Tuesday, January 22, 2008

Kaherah: Hujan Bukan Suatu yang Indah

Mawardy Street sudah bertukar menjadi petak sawah. Selepas ini mungkin mesin bajak atau kerbau tenggala pula yang akan lalu.


Harapan untuk menyaksikan Kaherah yang lebih hangat hancur bila hujan (gerimis sebetulnya) gelombang kedua turun malah lebih hebat. Kerana negara ini kurang mendapat hujan atau kerana negara ini ialah Mesir maka longkang atau parit tidak wujud. Hujan di Kaherah bukan suatu yang indah kerana turunnya pada musim dingin bahkan menambah dingin juga kerana becak dan lecah yang menambah muak dan payah. Tapi hujan memang sesuatu yang jarang kerana disambut dengan riuh suara dan jerit anak gadis yang gembira atau sebetulnya lari berlindung daripada kebasahan juga dengan kehadiran penonton di setiap anjung di setiap rumah.

Pada hari itu, matahari kehilangan kuasa dan api tidak lagi panas.

Hujan benar-benar rahmat. Masakan tidak sedangkan Mikail ditugaskan hanya untuk itu. Dr. (barangkali sudah) Mohd Mohiyuddin Mohd Sulaiman pernah membarikan betapa nikmatnya wudhuk di negeri-negeri panas. Barinya lagi ketika di Afghan, kedai-kedainya hanya berlantaikan tanah beralas najis kuda dan keldai. Rotinya pula besar-besar sehingga kalau kalian kerat dua pun sebelahnya boleh dpakai buat selimut.

Katanya lagi, Tanah Melayu itu mungkin sekali terlebih rahmat sampai Kuala Lumpur bisa banjir kilat. Masakan tidak rahmat tidak mahal sedangkan Rasul mengajar doa-doa yang berbagai.

Ya, kali ini giliran orang-orang Pahang. Seperti biasa, tentera merah tetap berderu-deru turun berpencak.


Tuan-tuan dan puan-puan, inilah asal usul kita.
Gambar ini setelah hujan gelombang pertama. Sekarang sudah cerah, malam ini sudah sedikit hangat. Kain rentang dalam gambar di atas memberitahu pembukaan 'Kedai Roti Mounira, dengan Tiknikiyyah I6aliyyah Gadidah'. Insya Allah ada liputan.

Mator gamda awi~

Wednesday, January 09, 2008

Hijrah itu Islah

Hijrah itu Islah


Belakang kernih sesi 2006/2007


Belakang kernih sesi 2007/2008

Membina Hemmah 'Aaliyah

Kata Bidil,
'Mulalah dengan solat awal waktu dan dekat masjid.'

30 Kiahk 1724 Q

Monday, January 07, 2008

Layla Eid

Amaran: Entri kali ini mengandung secotet dua elemen akhawat.

Laylah Eid, Laylah Eid, Ya Laylatul Eid~
Itulah dendangan bahagian korus lagu Jingle Bell dalam bahasa Arab yang muncul dari peti nyanyi di sebuah kedai alat eletronik di Attaba. Patutlah murah defaya yang kami beli, rupanya atau barangkali taukenya orang palang. Malam itu ialah malam Attaba menjadi sepi. Tetapi itu cerita yang lain.

25 Disember berlalu dan seluruh dunia gilang-gemilang gemerlapan penuh cahaya menyambut kelahiran 'anak tuhan' mereka. Antaranya di Seoul seperti yang dirakam seorang teman. Tetapi di tanah Nil ini ia berlalu tanpa apa-apa. Tanpa cuti. Tanpa pokok-pokok tirus tinggi. Tanpa egg nog. Bukanlah kerajaan Mesir menindas orang-orang palang, malah seorang pensyarah di kuliah yang aku kira kalau bukan orang ikhwan pun boleh jadi orang salafi, membahasakan mereka sebagai 'saudara kami'. Tetapi, kerana orang palang Mesir bermazhab sendiri. Bermazhab Qibti atau Coptic Orthodox Church of Alexandria. Mereka mengguna pakai kalendar Julian. 25 Disember dalam kalendar itu jatuh pada 7 Januari dalam kalendar Gregory yang diguna pakai umum sekarang. Baru-baru ini, di Australia para sinterklas atau papa noel dilarang bergelak ketawa dengan Ho! Ho! Ho! kerana takut menghina dan merendahkan kaum wanita. Kerana kata 'Ho' dalam slanga Amerika bererti pelacur. Perlu aku tegaskan di sini, aku tidak berniat mahupun berminat untuk mengucapkan selamat.

Disember lalu, kami juga banyak perayaan. Banyaknya perayaan dan keramaian peribadi...


Hari Sob.


Sob buat majlis tertutup undang aku, Pak Ten dan Wafi serta ahli-ahli El-Malek El-Saleh yang lain.


Hidangan malam itu:
Mousse, jus, Pepsi, KFC dan kaki Sob.


Asle bersungguh pukul gambar.


Bersusah-payah nak suruh dua orang ni bergambar sebab masing-masing tak mahu dituduh gay.


Hari Bidil.


Kami cuba sesuatu yang baru. Kek cucuk lilin.


Kata CD, 'The Old Family' dan gambar ni pun diambil 30 tahun lalu pada bulan lepas.


Hari aku.
Kami cuba sesuatu yang baru lagi. Kek ais krim dari Movenpick, Manyal. Kek diletak atas bekas polisterinnya. Demi ia tidak cair.


Jangan ingat akhawat saja yang pandai buat macam ni.


Remember, remember 22nd December


Seperti biasa dalam kermaian-keramaian lain. Setelah orang yang dirai membuat potongan pertama, kerja-kerja pemotongan dan pembahagian akan diserahkan kepada Iqbal.


Semua jakun lagi perak tengok kek ais krim. Maklumlah, first time dapat katakan.

Tua-tua pun dapat hadiah lagi. Tahun kelmarin Izwan bagi sebotol caviar.


Tahun ni Izwan bagi sebuah kereta.
Mini Cooper tu, dream car.


The girls bagi aku ini.


Tahun lepas dapat sehelai saja baju. Tahun ni dapat dua helai.

Dan ini pesan mereka.



Nakal betul aku. Memang muda waktu itu.


Yang Mulia Tengku Tuan Presiden kurniakan aku buku Basics of Dermatology, Sexually Transmitted Diseases and Andrology for Undergraduate Students, Department of Dermatology & Venereology, Faculty of Medicine, Ain Shams University.

Dan Bidil hadiahkan aku kasih sayangnya dalam setiap kejutan pagi Subuh dan ajakan solat ke masjid.

Hazri ialah orang pertama yang mengucapkan O-Tanjobi Omedetou Gozaimasu Akuma-Han.
Dan Jiman semalam itu mencari-cari di manakah aku di YM, sekadar untuk meluahkan rasa, selamat hari tua, hahahhaaa...

Hukum mengucapkan selamat hari lahir dan/atau tahniah pada hari-hari bahagia tertentu

Aku akhiri entri kali ini dengan memorable quote daripada Izwan Kamal Tan:
"Ah, Merry Coptic Christmas! Don't know why they call it coptic; perhaps it's just like regular Christmas but Santa rides a helicopter."

* * *

Ho! Ho! Ho! Marry Poppins

Maley ni ambo nok gi ngacung...

Saturday, January 05, 2008

Jelajah Jordan VI

Asal-usul Karkun

Karkun ialah gelaran kepada para pengikut Jamaat-e-Tabligh. 



Suatu pagi, kami bersama-sama dibawa mendaki sebuah bukit (dengan menaiki bas) di Karak, Jordan bukan Karak, Pahang. Kemudian Ust Hazimin memimpin kami beramai-ramai ke sebuah kuburan. Kerana ia duduk di bukit, lagaknya seperti jirat pula. Di penjuru kuburan itu, di tepi tebing tinggi nan curam sebuah bangunan lama diam di situ. Itulah tempat yang orang percayai sebagai makam Nabi Nuh alaihi salam. Adapun, ia tempat persinggahan Nabi Allah itu cuma. Di Karak juga tetapi di Lubnan, terdapat sebuah kubur yang panjang. Lamun, di Mardin Turki, di sisi Bukit Coudi (Judi) dikatakan ada makamnya di sisi bahteranya dalam timbunan tanah

Allah menurunkan surah khas dan dijudulkan dengan namanya. Nabi Nuh ialah salah seorang Ulul 'Azmi. Hidup berdakwah selama 950 tahun tetapi sedikit sahaja yang mengikut. Allah memerintahkan supaya bahtera dibina kerana bala bakal menimpa. Pun kaumnya masih mengejek. Akhirnya Allah membuka pintu langit dan merobek perut bumi dan air turun menimbun dan keluar membuak. Kaumnya yang ingkar habis mati termasuk anaknya sendiri yang menjadi dalil kepada 'iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertakwa.'

Kaum Nuh ialah yang pertama seumpamanya di mata dunia menyembah berhala. Mereka menyembah lima orang soleh yang telah wafat. Wadd, Suwa, Yaguth, Ya'uq dan Nasr. Bermula dengan bisikan syaitan untuk memperingati jasa-jasa mereka, lama-kelamaan selepas beberapa generasi mereka sudah lupa punca asal mereka dirikan patung orang-orang soleh itu lantas menyembahnya. 

Kisah-kisah asal-usul yang menarik

Kisahan ini riwayat daripada Sayidah Ayesha dan Ibnu Abbas.

Nabi Nuh mengambil masa selama seratus tahun untuk menanam pokok, menunggu sehingga pokok besar dan menebang pokok untuk dijadikan bahan binaan bahtera penyelamat.

Haiwan yang mula-mula sekali dimuatkan ialah burung kelicap rumah dan yang paling akhir ialah keldai kerana Iblis bergantungan pada ekornya.

Bahtera penyelamat punya tiga bagian. Setiap satu untuk haiwan ternakan dan liar, burung-burung dan manusia. Apakala najis-najis haiwan menjadi banyak, Allah perintahkan ekor gajah dipukul. Maka jatuhlah sepasang babi dan ia mula memakan najis-najis itu. Apakala tikus-tikus menggerit badan kayu bahtera mereka dikejar oleh sepasang kucing yang muncul dari antara dua mata singa.

Ada riwayat lain pula membarikan. Kaum Nabi Nuh mengadu tentang keselamatan mereka kerana bersama-sama mereka dalam bahtera ialah singa. Maka Allah menjadikan singa demam dan itulah demam yang pertama dihantar ke bumi. Ketika mereka mengadu pula makanan mereka dirosakkan tikus, Allah membuatkan singa bersin. Kucing pun keluar dari mulutnya dan tikus pun menyorok.

Bagaimana Nuh tahu bah sudah surut?

Mula-mula gagak dihantar meninjau. Tetapi ia tidak pulang lantaran terjumpa bangkai. Nabi Nuh murka dan berharap ia tidak akan menghampiri rumah-rumah. Kemudian merpati dihantar dan ia mencelupkan kakinya ke dalam lumpur dan membawa pulang ranting zaitun. Maka tahulah sudah banjir telah kering. Merpati pun dimuliakan dan diberi rumah dekat rumah manusia.

Ada orang menambah, itik juga dihantar tetapi tidak pulang kerana leka bermain air.

Kaum Nabi Nuh yang selamat sebanyak 80 keluarga telah membina sebuah perkampngan baru. Keesokan paginya, masing-masing bangun bertutur bahasa yang berbeda dan salah satunya ialah Arab. Nabi Nuh mentafsirkan untuk mereka.

