Gamba lamo jah Mat Wear weh. Tapi kito putar-putar la hok baru nga lamo. Hok lamo pong buke ore tengok lagi.
Istana Azem
Ringkas dan kurang menarik entri kali ini.
Selepas bertandang mengadap Sultan Salahuddin. Kami berangkat ke sebuah istana yang tidak jauh juga dari situ. Istana Azem.
Gerbang masuk Istana Azem. Istana gabenor Uthmaniyyah di Damsyik, As'ad Pasha Al-Azem. Janganlah mengharap istana agam yang gah tersergam indah sebab keadaan Damsyik yang agak padat tidak mengizinkan. Duduk letaknya di celah-celah kota tua yang sedia sendat ini. Kami pun hampir tak perasan ada istana di situ.
Istana yang dibahagi dua kepada haramlik dan salamlik. Haramlik ialah ruang peribadi dan keluarga termasuklah dapur, rumah orang gajian dan jamban. Salamlik ialah ruang awam yang memuatkan tempat untuk tamu, dewan-dewan rasmi dan ruang hiburan.
Datang sekarang, jadi tempat pameran kehidupan gabenor lama-lama dulu. Dari sekecil-kecil kencing berak dan makan minum gabenor sampailah ke sebesar-besar upacara khatan dan keberangkatan pergi haji anak-beranak gabenor. Juga tempat pameran alat-alat senjata, itu yang aku paling suka.
Ruang legar bagaikan wajib untuk istana di zaman silam. Ada kolam dan air pancut.
Maaflah tak ada gambar di dalam. Dilarang bergambar di dalam. Kesimpulannya, dari tempat kediaman membawa ke kuburan, mereka memang suka tanam pokok oren.
Aku bakal exam esok. Doakanlah aku (mintak-mintak tak dapat cardiac cases)...
%%-

1 comment:
yeah..ado gmbr.nnti bleh ar touch2 sk8..paka photoshop payoh..tra caghi software photoscape..
semoga buleh jawab xm dgn molek semoleknya.
Post a Comment