Monday, January 07, 2008

Layla Eid

Amaran: Entri kali ini mengandung secotet dua elemen akhawat.

Laylah Eid, Laylah Eid, Ya Laylatul Eid~
Itulah dendangan bahagian korus lagu Jingle Bell dalam bahasa Arab yang muncul dari peti nyanyi di sebuah kedai alat eletronik di Attaba. Patutlah murah defaya yang kami beli, rupanya atau barangkali taukenya orang palang. Malam itu ialah malam Attaba menjadi sepi. Tetapi itu cerita yang lain.

25 Disember berlalu dan seluruh dunia gilang-gemilang gemerlapan penuh cahaya menyambut kelahiran 'anak tuhan' mereka. Antaranya di Seoul seperti yang dirakam seorang teman. Tetapi di tanah Nil ini ia berlalu tanpa apa-apa. Tanpa cuti. Tanpa pokok-pokok tirus tinggi. Tanpa egg nog. Bukanlah kerajaan Mesir menindas orang-orang palang, malah seorang pensyarah di kuliah yang aku kira kalau bukan orang ikhwan pun boleh jadi orang salafi, membahasakan mereka sebagai 'saudara kami'. Tetapi, kerana orang palang Mesir bermazhab sendiri. Bermazhab Qibti atau Coptic Orthodox Church of Alexandria. Mereka mengguna pakai kalendar Julian. 25 Disember dalam kalendar itu jatuh pada 7 Januari dalam kalendar Gregory yang diguna pakai umum sekarang. Baru-baru ini, di Australia para sinterklas atau papa noel dilarang bergelak ketawa dengan Ho! Ho! Ho! kerana takut menghina dan merendahkan kaum wanita. Kerana kata 'Ho' dalam slanga Amerika bererti pelacur. Perlu aku tegaskan di sini, aku tidak berniat mahupun berminat untuk mengucapkan selamat.

Disember lalu, kami juga banyak perayaan. Banyaknya perayaan dan keramaian peribadi...


Hari Sob.


Sob buat majlis tertutup undang aku, Pak Ten dan Wafi serta ahli-ahli El-Malek El-Saleh yang lain.


Hidangan malam itu:
Mousse, jus, Pepsi, KFC dan kaki Sob.


Asle bersungguh pukul gambar.


Bersusah-payah nak suruh dua orang ni bergambar sebab masing-masing tak mahu dituduh gay.


Hari Bidil.


Kami cuba sesuatu yang baru. Kek cucuk lilin.


Kata CD, 'The Old Family' dan gambar ni pun diambil 30 tahun lalu pada bulan lepas.


Hari aku.
Kami cuba sesuatu yang baru lagi. Kek ais krim dari Movenpick, Manyal. Kek diletak atas bekas polisterinnya. Demi ia tidak cair.


Jangan ingat akhawat saja yang pandai buat macam ni.


Remember, remember 22nd December


Seperti biasa dalam kermaian-keramaian lain. Setelah orang yang dirai membuat potongan pertama, kerja-kerja pemotongan dan pembahagian akan diserahkan kepada Iqbal.


Semua jakun lagi perak tengok kek ais krim. Maklumlah, first time dapat katakan.

Tua-tua pun dapat hadiah lagi. Tahun kelmarin Izwan bagi sebotol caviar.


Tahun ni Izwan bagi sebuah kereta.
Mini Cooper tu, dream car.


The girls bagi aku ini.


Tahun lepas dapat sehelai saja baju. Tahun ni dapat dua helai.

Dan ini pesan mereka.



Nakal betul aku. Memang muda waktu itu.


Yang Mulia Tengku Tuan Presiden kurniakan aku buku Basics of Dermatology, Sexually Transmitted Diseases and Andrology for Undergraduate Students, Department of Dermatology & Venereology, Faculty of Medicine, Ain Shams University.

Dan Bidil hadiahkan aku kasih sayangnya dalam setiap kejutan pagi Subuh dan ajakan solat ke masjid.

Hazri ialah orang pertama yang mengucapkan O-Tanjobi Omedetou Gozaimasu Akuma-Han.
Dan Jiman semalam itu mencari-cari di manakah aku di YM, sekadar untuk meluahkan rasa, selamat hari tua, hahahhaaa...

Hukum mengucapkan selamat hari lahir dan/atau tahniah pada hari-hari bahagia tertentu

Aku akhiri entri kali ini dengan memorable quote daripada Izwan Kamal Tan:
"Ah, Merry Coptic Christmas! Don't know why they call it coptic; perhaps it's just like regular Christmas but Santa rides a helicopter."

* * *

Ho! Ho! Ho! Marry Poppins

Maley ni ambo nok gi ngacung...

7 comments:

afifah.ahmad said...

ngacung itu apa ya? meracun?? org kelate y fail bhs kelate.haha

weAr said...

KFC...lamo dh dop mkey..

saengil cukhahamnida akmal shi!!

Amermeftah said...

Yay, KFC! Kesian ko Mat Wear, jgn dpt Kentucky Fried Babi doh la. lol.

Betul Cik Pipah, ngacung tu meracun. Kata org tua-tua lama kampung kita. Pijat bilik saya tak reti-reti nak hibernate...sigh.

Anonymous said...

Ha Ha Ha, Now when I search my name on Google, THIS post will show up. Cheers, Guv'nor !

Anonymous said...

sanah helwa.. da makin tue..

Anonymous said...

sungguh mengelikan dan menjijikkan jika ditayang hadiah pemberian perempuan..

dan sungguh menjijikkan juga ada yang masih makan KFC yang umat Islam boikot seluruh dunia..Malaysia takpelah sebab dah beli syarikat..mesir belum beli syarikat KFC..boikot..beli peluru utk robek dada2 pemuda2 islam di palesntin!!!!!!

Anonymous said...

salam anynomous..nak nasihat org pon ade caranya..kasar benar bunyinya..walaupun ana setuju je apa yang enta bgth cuma biarla beradap sedikit..kita nak nasihatkan org tp dalam masa yg sama kita pon menunjukkan sikap yang tak baik..
saudara blogger,ana ni pon biasa2 je cuma,apa yang ana lihat di sini hanya lebih kepada untuk suka-suka je..ucapan yang akhawat bagi, kalau ye pon nak bg hadiah, biarla lebih firm, ucapan2 yang ana tgk macam ada unsur manja2 sket:P..tak manis org tgk..dr segi agama, ana rasa enta semua ma'ruf,jd tak perlula ana emphasize kt cni..kita hrp agar idup di dunia dijauhkan dr fitnah manusia(supaya tak dapat saham fitnah ni sampai kiamat nanti, maksud ana kalau org lain tgk n org lain pon ikut apa yang kita buat, takut2 dosanya terpalit kat kita jugak..k salam