Sunday, November 04, 2007

Meranggah Mentekedarah


Makan. Bahagian yang amat genting dalam hidup. Hingga ada orang mendefinasikan benda hidup sebagai sesuatu yang mampu untuk makan.

Seketika dahulu, aku berpendapat makan merupakan suatu aksi yang menjelekkan dalam hidup manusia. Ambillah masa untuk duduk di depan rakan anda yang sedang makan. Perhatikan bagaimana mereka menyuap makanan ke dalam mulut. Jelek.

Apa yang menarik tentang makan terutamanya jika beramai-ramai dan jika ia melibatkan ahli PERUBATAN yang semakin banyak ialah aktiviti makan menunjukkan klik masing-masing. Maka, dapat disimpulkan jika kalian mahu kenal seseorang, perhatikan dengan siapa mereka makan...



Klik warga tua.



Klik Iskandariy.



Klik tahun tiga Mansureen dan Tantawi.



Klik tahun dua dan satu.



Klik tahun dua lagi, Zaqaziq umumnya.



Klik tahun dua Kairo umumnya.



Habuan hari itu.



Makin surut.

Ini juga membuktikan makan sememangnya aksi menjelekkan kerana manusia hanya makan bersama dengan manusia yang ia kenali kerana ia malu kalau makan bersama manusia yang ia tidak atau kurang kenali.

"Orang kata, macam mana orang tu makan, macam itulah doa 'chot' bini dia."

Gubra.



No comments: