu Malam
Akhirnya sampailah ke sasaran utama Kota Damsyik. Masjid Agung Damsyik – mungkin sekali jika ia di Indonesia – atau Masjid Umawi. Dari atas jejambat sebelum masuk ke kota, sudah nampak ‘kubah helang’nya. Cuba ambil gambar tetapi tidak jadi kerana tidak pandai. Di situ Cuma dapat lihat pintunya yang besar dan ‘menara pengantin’ yang dibaluti lampu-lampu. Tidak masuk. Pintu sudah tutup rapat. Jauh malam.
Romantika Souk Hamediyya
Souk Hamediyya
Kuil Jupiter
Setelah puas melihat-lihat dari luar walaupun yang nyata cuma berlalu sahaja, beralih pula ke sebelah kanan. Melalui puing-puing gerbang batu yang merupakan tinggalan kuil Jupiter kami masuk ke pasar Hamediyya. Menurut apa yang saya baca setelah pulang, pembinaan ini adalah antara usaha-usaha Khalifah Sultan Abdul Hamid II untuk menguatkan kembali khilafah dan menyatukan ummah.
Di mana ini? Di Istanbulkah atau di Eropahkah?
Pasar sudah lama mati. Yang tinggal hidup cuma lampu-lampu sahaja. Lampu-lampu mentol malap yang bergantungan di atas setiap pintu kedai. Pasar bergaya Victoria dengan lampu mentol malapnya, lantai jalan berbatu dan bumbung zink melengkung tinggi melangit. Cukup romantik. Kata Syazwan, suasana di situ persis Istanbul. Maklumlah, siapa pun yang membinanya. Kami melalui pasar yang lengang itu melalui jalannya yang lembab-lembab basah. Bukan sebab dingin cuaca, tapi bekas orang mencuci kedai.
Tempat guru kami mengaji
Kami berjalan sampai ke luar. Sampai kembali ke jalan tar, ke kemodenan. Sebelum itu kami membelok menyelit ke celah-celah pasar kerana Ust Nasir ingin menunjukkan Darul Hadith An-Nabawi As-Syarif. Dikatakan tempat ulama-ulama besar lama-lama dulu mengajar dan mengaji. Munir sungguh-sungguh mahu kami ambil gambar papan namanya. Kalau datang siang-siang hati taubat tidak jumpa...
Sultan Salahuddin An-Nasir
Keluar ke jalan besar di depan Kubu Damsyik. Di depan itu ada patung Salahuddin. Bangsa Arab masa kini, segalanya dari barat pun ditelan. Segala tokoh pun mau dipatungkan. Mujur Nabi SAW tidak dibuat begitu. Kisah Salahuddin pun pernah dibangsakan kisahnya dalam sebuah filem tahun 70an. Padahal mereka lupa satu faktor. Salahuddin Kurdi.
Damsyik, di sebelah kiri itu mahkamah
Hampir di'pau' secara halus oleh askar Syria disitu...

3 comments:
subhanallah...
sobia=heater?
assalamualaikum...
simpan elok2 ye catatannya.. mana tahu boleh dibukukan nanti.. :)
salam. wah, ke syria ya? jumpa tak kawan 6 pack saya tu? dia juga ke sana cuti lepas.
Post a Comment