Anak Nabi Nuh yang terselamat ada tiga. Sam ialah bapa kepada Arab (Asia), Ham ialah bapa kepada Habsyi (Afrika) dan Yafuth ialah bapa kepada Rom (Eropah). Riwayat lain membari Sam ialah moyang kepada Arab, Parsi dan Rom. Yafuth ialah moyang kepada Ya'juj, Ma'juj dan Turki. Ham ialah moyang kepada Mesir, Barbar dan Sudan.

Moral kisahan ini ialah:
Bacalah kitab agama Islam dalam bahasa tulisan asalnya iaitu Arab. Jangan baca terjemahan atau edisi Inggerisnya bimbang tidak tepat. Paling penting, BERGURU dan bukan membaca sendiri.

Makam Nabi Nuh

Selepas balik jalan-jalan dari Kota Karak di sebelah. Aku kata,
"Karak (كرك) kalau dijamakkan jadi Karkun (كركون) jadi adakah orang-orang tabligh asalnya dari sini?"
Kami pun naik bas. Tiba-tiba seorang Arab yang sememangnya karkun datang naik bas bagi ucapan tazkirah sambil berkenal-kenal dengan kami. Kebetulan.
Apakah Karak di Pahang itu dibuka oleh orang-orang dari Karak, Jordan atau Lubnan?

Sebetulnya Jamaat-e-Tabligh diasaskan di India dan di Pakistan juga ada sebuah daerah bernama Karak.



Aku namakan gambar ini permainan cahaya. Di pinggir bukit kuburan itu. Waktu itu angin deras dan awan sakan. Cahaya cuma boleh masuk ikut celahan. Angin deras menolak awan-gemawan dan celah-celah turut bergerak. Tompok-tompok cahaya nampak seolah-olah sedang menari-nari berkejar-kejaran antara satu dengan satu.


Wednesday, January 02, 2008

Masakan Malas Misae


Tamago Kake Gohan



Mula-mula pecahkan telur. 



Kemudian masukkan kicap secukup rasa atau sesuka hati.



Kemudian gaulkan telur dan kicap bersama.



Akhir sekali, gaulkan 'sos telur' ke dalam nasi. 



Siap dihidangkan.

Di sini saya menggunakan telur ayam kampung (beidh balady) kerana mengikut tuan kedai ia punya lebih banyak zat makanan (madda ghadzaiah). Telur ayam kampung banyak muncul pada musim sejuk kerana pada musim panas ia mudah tembelang. Telur ayam kampung yang paling baik ialah telur ayam kampung yang dilepaskan liar.

Kicap di sisi orang tua lama bukanlah kicap kacang soya yang ada sekarang ini. Tetapi menurut orang tua-tua lama, kicap zaman mereka ialah air lebihan atau peraman ikan budu atau ikan jeruk.

Secara tradisi, nasi sepatutnya diletakkan di dalam mangkuk yang lain. Kemudian lubang dibuat di tengah-tengah nasi dan 'sos telur' dituang ke dalamnya. Selepas itu barulah digaul. Oleh sebab saya seorang bujang, maka demi menjimatkan mangkuk dan malas mencuci banyak mangkuk saya menggunakan mangkuk yang sama. Menurut tradisi juga, nasi harus digaul dengan menggunakan kayu penyepit, tetapi atas semangat bujang juga saya menggunakan garpu kerana sudu-sudu belum dicuci.

Nasi rendam telur (tamago kake gohan) ialah sarapan popular masyarakat Jepun seperti mana fuul dan to'meyya di Mesir atau nasi lemak, roti canai dan roti bakar cicah telur separuh masak di tanah air atau nasi kerabu, pulut pagi, nasi impit dan nasi dagang di kampung.

Biasanya dimakan bersama sayur jeruk dan sup miso, tetapi lauk sampingan boleh digubah sesuka hati. Enak juga dimakan begitu saja. Molek dijadikan sarapan pantas di hari-hari kerinan.

Selamat mencuba!