Wednesday, January 02, 2008

Masakan Malas Misae


Tamago Kake Gohan



Mula-mula pecahkan telur. 



Kemudian masukkan kicap secukup rasa atau sesuka hati.



Kemudian gaulkan telur dan kicap bersama.



Akhir sekali, gaulkan 'sos telur' ke dalam nasi. 



Siap dihidangkan.

Di sini saya menggunakan telur ayam kampung (beidh balady) kerana mengikut tuan kedai ia punya lebih banyak zat makanan (madda ghadzaiah). Telur ayam kampung banyak muncul pada musim sejuk kerana pada musim panas ia mudah tembelang. Telur ayam kampung yang paling baik ialah telur ayam kampung yang dilepaskan liar.

Kicap di sisi orang tua lama bukanlah kicap kacang soya yang ada sekarang ini. Tetapi menurut orang tua-tua lama, kicap zaman mereka ialah air lebihan atau peraman ikan budu atau ikan jeruk.

Secara tradisi, nasi sepatutnya diletakkan di dalam mangkuk yang lain. Kemudian lubang dibuat di tengah-tengah nasi dan 'sos telur' dituang ke dalamnya. Selepas itu barulah digaul. Oleh sebab saya seorang bujang, maka demi menjimatkan mangkuk dan malas mencuci banyak mangkuk saya menggunakan mangkuk yang sama. Menurut tradisi juga, nasi harus digaul dengan menggunakan kayu penyepit, tetapi atas semangat bujang juga saya menggunakan garpu kerana sudu-sudu belum dicuci.

Nasi rendam telur (tamago kake gohan) ialah sarapan popular masyarakat Jepun seperti mana fuul dan to'meyya di Mesir atau nasi lemak, roti canai dan roti bakar cicah telur separuh masak di tanah air atau nasi kerabu, pulut pagi, nasi impit dan nasi dagang di kampung.

Biasanya dimakan bersama sayur jeruk dan sup miso, tetapi lauk sampingan boleh digubah sesuka hati. Enak juga dimakan begitu saja. Molek dijadikan sarapan pantas di hari-hari kerinan.

Selamat mencuba!

2 comments:

weAr said...

sempoi!!
keno tra neh..tp sini tdop telur aye kapung..

Mohd Faiz Bin Mohd Lazim said...

wahh..