Friday, November 30, 2007

Saat Ia Terbang Pulang


Kami seringkali menghantar naqib kami balik habis ke tanah air...



"Sebenarnya seronok sesuatu yg dipanggil perpisahan, seronok sebenarnya, kalau tak ada benda tu tak menarik hidup."
(Bidil buat gaya Tatip pulak)



"Tibb atau doktor ini ialah satu peluang untuk jumpa manusia tanpa dia perlu terhegeh-hegeh jumpa manusia. Manusia yang akan terhegeh-hegeh jumpa dia. Maka cuba kita ambil peluang dalam proses yg natural ni. Kita sampaikan secara tak langsung apa jua perkara-perkara tentang agama."



"Letakkan diri dalam keadaan kita sering melatih diri. Sentiasa melatih diri, jangan biar kosong macam tu saja. Di sini biar ada satu cerita, biar ada satu lakaran yang boleh dimanafaatkan oleh generasi akan datang. Supaya setiap saat jgn sampai wujudihi ka 3adamihi."



"Mudah-mudahan kita bertemu kerana Allah berpisah pun kerana Allah..."

Gerangannya, siapalah pula yang bakal kami hantar pulang...

Oh, untuk akhirnya pesanan ustaz lagi,
"Kalau rasa betul-betul nak kahwin tu, kahwin! Kahwin saja."

Monday, November 26, 2007

Jelajah Jordan IV


Gua Tujuh Pemuda



"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahi mereka dengan hidayat petunjuk."



Tempat tidur tujuh pemuda...
Di bahagian atas pintu gua ialah binaan gereja lama. Bertepatan dengan kata Allah pada ayat ke 21 dalam surah yang sama.



Bahagian dalam, keranda batu kecil yang ada lubang itu menempatkan makam anjing tujuh pemuda, Qitmir atau ada yang berpendapat Ar-Raqeem. Ada juga sebuah lubang cahaya yang merujuk kepada ayat ke 17 surah Kahfi.



Macam nak cium Hajar Aswad.
Ada sebuah lagi gua di Turki yang dikatakan gua tujuh pemuda iaitu di Turki. Tetapi dengan bukti-bukti di atas ramai yang lebih kuat mengatakan di sinilah gua yang sebetulnya. Adapun orang-orang palang lebih kuat mengatakan gua di Turki itu. Allahu a'lam.


  • Maksalmina
  • Martinus
  • Kastunus
  • Bairunus
  • Danimus
  • Yathbunus
  • Thamlika
dan
  • Qitmir
Tapi dalam Islam, perincian kisah tidak penting, yang penting ialah pengajaran.



Mega mendung berarak. Satu-satunya hari yang cerah. Esok, lusa dan seterusnya lawatan dibasahi hujan.

Thursday, November 22, 2007

Cedera Mata


Adapun, pada hujung-hujung itu, cenderamata pun dibahagikan kepada AJK lepas.



Mantan pengerusi, Jep.



Senu, mantan timbalan satu yang terlalu laju.



Mantan setiausaha, pakai baju orientasi matrik UIA.



Mantan bendahari, walaupun pakai baju orientasi matrik UIA, tak pernah mengaji di situ. Baju pinjam.



Mantan biro akademik. Tiada komen.



Mantan biro dakwah dan tarbiyah. Tangan masih patah.



Mantan biro tugas-tugas khas. Kini berhenset baru. Lebih nipis.



Mantan biro perumahan. Pengantin baru.



Mantan biro sukan dan aktiviti luar. Gigi sahaja yang paling jelas.



Jep bukanya dapat hadiah dua kali, tapi dia yang bagi untuk Abe Zudi, penasihat.



Mantan timbalan bendahari. Ambo tok rajing denga dio kecek kelate.



Mantan timbalan biro dakwah dan tarbiyah. Sama ada kerangka Kak Batah memang besar, atau kebesarannya relatif kepada kehalusan Kak Min.



Mantan timbalan biro tugas-tugas khas. Err..tiada komen.



Mantan timbalan biro perumahan. Berpaling sebelah sana pula.



Mantan timbalan biro sukan dan aktiviti luar. Terkhenyih lebar.



Cik mantan timbalan pengerusi II tak ada gambar awal-awal tadi sebab cepat sangat dia ambil cenderamata. Cenderamata untuk penasihat, Kak Mashitah.



Ini untuk Kak Min. Nampaknya cik mantan timbalan pengerusi II pun kecil molek macam Kak Min.



Barisan JPP lelaki.



Barisan JPP perempuan dengan tema gelembung biru. AJK  akhawat pula pink.

Begitulah akhirnya mesyuarat agong terakhir Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir kerana selepas itu namanya pun ditukar kepada Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir.



Akhir sekali, kenangan mempengerusikan mesyuarat terakhir...

Adapun, cedera mata itu pada orang Kelantan bermaksud mata yang cacat. Contoh kata orang Kelantan, "Mek Nab Hase, hok mato cedegho tu." Bermaksud: Mek Nab Hasan, yang matanya sedikit cacat itu.

Adapun, dalam bahasa klasik, cendera itu bermaksud lena. Seperti yang dipakai orang kelantan juga. Dalam kitab jawi tua di Kelantan ditulis 'Jendera' dan disebut orang 'Jenegho'. Maka, apakah cenderamata bermaksud mata yang lena?

Tuesday, November 20, 2007

Dari Perlembahan Nil ke Dataran Syam VI

Gamba lamo jah Mat Wear weh. Tapi kito putar-putar la hok baru nga lamo. Hok lamo pong buke ore tengok lagi.

Istana Azem

Ringkas dan kurang menarik entri kali ini.

Selepas bertandang mengadap Sultan Salahuddin. Kami berangkat ke sebuah istana yang tidak jauh juga dari situ. Istana Azem.



Gerbang masuk Istana Azem. Istana gabenor Uthmaniyyah di Damsyik, As'ad Pasha Al-Azem. Janganlah mengharap istana agam yang gah tersergam indah sebab keadaan Damsyik yang agak padat tidak mengizinkan. Duduk letaknya di celah-celah kota tua yang sedia sendat ini. Kami pun hampir tak perasan ada istana di situ.



Istana yang dibahagi dua kepada haramlik dan salamlik. Haramlik ialah ruang peribadi dan keluarga termasuklah dapur, rumah orang gajian dan jamban. Salamlik ialah ruang awam yang memuatkan tempat untuk tamu, dewan-dewan rasmi dan ruang hiburan.



Datang sekarang, jadi tempat pameran kehidupan gabenor lama-lama dulu. Dari sekecil-kecil kencing berak dan makan minum gabenor sampailah ke sebesar-besar upacara khatan dan keberangkatan pergi haji anak-beranak gabenor. Juga tempat pameran alat-alat senjata, itu yang aku paling suka.



Ruang legar bagaikan wajib untuk istana di zaman silam. Ada kolam dan air pancut.

Maaflah tak ada gambar di dalam. Dilarang bergambar di dalam. Kesimpulannya, dari tempat kediaman membawa ke kuburan, mereka memang suka tanam pokok oren.

Aku bakal exam esok. Doakanlah aku (mintak-mintak tak dapat cardiac cases)...

%%-

Friday, November 09, 2007

Usul yang menyusul


Ada (hanya) dua usul semuanya.



Iwan: Minta maaf saya pakai topi sebab kepala saya botak..



Peng: Saya mengusulkan penggiliran pusat PERUBATAN, eh bukan, saya meminda kepada AJK PERUBATAN mesti daripada semua muhafazah.



Cik Saleha pengerusi majlis: Usul dah tak boleh pinda bang oi...



Para AJK asyik memerhati. Tetapi malang tahun ini budak-budak tidak membelasah mereka pula.



Kamarul: Bantah!



Izzat: Turut bantah!
Peng: (Hmm...Apa hujah yang aku nak guna untuk tolak bantahan dia ni.)



Muaz: Membantah!
Peng: Cis...



Ambe: Saya (seorang saja) sokong...
Peng: Yeah...



Usul ini disokong oleh para seniman dan ahli muzik. Peng menggetap bibir. Tak apa prinsip tetap prinsip.



Usul ini ditolak ramai. Peng senyum. Tak apa lain tahun boleh cuba.



Pak Ten: Saya mengusulkan elaun tetap untuk pengerusi.



Daing: Saya sokong...tapi dengan syarat.



Ceroj: Saya (seorang saja juga) membantah keras!



Zul: Menyokong! Menurut pengalaman...



Easeone: Sebagai juruaudit, saya menyokong dan membantah.


Thursday, November 08, 2007

Jelajah Jordan III


Burung Hijau

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."



Nabi telah melantik Zaid ,yang paling dekat di hatinya sebagai ketua dan kaum muslimin telah sepakat, jika Zaid gugur Ja'far bakal mengganti dan jika Ja'far rebah Abdullah akan menggalang.



Ja'far At-Tayyar. Kerana tuhan telah menggantikan tangannya dengan sepasang sayap buat ia terbang di dalam sorga.



Imam Bukhari meriwayatkan, ketika jenazahnya ditemukan, lebih kurang 50 luka tikaman dan panahan terdapat pada tubuhnya dan kesemuanya dari hadapan tiada dari belakang.



Anak angkat Rasulullah. Dahulu dikenali sebagai Zaid bin Muhammad.



Penyair Rasulullah. Sasterawan Islam.



Utusan yang dibunuh.

Akhirnya, Allah telah memilih sebilah pedang daripada pedang-pedangNya, Khalid Al-Walid, untuk memimpin tenteraNya.

Patah sayap bertongkat paruh, patah paruh bertongkat siku, patah siku bertongkat dagu, patah dagu bertongkat kuku.